Dah lama salin resepi ni....tak ingat dari blog yang mana satu. Tetiba bila akak nak buat....resepinya tak de pakai telur pun. Cuak jugak la....maybe akak salah salin. But then, tak tahu nak double check kat which blog coz i forgot to jot it down. Nak tak nak, cube je la...
Hasilnya....ok gak. Kek nya sangat moist. Since akak tak pernah rasa any red velvet cake before, it is acceptable. Lepas ni akak cuba resepi yang lain pulak ye. Rata-rata, red velvet ni di padankan dengan cream cheese. Resepinya akak tukil dari blog Rima SG. A bit soft, tapi sedap. Kena letak dalam peti ais dulu sebelum hias. Kat rumah ni...cheesecake memang tak laku. So, diorang makan kek je. :) Kalau nak cuba....
BAHAN-BAHAN:
(A)
1 cawan susu segar
1 steh cuka epal/jus lemon
(B)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sbesar serbuk koko
1/2 steh baking powder
1/2 steh soda bicarbonate
1/2 steh garam halus
(C)
1 cawan gula halus
1/3 cawan minyak jagung
1 sbesar pewarna merah
1 steh coklat emulco
2 steh esen vanilla
1/4 steh esen badam (opt)
CARA-CARANYA:
- satukan A sampai mendadih/yogurt (lebih kurang 10 minit)
- ayak dan gaul rata campuran B
- dalam satu bekas campurkan A dan C. Kacau hingga gula larut
- masukkan tepung sikit-sikit sambil gaul rata satu arah sahaja
- masukkan adunan 3/4 bekas cupcake
- bakar 180C lebih kurang 20 minit
CREAM CHEESE FROSTING
125 gm cream cheese
50 gm unsalted butter
100 gm icing sugar
1 cup fresh cream/double cream (whipped)
- beat butter and cream cheese until soft
- add in sugar a bit at a time
- add whipped cream (use spatula)
Bila cupcake dah masak, hiaskan dengan cream cheese. Siap!!
No comments:
Post a Comment