Ada satu hari tu, Saturday....rumah akak tak de electricity. So malam tu, kita orang satu family....bersiar2 la. Tengah jalan, nampak orang jual durian...tetiba pak aji cakap "nanti beli buat pengat la..". Then akak teringat dalam freezer ada durian yang akak simpan, lebihan masa musim durian kat kampung (beberapa bulan yang lepas) Maklumla kalau musim durian...kadang2 tak termakan. Durian kampung kan sedap...so akak freeze kan. Keesokkannya...akak buat pengat dan masak pulut.
Walaupun masak ni senang je...maybe ada yang tak tahu nak buat. Kepada yang nak cuba:
UNTUK PULUT:
- rendam pulut (banyak ikut suka) selama 1-2 jam. Lepas tu, letak dalam loyang.
- letak sedikit garam dalam santan cair dan masukkan cukup2 menutupi pulut yang ada
- kukus lebih kurang 25 minit atau sehingga masak
- masak sebuku gula melaka (~200 gm) dengan secawan air dalam periuk hingga larut
- dah masak, tapis air gula tu
- masukkan balik dalam periuk dan biar mendidih
- masukkan isi durian (~10 biji) dan masukkan secawan santan pekat
- kacau perlahan sehingga mendidih
- biar pekat (ikut suka) dan boleh hidangkan
Nota: Buat pengat ni, yang akak bagi ni basic je...kalau nak manis tambah gula, kalau santan tu...ikut suka. Ada orang tak suka pekat2...nak cair je..tambahla santan ikut rasa masing2.
Untuk pulut pulak...kalau kita tengok tak berapa masak lagi...kacau2 dan renjis2 sikit air, then kukus lagi sampai masak...ulang sampai puas hati...(betul ni...akak pernah buat camtu...tak ada yang keracunan makanan pun...hehehe!)
No comments:
Post a Comment