Wednesday, February 17, 2010

NASI AYAM



Kat rumah ni dalam sebulan mesti kena buat nasi ayam. Maklumla rumah ni ramai kanak2 riang...so masa ni la kita masak puas2 ikut kemahuan diorang...Kalau masak memang tak sempat bagi jiran kat sebelah rumah, dah habis..nak tengok anak2 makan banyak...hah! ni dia As masakkan nasi ayam...simple je. Kalau susah nak dimasak...mana mungkin ramai yang jual nasi ayam kan???



Actually kita boleh gunakan kiub ayam/stok ayam untuk nasi dan sup...tapi As lebih suka masak ayam tu jadikan stok untuk nasi dan supnya. Apa2 pun ikut citarasa dan kesenangan masing2....Bila masak nasi ni...kelembutannya bergantung kepada beras yg kita gunakan...cuma kurangkan sedikit airnya dari biasa sebab supnya dah ada minyak. As sendiri pun masak agak2 je...kalau nampak macam keras...tambah sikit sup. Memasak ni memang ada "trial and error" nya..



Bahan2 untuk nasi dan sup:

  • 1 ekor ayam (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar - potong kasar
  • 2 biji bawang putih - dimayang
  • sedikit halia - potong halus
  • minyak masak, garam & air secukupnya
  • 4 cawan beras

Cara2:

  1. tumis bawang2 & halia hingga garing
  2. masukkan garam dan air secukupnya
  3. bila mendidih, masukkan ayam (boleh masukkan sedikit stok/kiub ayam)
  4. bila ayam dah masak, keluar dan sejukkan
  5. lebihan sup boleh dimasak nasi dan tinggalkan sikit untuk dimakan bersama nasi ayam nanti
  6. masukkan sup tadi kedalam beras (~ 5-6 cawan) dan tambah sedikit garam & kunyit untuk jadikan kuning sedikit
  7. masak seperti biasa

CARA MEMASAK AYAM:

  • 2 sudu besar kicap pekat, kicap manis, kicap masin
  • 4 sudu besar sos tiram
  • sedikit madu (jika suka)

  1. masukkan semua dalam mangkuk dan lumurkan pada ayam. Biarkan sebentar.
  2. bakar dalam oven sekejap (10-15 minit) sebab ayam dah separuh masak
  3. kalau tak de masa...goreng je pun boleh



CARA MEMBUAT CILI SOS:

  • 3 biji cili merah - potong kecil*
  • 2 biji tomato - potong kecil*
  • 2 biji bawang putih* (*dikisar halus)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • gula/air secukupnya (kadang2 As gunakan gula perang je)

  1. masukkan bahan kisar kedalam periuk dan biarkan mendidih
  2. masukkan cuka, garam dan gula
  3. rasa dan tambah apa2 yg patut ikut citarasa



UNTUK KICAP:

  • 5 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • air panas/suam secukupnya

  1. campurkan semuanya dan masukkan air ikut kecairan yg dikehendaki
  2. ataupun ada yg nak senang pakai kicap cair je...

So, untuk bahan hiasan terpulang....biasanya timun, tomato & daun salad. Cubalah ye....















Friday, February 12, 2010

KUIH KASWI


Kuih ni terjadi kerana kes nak perabihkan parutan kelapa putih semalam...so pagi ni kita bersarapan dengan kuih kaswi. Biasa la...kuih2 lama ni...kalau nak makan pagi...kena masak malam sebelumnya supaya disejukkan kuih tu sebelum dipotong. Tapi...As ni kekadang tengok kuih gak...kalau tak tahan..masa tu jugak den potong..tak kiro la lombik ko, paneh ko...suko hati den la...kuih tu den yg masak... :-)

Biasanya uolls kena masak air gulanya dulu....dah sejuk sikit baru proceed ngan yg lain2..kalau nak cuba..ni resepinya.

Bahan2:
  • 100 gm tepung sagu/ubi
  • 250 gm tepung gandum
  • 400 gm campuran gula melaka & gula pasir* (lebihkan gula melaka supaya gelap sikit kuih tu)
  • 1 cawan air* (*dimasak hingga larut)
  • 4 cawan air tambahan
  • 1/2 sudu kecil air abu/kapur/alkaline water

Cara2:

  1. Masak campuran gula dgn 1 cawan air hingga larut & sejukkan
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung dan tuang air gula...kacau
  3. Masukkan 4 cawan air tambahan dan air abu
  4. Kacau hingga sebati dan tapis
  5. Masukkan dlm loyang (8-10 inci) dan kukus selama 30-40 minit
  6. Jika terdapat lebihan air di permukaan kuih..tekap dgn tisu dapur dan angkat cepat2
  7. Biar sejuk, potong dan boleh gaul dgn kelapa parut kalau suka...

Nota: Kalau malas nak tunggu air gula tu sejuk...campur je lebihan 4 cawan air tadi..cepat sikit sejuk kan??

APAM GULA MELAKA


Ho ho ho...tajuk tu bukan disebabkan As lahir kat Melaka...tapi memang gula tu dipanggil gula melaka...kenapa ye?

Hari Rabu hari tu...disebabkan kepanasan yang melampau 2-3 minggu ni...tetiba nak makan kuih ni...so, apalagi...As pun buat la adunan nya...letak kat dapur...tak naik2...yis nye dah tak aktif ke??? Coz biasanya kalau yis tu ada lebih As letak dlm peti ais...tapi maybe that day terlupa. As gunakan yis kering bukan yang basah. Last2 As letakkan adunan tu kat luar...tengah panas.. kena pancaran matahari pukul 5.30 petang..hah! baru nampak kembang sikit..

So, moral of the story, kita gunakanlah kepanasan yang ado sebaik mungkin...jgn merungut PANAS! PANAS! Sok dah hujan manjang korang bising lak baju tak kering-kering.....apa2 pun...sesapa yang nak cuba...ini resepinya:-

Bahan:

  • 2 cawan air *
  • 5 sudu besar gula pasir*
  • 1 cawan gula melaka (200 gm)* (*masak hingga larut)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam

Cara2nya:

  1. masukkan tepung kedalam mangkuk dan campurkan yis
  2. letak secubit garam....pastikan tak terkena yis!!
  3. kamudian masukkan gula yang telah dimasak tadi (tapis jika perlu)
  4. kacau hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau (kalau nak senang gunakan whisk) pastikan tidak terlalu cair
  5. Tapis adunan dan biar ~ 40 minit atau kembang 2 kali ganda
  6. tuang dalam loyang yg telah dilengserkan dgn sedikit minyak masak
  7. kukus ~ 30 minit atau cucuk dgn lidi
  8. biar sejuk, potong dan boleh dimakan


Nota: Sesiapa yang suka makan dgn kelapa...just ambil putihnya dan letak sikit garam halus..gaul rata dan makan dgn kuih ni....sedap you!

Thursday, February 11, 2010

SAMBAL GORENG IKAN


Hah! Ni dia sambal goreng ikan yg paling senang....goreng ikan then curah je sambal tu...siap. So, yang penting cili mesti goreng garing2....kalau rasa pedas boleh tambahkan pati ikan bilis atau pak aji....sambal ni kalau garing2 boleh tahan 2-3 hari. Kalau nak boleh ganti dengan ikan bilis goreng...sedap gak!

Kat sini As gunakan ikan cencaru...jaketnya As tak buang. Goreng ngan kulit2 dia. Kalau uolls tak suka boleh ganti ngan ikan kesukaan...kita yg nak makan kan??? So bahan2 nya:

  • 2 ekor ikan cencaru - digoreng dahulu dgn garam & kunyit
  • 3 biji bawang kecil *
  • 3 biji bawang putih* (*ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu besar cili kisar
  • garam & sebuk perasa
  • sedikit minyak & air

Caranya:

  1. Panaskan kuali, masuk minyak, dah panas tumis bawang
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga garing
  3. Masukkan sedikit air @ 1/2 cawan
  4. Masukkan garam & perasa, biar air kering dan garing semula (kacau sekejap2 jgan sampai hangit pulak...)
  5. Rasa dan letakkan atas ikan tadi. Siap.

