Monday, November 28, 2016

KENTANG PUTAR

The other day, I accidentally ternampak chef sorang ni masak daging panggang dengan kentang putar. Rajin la pulak menyalin resepinya. Hari ni cuba buat dengan ayam panggang je tadi. Sedap sungguh rasanya makan masa hujan2 ni. Then my son tanya...ada bawang ke kat dalam kentang ni??? I said yes. It's a caramelised onion. Dia kata sedap la. Maka harus la simpan resepi ni. Sila la cuba kalau tergoda 😉
Bahan2:
1/2 kilo kentang (dadukan dan rebus)
Dalam kuali masukkan:
1 sudu besar mentega
1 biji bawang holland (dadu sekecil2 yg boleh)
1/2 sudu besar madu
garam dan lada hitam secukupnya
- masukkan mentega
- masukkan bawang dan kacau hingga layu
- letak madu, garam dan lada hitam
- ketepikan
Apabila kentang dah masak, tapiskan dan letak atas api yg sangat perlahan. Kemudian masukkan:
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan fresh cream
1/2 cawan parmesan cheese
1/2 sudu besar mustard ( i tak letak ni)
Hancurkan semua bahan2 ni, dan tutup api. Masukkan bawang yg digoreng tadi dan ratakan. Tambah la garam dan lada hitam kalau nak. Tu jer 😊