Monday, January 3, 2011

ROTI GULA



Roti ni akak buat sehari sebelum perjalanan ke utara. Dapat la dalam 25 biji gitu.

Masaalahnya...masak je terus hilang 6 biji...bila nak bertolak esok tu tinggal 4 je.

Rasanya resepi dari blog Mat Gebu....lupa nak tulis masa copy tu. Layan je la gambar ye. Dengan cuaca yang mendung je ni.....mata macam nak terlelap je :)

Siapa2 yang teringin tu....sila lihat resepi ni: (2 kali dari resepi asal)

BAHAN-BAHAN:

400 gm tepung roti (HP)
1 st garam
1 st bread improver
1 st bread softener
80 gm gula halus
11 gm instant yeast
60 gm telur
190 ml air
30 gm mentega

HIASAN:

sedikit telur dan 1/2 st esen vanilla (dikacau)
gula kasar secukupnya

CARANYA:
  1. satukan semua bahan kecuali mentega dan uli hingga menjadi doh
  2. masukkan mentega dan uli lagi hingga lembut dan elastik
  3. biar 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda
  4. tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara dlm doh
  5. bahagi 2 dan bulatkan
  6. ambil satu bahagian dan canai rata (rujuk gambar)
  7. bahagi 12, ambil satu dan gulung dari bahagian besar ke hujung yg kecil
  8. biar lagi 40 minit
  9. sapu telur dan tabur gula
  10. bakar 180 C lebih kurang 20 minit
Ini adalah antara gambar yang sempat akak ambil hari tu...(terajin la pulak masa tu....)

di bahagi 12





gulung dan biarkan 40 minit
lepas tu tabur sapu telur & tabur gula





No comments:

Post a Comment