Thursday, November 7, 2013

JERUK BELIMBING



Tiga hari lepas akak masukkan gambar pokok belimbing yg tengah banyak berbuah depan rumah ke dalam whatapps group taman perumahan akak ni....offer kepada sesiapa yg nak supaya datang ke rumah. Sebabnya akak pernah nak masak lemak cili api dengan belimbing....puas merayau satu kedai ke satu kedai tak jumpa. Pada masa yg sama adalah pokok jiran yg berbuah...tapi segan nak ambik sebab jiran tak de rumah dan ada yg tak kenal rapat...akhirnya adalah sebuah kedai ni yg akak tahu biasanya ada tapi hari tu tak nampak pulak atas rak nya. Terbuka pulak mulut nak bertanya...pekerja kata ada tapi belum pack lagi. Jadi bila pokok ni berbuah lebat akak hantar la ke kedai tu untuk dijual mengenangkan susahnya akak dulu mencari belimbing ni.....



Kali ni akak beritahu pada jiran2 kalau akak tak ada kat rumah....sila la ambil sendiri kalau teringin nak.makan. Maklumla buah ni kalau dah banyak berlambak2 jatuh ke tanah. Alhamdulillah....ada yg dah datang mengambilnya walaupun masa akak tak de di rumah semalam.

Dalam ber'whatsapp' tu ada yg mengalami pengalaman yg sama dengan akak, mencari buah ni tak jumpa kat kedai. Ada sorang kakak ni ajar macam mana nak jerukkan buah ni. Hari ni akak rasa....wah! Ok jugak. Boleh la lepas ni akak test kat buah mangga pulak.

So, sebelum terlupa nanti...akak catitkan macam mana caranya:

Mula2 basuh bersih dan rendam air kapur lebih kurang 2 jam.
Lepas tu basuh bersih2 dan tapis hingga kering sikit.
Masukkan dalam bekas/botol dan masukkan garam dan gula
Kemudian masukkan cuka 1/4 daripada jumlah buah tu.

Itu adalah resepi campak2...jadi akak agak2 je garamnya 2 sudu besar dan gula 1/2 kilo ikut manis yg kita nak....

Cubalah kalau teringin...tak susah pun.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment