Wednesday, February 16, 2011

KARIPAP PUSING





First time buat karipap ni. Sangat rapuh dan sedap makan masa panas-panas lagi .Resepi dari Alex Goh dapat dalam blog Mat Gebu.

Bahan-bahan:

(A) 
260 gm tepung gandum
50 gm magarine
20 gm gula halus
1/4 st garam
140 ml air

Satukan semua bahan (A) dan uli hingga sebati


(B)
180 gm tepung gandum
80 gm lemak sayuran (shorterning)

Satukan semua bahan (B) dan uli hingga sebati

Cara-cara:
  1. rehatkan doh yang telah diuli  20 minit
  2. bahagikan dua A dan B
  3. leperkan A secara membulat dan letak B kedalamnya dan bulatkan
  4. canaikan 4 segi. Lipat 3 bahagian menjadi satu.
  5. canaikan sehingga leper ~ 2 cm
  6. gulung macam swiss roll dan potong
  7. canai dan masukkan inti
  8. goreng dengan api perlahan
Resepi ni untuk kulit nya saja. Inti macam biasa...or refer kat karipap biasa tu.

Kalau nak lebih detail dengan gambar "step-by-step" boleh refer kat blog Cik Mat Gebu dan korek la mana yang patut...:)



No comments:

Post a Comment