Selalunya kalau teragak nak makan, beli je....tapi sebab tengok ramai yang post dlm blog...cantik2 warna..terliur pulak.
Lagipun tak pernah buat...cuba la buat apam ni last week sebab ada nasi lebih. Dah jenuh buat nasi goreng je...kita cuba buat apam ni. Dapat resepi dari Wati dalam blog Mamafami.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 st instant dried yeast
1 paket Eno
CARA-CARANYA:
- kisar nasi dengan air
- dalam bekas, campurkan tepung, gula dan yeast
- kemudian masukkan nasi yg telah dikisar tadi, kacau sebati
- tutup bekas dan biar 4 jam
- selepas itu letak Eno dan kacau
- warnakan ikut suka dan biar 5 minit
- masukkan dalam bekas kecil dan kukus 15-20 minit dengan api kuat
- hidangkan dengan kelapa parut jika suka
Tekstur apam ni agak lembab sikit....maybe lain beras or tepung akan dapat hasil yang berlainan. Namun begitu...still sedap dan berpuas hati. Nanti kita cuba resepi yang lain pulak ye.
Bye!!!
Salam...nak try resipi ni tp st tu apa maksudnye ek? Utk yeast tu
ReplyDelete