Akak pernah cuba buat waffles sebelum ni tapi bebudak kat rumah ni kata tak sesedap yang kat kedai tu. Ada bau telur...yeerkkk!! Then akak jumpa resepi ni...tak silap dari website "joyofbaking". Cuma akak tambah sendiri waffles essence yang akak nampak kat kedai...baru ok. Tak de bau telur lagi...Anak2 pun suka.
So, resepi ni harus la ada dalam koleksi...nak cuba??
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan (130gm) tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp garam halus
1 1/2 tbsp gula halus
1 biji telur (A) - dipukul sedikit
1 cawan (240ml) susu segar
(part of it akak pakai air suam je. Tak cukup susu!!)
(part of it akak pakai air suam je. Tak cukup susu!!)
2 tbsp butter - dicairkan
1/2 tsp waffles essence
1/2 tsp waffles essence
CARA-CARANYA:
1. Campurkan tepung, gula, garam, baking powder dalam bekas - gaul rata
2. Masukkan sedikit susu dan kacau guna whisk
3. Masukkan telur, kacau lagi dan masukkan lebihan susu
4. Akhir sekali, masukkan butter
5. Biarkan sebentar - 15 minit dan masak ikut peraturan waffles pan masing-masing
Nota: Kalau whisk guna tangan....pastikan adunan rata dan tidak bergentel-gentel. Akak tak gunakan butter tapi minyak jagung...(malas nak cairkan butter).
No comments:
Post a Comment