Tuesday, December 24, 2013

KEK MEJA PENGANTIN


Ini adalah kek untuk meja pengantin. Coklat kek dan coklat freshcream dan ganache. Atasnya alas fondant dan bunga gum paste.

Sebab temanya merah...jadi akak merah menyalakan bunga2 tu semua. Ramai yang puji dan ada sedara mara yang nak tempah untuk majlis mereka. Sepupu akak yg kerja kat hotel pun kata...diorang kalau buat pun tak secantik tu. Bangga dia sebab akak boleh buat.Kembang jap hidung akak..hehehe.



Actually lepas letak choc ganache tu...boleh je balut dengan fondant..tapi sayang pulak sebab cantik gak kalau warna coklat dengan bunga merah2. Naik seri...lepas tu compare balik dengan kek hantaran tu....ermmm nampak pale je kek sebelum ni...apa-apa pun..i'm happy dan puas hati!!!

posted from Bloggeroid

KEK HANTARAN



Ini adalah kek hantaran yang akak buat untuk adik akak. Kek nya adalah butter cake biasa yang di salut buttercream. Lepas tu selimut dengan fondant dan bunga ros yang di buat dari gum paste. Yang membanggakan ialah akak baru belajar 2 minggu je buat fondant dan gum paste. Kalau akak boleh...uolls pun boleh. Yang penting semangat dan minat nak buat. Cuma nasihat akak....belajarlah awal2...jangan last minute cam akak.

Ceritanya...akak ditugaskan untuk menyediakan kek hantaran dan kek kat atas meja pengantin sebab akak dah biasa buat kek-kek ni. Tetiba akak terfikir..tak kan nak bawak kek yg berkrim ke Kelantan..tak sesuai langsung kan??? Nak beli kek fondant tu..akak tengok harganya boleh tahan la mahalnye...rasa2 cam boleh buat sendiri je...akak pun terus la mencari cikgu yg boleh mengajar dan kebetulan dengan izin Allah, Kak Jun empunya blog Cupcakekasih ada bukak kelas bulan tu...akak pun apa lagi....terus daftar masuk.



Rupa-rupanya bukan mudah nak buat bunga gum paste ni ye. Ada teknik nya. Bila kita dah belajar barulah kita faham apa yang di ajar alam youtube tu.

Yang paling tak boleh lupa...bila akak nak balut kek tu dengan fondant (kat kelas tak ajar...akak refer youtube) balutannya merekah disekeliling penjuru bulatan kek sebab akak lambat melekat kan fondant kepada badan kek...(hard to explain it) maka terpaksa la akak bukak balik dan masak fondant baru....keesokkannya baru boleh sambung balik sebab nak set kan fondant tu dulu. Yang tadi dah masuk tong sampah...sedih sangat. Malam tak boleh tidur sebab memikirkan esok (jumaat) kena siapkan jugak. Hari sabtu nak hantar. Esoknya...selepas subuh...dengan.hati yang berdebar2...dan lafaz bismillah...akak cuba dengan tangan terketar2...dan akhirnya berjaya membalut kek tu dengan elok (standard org baru belajar la)...nasihat akak yang kedua....praktis dulu bebanyak sebelum balut kek tu. Jangan tiru macam akak ye...serius tension!!!

Walaupun baru dalam dunia fondant and gum paste ni...akak gembira dengan hasil tangan akak....nak belajar dengan akak...boleh aje!!! Siapkan pengerasnya.
posted from Bloggeroid

Sunday, December 8, 2013

KEGILAAN ITU...



Hari Jumaat lepas...lepas zohor akak and the girls berkejar ke mines beli buku tak ingat dunia...memang best sangat2 macam pesta. Dah tiga tahun berturut-turut kitaorang pergi hari pertama penjualan...



Gila tak?? Murah wei...$8-$10 je


Buku masakan yg murah2. Paking mahal pon sekitar $20. Tu belum lagi akak pi bahagian art, gardening and travel...mahu patah bahu bawak buku.. :O



Buku2 anak akak

Kepada yg minat membaca tu....jangan lepaskan peluang ni...novel melayu pun banyak...mari la kita meraikan kegilaan itu....

posted from Bloggeroid

Monday, December 2, 2013

MENDUNG



Cuaca yang baik untuk tidur dan berehat sepanjang hari selepas penat kenduri kawin semalam...tak nampak matahari langsung hari ni. Dari pagi suasana 7.00 pagi sepanjang hari...sejuk lembab.. Untung pengantin baru :-)

posted from Bloggeroid

ASZMI DAN ESAH



Selamat pengantin baru buat adik akak Imi dan pasangannya Esah pada 1/12/2013. Semuga berkekalan selamanya.

posted from Bloggeroid