Friday, February 1, 2013

SPAGHETTI CARBONARA



Ni lunch akak hari ni...bahan semua dah ada secara kebetulan...senang je nak buat ni...

Mula-mula rebus spaghetti ikut kelembutan masing2...akak akan ambik satu dan rasa...kalau dah lembut tu..ok la.

Untuk sosnya:

- potong dadu bawang holland sebiji dan 4 biji bawang putih
- masukkan sikit minyak zaitun dalam frying pan/ kuali dan tumis bawang2 tadi
-potong bulat 5 batang hot dog ayam/daging dan masukkan dalam kuali tadi...kacau2 rata
-lepas tu potong nipis 4 biji cendawan shitake dan masukan dlm kuali...kacau sampai semua bahan masak dan layu
-dah tu masukkan 1 tin sos carbonara prego dan letak 1/4 tin air.
-masukkan 1/2 cawan fresh milk dan kacau. Rasa dulu baru tambah garam or susu ikut kepekatan masing2...nak letak oregano atau lada hitam sikit pon ok jugak....dah siap...

Sebenarnya kalau ada udang pun lagi sedap...tapi sebab akak lambat keluarkan udang dari freezer....ok la ni...sedap jugak...:-)


posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. nampak sedap tu, niatnye nak masak spageti carbonara la ptg ni utk berbuka. salah beli cheese la plak...huhu

    ReplyDelete