Thursday, February 17, 2011

MEE HAILAM


Di sebabkan mee pemberian adik akak, Lin hari tu ada dalam peti ais...siap dengan sawi/taugeh/fishball...akak pun "terajin" la pulak nak buat mee hailam ni...(ke malas nak masak???) jadi la lunch hari ni. Baru je...panas lagi....

Sapa2 nak rasa...masak sendili eh..:)

Bahan-bahan: (untuk 2-3 orang)

1/2 peket mee kuning ~ 200 gm
3 biji bawang putih (tumbuk kasar)
1/2 dada ayam (boleh ganti udang)
2 sudu teh stok ayam + 1 cawan air
fish ball secukupnya (optional)
1 pokok sawi
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
4 titik minyak bijan (optional)
taugeh & daun sup secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. letak minyak dalam kuali, dah panas masukkan bawang putih
  2. letak dada ayam yang sudah dihiris kecil2, kacau ~ 1 minit
  3. masukkan stok ayam dan fishball
  4. bila mendidih masukkan kicap dan sos ikan
  5. kemudian diikuti dengan mee dan sayur sawi
  6. agak2 mee dah masak ~ seminit, masukkan taugeh dan minyak bijan
  7. hias dengan daun sup kalau suka...siap

Actually, tak de taugeh pun tak pe...kalau suka boleh letak telur lepas step 5...ikut suka kita la kan...kita yang buat dia!!

No comments:

Post a Comment