Nota: Kalau suka boleh potong bawang besar dan masukkan sekejap before tutup api...sedap gak!

SUP IKAN


Hari ni....cuaca sangat panas. Kita masak sup ikan je...kat rumah ni ramai yang demam dan sakit tekak. Malangnya, As tak boleh makan kalau tak de yang pedas. So, lawannya hari ni...sambal goreng ikan. Walau pun nampak sempoi sangat...sebab anak yg kecik tu tak suka kalau letak daun sup dan daun bawang...yang penting sedap. Memang kalau nak dibanding kan dengan blog Mat Gebu...memang jauh la...coz dia punya banyak hiasan2nye. Nama pun 'homemade' kan...ini la realitinya....

Bahan2:

2 keping isi ikan jenahak/merah
sedikit bunga lawang/cengkih/kayu manis/buah pelaga (4 sekawan)
3 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 inci halia* (*dimayang/hiris halus)
sedikit lada hitam (yg halus/kasar) ikut selera
garam kasar
bahan perasa (optional)
minyak untuk menumis
air secukupnya


Cara2:

  1. Panas kan periuk dan masukkan minyak masak
  2. Masukkan 4 sekawan dan bahan2 yang telah dimayang
  3. Kacau hingga garing
  4. Masukkan air
  5. Bila mendidih, masukkan ikan, garam, bahan perasa dan lada hitam secukupnya
  6. Rasa dan hidangkan

Nota: Kalau ada sup bunjut pun boleh campak dalam sup tu...terpulang. Konsep akak hari ni...simple je!


Wednesday, February 10, 2010

KEK SANDWICH




Ada masanya bila kita jumpa resepi....terasa nak cuba kan? Semalam As jumpa satu resepi kuih talam tepung at one of the food blog....ramai yg komen sedap...so, kita pun cuba la sebab bahan2 semua ada kat rumah ni....caranya sangat simple nak dibandingkan dengan apa yg makcik As ajar...tapi malangnya tak menepati citarasa...tapi still boleh ditelan anak tekak ni la...nampaknya terpaksa la As menuntut dengan makcik2 yg ado.....walaupun caranya rumit sedikit..tapi SEDAP!!!


Kenapa As cerita intro tu??? sebabnya...resepi yang As nak bagi ni sangat simple...mula2 tu sangsi gak...boleh jadi ke?? coz bahan2nya sikit je dan senang nak ingat 175 gm for everythings... Dan hasilnya..sangat membanggakan...he he he...!


Bila uolls buat kek ni tak perlu stand mixer bagai...pakai hand mixer je atau pun kalau nak hilangkan lemak kat lengan tu....pakai senduk kayu je pun boleh...sebab resepi ni tak nak terlalu kembang sangat...apa-apa pun...cubalah!!


Bahan2:


175 gm butter/margarine


175 gm castor sugar


3 biji telur (A)


175 gm self rising flour (di bahagi 2 bahagian)


jem strawberry/raspberry secukupnya



Cara2:



  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang (A) - pakai handmixer/senduk

  2. Dalam mangkuk lain pukul telur dengan whisk/garfu

  3. Masukkan 1 bahagian tepung dan telur kedalam (A) putar sekejap2

  4. Dengan menggunakan senduk sahaja, masukkan lebihan tepung tadi - kaup balik sahaja - do not over mix

  5. Sediakan 2 tin pembakar saiz 8 inci, alas dengan kertas minyak ataupun lengserkan saja "tin grease" supaya tak melekat

  6. Bahagikan adunan sama rata untuk kedua-dua tin (timbang je!)

  7. Bakar dalam oven 170-180'C selama 20-25 minit

  8. Bila dah masak...nak tahu cucuk lidi...kalau licin tu dah masak la..

  9. Sejuk dan keluarkan...letak jem kat atas salah satu kek dan lapiskan satu lagi

  10. Boleh dipotong dan dimakan...panas, panas lagi sodap!


p/s tin pembakar ikut apa yang ada...jgn kecik/besar sangat