Masa kenduri rumah Mak di Ampang minggu lepas...pak ajie tolong basuh ayam mentah. Bila dia cuci hati ayam dan mempedal...he thought those things nak di masak bersama2 dengan kacang panjang...kebetulan pulak hari tu memang sayurnya kacang tapi nak di goreng saja...I said to him..."ingat ni kenduri kat nisembilan ko?" Sebab selalunya di kampung dia di N.Sembilan hati ayam dan mempedal mereka masak lemak cili api...dan sebonar eh...kebanyakan masakan mereka di ciliapi kan...hehehe. Itula untungnya berkahwin dengan orang yg tak sedaerah dengan kita....belajar masakan yg tak sama dengan masakan Mak kita...kalau tak...sambal dan masak asam saja la kat dapur akak ye....
Ok...disebabkan hati ayam tu tak termasuk dalam menu kenduri...akak bawak balik rumah. Jadi ni la resepi masakan akak minggu ni...kacang panjang masak lemak cili api campur hati dan mempedal ayam.
Bahan-bahan:
7-8 tangkai kacang panjang (potong 1-2inci)
10 biji cili api (ikut kepedasan)
1-2 inci kunyit hidup
3-4 hati ayam
3-4 mempedal ayam
250 ml santan pekat (campur air 1cawan)
1 keping assam keping
Garam
Cara-caranya:
Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat. Hati dan mempedal ayam di potong kecil2. Masukkan dalam kuali bersama cili tadi dan masak tanpa air atas api perlahan sehingga air nya kering sedikit...kemudian masukkan santan dan biar hingga mendidih (kacau selalu). Masukkan sedikit garam dan kacau sekali sekala hingga kuahnya pekat. Masukkan asam keping. Kemudian kacang panjang. Rasa garam. Tutup api bila kuah dah pekat dan kacang dah masak....
Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing2... Biasanya hampir tidak berkuah atau hampir kering.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment