Wednesday, February 18, 2009

SUP TULANG


Kat rumah ni jarang masak daging. Maybe sebulan 1-2 kali je. This time kita buat sup tulang. Sangat senang. Sebaiknya kita beli daging tempatan kat pasar tani ke...sebab fresh lagi. Rasanya pun lebih 'manis' dibandingkan dengan daging import. Kalau dapat tulang rawan lebih baik. Kalau merebus tulang tu memang ambil masa yang lama kalau pakai periuk biasa. Dalam 2-3 jam sehingga dagingnya lembut. Dulu As memang kurang percaya sangat dengan petua masukkan sudu dalam periuk tu masa merebus untuk lembutkan daging. Then, satu hari As masak daging, rasanya lama sangat tak lembut2. Nak tak nak, masukkan la sudu sebatang. Dalam 1/2 jam tu, memang betul daging tu dah lembut. Kebetulan ke....tak tahula. Lagi satu, kalau ada slow cooker pun boleh jugak. tak payah nak tambah2 air. Dalam 2 jam sure dah lembut...Apa2 pun..bila memasak ni memang ada trial and error. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 inci halia* (semua bertanda * dimayang halus)
1 sup bunjut
sedikit sebuk lada hitam (kasar)
minyak untuk menumis
garam
air
daun sup, daun bawang & bawang goreng (optional)

Cara-cara:
  1. Basuh tulang dan toskan
  2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak secukupnya
  3. Masukkan kulit kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga
  4. Masukkan bawang dan halia. Kacau hingga garing dan masukkan air
  5. Masukkan sedikit garam dan daging. Biar hingga mendidih
  6. Bila mendidih masukkan sup bunjut dan lada hitam
  7. Tunggu hingga daging masak. Tambah air dan garam ikut rasa.
  8. Boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka

Nota: Sup ni juga boleh dibuat mee/beehon sup. As & biras namakan sup ni "sup bodoh" sebab senang sangat. Tak payah masuk apa-apa rempah. Normally, kita orang masak bila hari raya korban, sebab banyak dapat daging! Kalau guna slow cooker...tumis bahan2 dalam kuali then only masukkan dalam slow cooker lepas daging dah lembut.

Tuesday, February 17, 2009

BAYAM MASAK AIR


Hah! Ni dia sayur masak air. Maybe ada orang panggil masak bening kot. Ni lawan makan dengan sambal goreng sotong dan ikan goreng...cukup sedap. Lagipun masakan ni sihat sebab tak de minyak. So...cubalah!
Bahan-bahan:
Sayur bayam secekak (kalau pasar malam dah siap ikat)
3 biji bawang merah (dimayang halus)
ikan bilis secukupnya (belah dua)
sedikit garam
air
Cara-cara:
  1. Rebus air secukupnya dalan periuk
  2. Masukkan bawang, ikan bilis dan garam dan biar hingga mendidih
  3. Selepas itu, masukkan sayur bayam
  4. Bila mendidih balik, tutup api dan boleh dihidangkan. Senang kan?

Nota: Biasanya bila dah masukkan sayur As terus tutup api. Bila kita tutup periuk tu...sayur akan masak & a bit crunchy (I like it like that) But then, anak-anak suka kalau sayur tu lembut. Biasala bebudak...kalau sayur tu crunchy katanya tak masak lagi...whatever!

SAMBAL GORENG SOTONG




















Nak masak sambal ni senang je. Apa pun dengan syarat cili dah di mesin awal-awal. Masa bekerja dulu....bila weekend je, siap-siap mesin cili, bawang merah dan bawang putih. Sebelum pergi kerja, keluarkan ikan dari freezer, letak kat bahagian bawah. By the time balik, dah elok untuk dimasak. Nak masak ni biasanya sekejap je. Nak menyediakan bahan2 tu yang lama...apa pun sambal ni sedap makan dengan masakan yang berkuah seperti tumis air kentang or sayur masak air....nanti As bagi contohnya kemudian ok!








Bahan-bahan:

5 ekor sotong

4 biji bawang merah

2 biji bawang putih

4 sudu besar cili kisar

garam halus secukupnya

minyak masak untuk menumis

sedikit bahan perasa (jika perlu)



Cara-cara:


  1. Bersihkan sotong, potong kecil-kecil

  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus

  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak

  4. Tumis bawang hingga garing sedikit dan masukkan cili, kacau hingga garing

  5. Masukkan sedikit garam dan kemudian masukkan sotong

  6. Sekiranya pedas, masukkan sedikit serbuk perasa

Nota: Tak perlu air sebab sotong akan mengeluarkan airnya bila dimasak. Kalau masak sotong, tak perlu lama-lama nanti liat bila over sangat. Lebih kurang 2-3 minit sahaja.

LEMON CUPCAKE



Bulan ni kita mulakan dengan cupcake. Sorry coz dah lama tak update blog. Bukannya apa...last month sibuk jadi 'driver' for my eldest sebab tak de bas sekolah. Nasib baik this month dah dapat, kalau tak kehulu kehilir, memasak, mengemas...tengok2 dah petang. Bila ada mood nak update, line pulak tak de...hulu sangat ke Bangi ni?..susah betul nak dapat line internet. Then i found out orang lain pun facing the same problem...tak jadi nak upgrade la...buang duit je..!


So, cupcake ni adalah yang pertama sekali As belajar kat kelas demo dulu. Sedap makan masa panas-panas. Cubalah!


Bahan-bahan:


250 gm mentega

280 gm tepung naik sendiri (diayak dulu)

4 biji telur gred A

50 ml susu segar

20 ml jus lemon

1 sudu teh pes lemon

sedikit parutan kulit lemon

1/2 sudu teh elmulsified/ovelette

sedikit pewarna kuning

20 gm poppy seed


Cara-caranya:



  1. Pukul mentega hingga kembang

  2. Dalam bekas lain, satukan semua bahan-bahan yang lain dan pukul hingga kembang lebih kurang 3 minit

  3. Selepas itu masukkan mentega tadi dan kaup balik hingga rata

  4. Masukkan kedalam paper cup (3/4 sahaja)

  5. Bakar 200C lebih kurang 20 minit

Nota: Kalau guna paper cup macam gambar tu, kena letakkan dalam muffin tray. Nak senang beli paper cup yang di 'laminate'. Boleh di dapati di kedai-kedai kek.