Tak tahu nak letak tajuk apa...since jap lagi nak masuk 2012...akak letak la tajuk tu. Saja nak letak satu entry untuk bulan terakhir ni..
Sepanjang cuti sekolah ni memang sibuk memanjang...weekend je balik kampung since abah akak tak berapa sihat...keluar masuk hospital. Syukur la tak berapa kritikal sangat walaupun melibatkan jantung dia yang sepatutnya akan dibedah 2-3 bulan lagi.
Awal cuti tu akak pi Hat Yai ikut adik akak yang saje2 nak bawak mak abah pi sana naik kereta. So, akak tumpang sekaki. Pak ajie jaga anak2 :-)
Walaupun banyak cerita yang didengar tentang Hat Yai, bila dah datang sini dan tengok dengan mata sendiri...tak banyak beza ngan kehidupan kita. Ramai yang tahu berbahasa Melayu. Kedai yang jual nasi lemak dengan roti canai pun ada. Akak pagi sampai malam kalau nampak pulut mangga dengan durian ni...memang tak boleh tolak la...
Masih aku terasa...... |
Harus la makan makanan diorang kan...paling tak boleh miss...tomyam la. Memang sangat sedap!!
Tomyam secukup rasa...... |
Kat sana kita orang jalan-jalan kat floating market...macam2 makanan ada kat sini...kena pandai pilih gak sebab ada yang tak halal...di setiap sampan ada tulis apa yang dijual...(nanti akak letak gambar kemudian ye...)
Lepas tu ada kenduri kawin pulak di Sabak Bernam...since dah lama tak lalu sana...dan ramai pulak yang nak pergi...kita orang konvoi ke sana. Balik dari kenduri singgah Bukit Melawati. Saja nak bawak anak2 naik keretapi.... (ke mak abah nye yang excited??)
Tapi yang paling tak boleh tahan bila pak ajie ajak pi Johor Premium Outlet kat Kulai tu. Asalnya nak balik Melaka...tapi terlajak ke JB. Dengar cerita macam gempak je kan....tapi masa parking tu kitaorang tengok kebanyakan orang yang nak balik jalan lengang kangkong je. Akak rasa macam pelik la ...tak kan tak de barang nak beli...rerupanya....umang aaiii...harganya adalah kurang sikit dari The Gardens atau Pavillion...walaupun lepas diskaun masih tak menepati citarasa "harga patut" akak....:) So...ke jusco atau giant je la kita...hehehe!!! tak yah pergi jejauh cam tu (tak tahu la kalau lama-lama sok murah pulak kan???)
No comments:
Post a Comment