Saturday, September 7, 2013

UDANG REBUNG LEMAK CILI API



Khamis lepas pi pasar malam dan jumpa rebung sepeket singgit. Akak beli 2. Tak sampai hati nak beli satu je. Lagipon takut tak cukup pulak.

Hari ni akak masak dgn udang. Kalau dengan daging pun ok gak. Tapi sebab akak nak cepat masak....masuk udang je la.

Senang je nak masak ni...Tumbuk/kisar 15biji cili api dengan 2inci kunyit hidup...perah santan pekat2 dari sebiji kelapa...masak semua ni atas api perlahan dan kacau sampai mendidih.

Dah tu masukkan rebung...disebabkan rebung tu baru dibuat..akak masak lama sikit sampai lembut. Letak garam kasar sikit. Dah agak2 masak rebung tu...masukkan udang. Jangan lama sangat. Udang dah betukar warna je...tutup api. Nanti dia masak lagi sebab kuah panas kan....kalau lama2 sangat...udang keras.


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment