Balik kampung hari tu..petik kelapa dan buat inti. Anak2 sibuk berebut mengukur kelapa...pakai kukur stail dulu2 tu. Elok gak....tak yah akak buat...
So...buka puasa hari tu akak buat kuih ni...maybe ada yg dah biasa buat....tapi akak letak je resepinya buat rujukan anak2 nanti...:-)
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
700 ml air
50 ml susu segar
2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pes pandan
2-3 titik pewarna hijau epal
Masukkan garam kedalam air dan kacau hingga larut. Masukkan ke dalam tepung sikit-sikit sambil kacau rata (guna whisk)
Kemudian masukkan susu, pes pandan dan pewarna. Kacau rata.
Masak guna non-stick pan dan lengserkan minyak sekali sekala. Kalau rasa tepung tu tebal....letak air sikit....
Tu je...bye!
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment