Resepi ni akak dapat dari myresipi.com. Ini adalah untuk mengabiskan lebihan nasi semalam. Nak buat nasi goreng pon masing2 dah muak nak makan...
First time cuba...not bad. Tak yah guna eno or tapai. Yang kelakar tu..bila akak campurkan bahan basah dengan yg kering...kacau punya kacau nampak pekat semacam je...tengok balik resepi...rerupanya akak lupa letak gula...sep baik perasan. Kalau tak...apam ni kena cicah gula la pulak....
So, kepada yg minat kat apam mekar cam ni...sila sediakan:
Bahan A:
2 cawan nasi
3 cawan air (akak guna yg suam kuku)
secubit garam (akak letak sendiri)
Bahan B:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket yis (11gm)
CARANYA:
- kisar halus bahan A. Satukan semua bahan B dalam satu bekas dan kacau rata.
- masukkan A kedalam B dan kacau guna whisk hingga sebati.
- biar pada suhu bilik lebih kurang sejam
- panaskan pengukus dan isi adunan tadi kedalam bekas (comel-comel) yg telah dilengserkan minyak masak
- Kukus lebih kurang 15 minit
- bila dah masak sejukkan sebentar dan keluarkan
-boleh makan kosong atau dengan parutan kelapa putih yg telah di letak sedikit garam halus.
Selamat mencuba ye!
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment