Monday, March 22, 2010

SAGO GULA MELAKA


Last month dua kali As masak kuih ni...first time guna daun pisang...and second time guna bekas plastik yg comel2 tu.....pastinya yg menggunakan daun pisang ni lebih sedap...


Masak kuih ni memang super senang....As pulak memang suka masak kuih lama2 ni coz ianya mengembalikan kenangan semasa kecil....memori indah gitu!!!


Sesapa yg nak cuba...ni resepinya:


BAHAN:


  • 300 gm sagu kecil

  • 50-70 gm kelapa parut (yg putihnya)

  • 1/2 sudu kecil garam halus

  • 100-150 gm gula melaka (racik halus/sagat)

  • daun pisang secukupnya (dilayur dahulu)

CARA MEMASAK:



  1. Sagu direndam 30 saat dan tapis

  2. kelapa parut digaul bersama dengan garam halus

  3. campuran kelapa kemudian dicampur dengan sagu dan gaul sebati

  4. bentukkan daun pisang seperti kon

  5. masukkan 1 sudu besar sagu

  6. kemudian dimasukkan gula melaka secukupnya ~ 1/2 sudu besar

  7. masukkan 1 sudu besar campuran sagu lagi menutupi gula melaka

  8. lipat daun pisang kemas-kemas...gunting lebihan dun jika perlu

  9. kukus ~ 10-15 minit

  10. biar sejuk sebentar dan boleh dimakan