Wednesday, January 5, 2011

CINNAMON ROLL



As I said...rumah akak ni memang selalu gak buat roti sebab ramai yang tukang makannya. Tak pun, bagi jiran atau rakan2 si adik yang kengkadang 12 jam ada kat rumah ni.


Resepi adalah atas permintaan sahabat akak, Wa....yang akak tukil dari rumah Mat Gebu. Memang banyak resepi roti yang akak jumpa dan cuba...basically semuanya lebih kurang je. Sama sedap dan menjadi....

So, kepada yang sudi...ni resepinya:

BAHAN-BAHAN:

Untuk Doh:

400 gm tepung roti (HP)
100 gm tepung halus (Hong Kong flour)
100 gm castor sugar
5 gm garam halus
20 gm tepung susu
1/2 st bread improver
1/2 st bread softener
1 biji telur - pukul sedikit
11 gm yis segera
250 ml air
40 gm shorterning

Untuk Inti:

3 sb mentega - cairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 st serbuk kayu manis* (*digaul)
1 cawan kismis

CARA-CARANYA:

  1. satukan semua bahan kering kecuali shortening (tapi elakkan garam terkena yis sebelum di gaul)
  2. masukkan telur dan air sikit-sikit
  3. selepas itu masukkan shortening dan uli hingga kembang dan lembut
  4. rehatkan doh 1 jam
  5. tekan-tekan doh untuk keluarkan udara
  6. leperkan doh dengan kayu penggiling (seperti gambar)
  7. letak mentega cair dan taburkan gula diikuti dengan kismis
  8. gulung kemas2 dan potong lebih kurang 1/2 inci
  9. rehatkan 45 minit
  10. bakar 180 C lebih kurang 10-12 minit

yang ni versi choc chips - gelek leper lepas tu gulung

potong2 dan letak dlm kertas (tak yah kertas pun tak pe)



makan panas2.....errmmm....yummy!!!!





Nota: kadang2 masa uli tu melekit-lekit sikit...selalunya akak tambah tepung sikit supaya licin dan tak melekat di bekas. Pernah juga termasukkan shortening sebelum mula menguli....hasilnya ok gak.



No comments:

Post a Comment