Masa pergi Bandung last year....mana-mana kedai makan mesti ada sambal cicah. Lebih kurang macam ni tapi lagi sedap la. So, bila rasa nak goreng ikan talapia, akak buat la sambal ni.
Resepinya dulu akak refer kat blog dari Indonesia....macam2 sambal nya...walaupun ada yang akak tak paham tapi agak2 je la. Lebih kurang macam sambal belacan except this time, akak goreng bahan2 tu.
Kepada yang ingin mencuba....boleh la guna blender atau batu tumbuk. Kat rumah ni, akak gunakan food processor bersaiz kecil yang dulunya digunakan untuk blend bubur anak akak masa diorang baby...so, sekarang ni kalau nak buat sambal belacan...akak guna ni je. Kalau pakai blender yang besar tu mungkin kena letak air masak sikit la...
BAHAN-BAHAN:
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
2 inci belacan* (*digoreng)
3 sudu besar gula melaka
secubit garam
4 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja)
CARA-CARANYA: masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus
penat makan ikan laut je (mahal pulak tu)....kita makan ikan talapia |
Nota: kalau rajin...boleh tumbuk tapi kena betul2 lumat..tambah gula atau jus limau ikut selera masing-masing.
No comments:
Post a Comment