Friday, January 7, 2011

TALAM UBI


Akak ni memang suka dengan kuih dulu-dulu ni. Kalau kat pasar malam....mana yang berkenan tu...akak beli..kalau sedap next time datang situ lagi bila teringin. Maklum la...nak buat kuih2 ni, kalau ramai yang menghabiskan tak pe. Kalau setakat nak makan seketul dua tu...beli je la.

Harga barang pun nak naik lagi...jadi kalau teringin nak makan yang sedap, boleh cuba resepi ni. Akak dapat dalam blog bro Rozzan S'pore yang rajin sangat buat kek lapis. Kalau uolls nak tengok resepi kek lapis...boleh refer kat blog dia. So far, akak tak pernah cuba sebab tak berapa minat makan kek lapis ni. Lebih2 lagi tengok telur nya yang berpuluh2 tu....masak pulak selapis selapis. Perrrgh....berpeluh tu!! tapi sebenarnya akak seriously tak terliur sangat dengan kek lapis ni...masing2 punya selerakan???

First time buat ikut resepi ni...akak tapis je ubi tu. Jadi bila masak kuih masak...bawahnya lembut dan tak cantik sangat bila dipotong...tapi akak memang suka yang macam ni...

Second time...akak perah sikit airnya...so bila masak...bawah keras kental. So, kalau yang suka lembut tu...ikut resepi ni ye...

BAHAN-BAHAN:

Bahagian bawah (A)
700 gm ubi yang telah diparut*
200 ml air* (*campur dan tapis...sagunya ambil dan kacau dengan ubi)

180ml air*
210 gm gula melaka*
150 gm gula pasir* (*masak, tapis dan sejukkan)
75 gm kelapa parut putih
1/2 st garam halus

Bahagian atas (B)
1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 ggm tepung kanji (ubi)
30 gm gula
1 st garam halus

CARA-CARANYA:
  1. satukan semua bahan A dan gaul rata
  2. masak dalam loyang dan kukus dalam 20 minit
  3. bancuh bahan B dan tapis
  4. letak atas A dan kukus lagi 25-30 minit
  5. biarkan sejuk sebelum dipotong


Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment