Tuesday, September 10, 2013

PUDING ROTI



Semalam akak teringin nak makan puding roti....google dan kebanyakkan resepi lebih kurang je. Kebanyakkannya kena masukkan butter yg dicairkan lebih kurang 2 sudu. Disebabkan akak malas nak cairkan butter tu...akak bakar roti dan sapu majerin. Sebabnya..akak pernah buat puding roti biasa yg terus rendam dan bakar...tapi tak menepati cita rasa. Akak pernah tengok kat tv...diorang bakar jap dlm oven bagi roti tu garing sikit...so akak malas bakar dlm oven...guna pembakar roti je...senang weiii. Hasilnya sangat memuaskan dan makan dengan sos kastad sejuk...errmmmm...nak cuba cara akak...sila sediakan:

BAHAN-BAHANNYA:

8 keping roti (bakar dan sapu majerin/butter)
2 cawan susu segar dutch lady
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh sebuk kayu manis
chocolate chips/kismis untuk taburan



CARANYA:

- roti yg dibakar dan disapu butter potong 4-6 dan susun dlm bekas bulat 8" (campak2 je)
- dlm mangkuk lain masukkan bahan yg lain kecuali choc chips dan kacau sebati guna whisk
- tuang atas roti dan tekan2 sikit dan biar susu meresap dlm roti lebih kurang 5minit
- taburkan choc chips dan kismis
- bakar 180'C lebih kurang 45 minit
- semasa bakar tu puding akan naik tinggi macam gambar atas...(tu pun dah turun sikit)
- bila sejuk akan kempis bahagian tengah cam gambar bawah ni



Untuk sos:

1 tin susu cair
1/4 tin air suam
1-2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Masukkan semua dalam periuk dan masak atas api perlahan hingga sedikit mendidih...tu je.

Puding roti dan sos ni tak begitu manis...kalau yg suka manis2 tu boleh tambah gula. Untuk sos...tepung kastard akan menetukan kepekatan sos nya...ikut citarasa masing2 la ye...Bye!!!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment