Showing posts with label Sayur-sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayur-sayuran. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

TAUGEH MASAK LEMAK PUTIH


Ni adalah lauk bila dah tak de idea lagi nak masak....tapi yg simple2 ni la yang sedap. Lawan dengan sambal ikan atau sambal belacan....perrrggh! tak ingat2 tambah nasi..hehehe!

Tapi....ada tapinya ye! dalam kata senang tu...ada gak orang yang tak pernah masak ni...tak tahu nak letak apa kalau masak macam ni...so, kalau yang tak biasa masak lemak putih macam ni...sila ingat resepinya ialah:

Bahan-Bahan:-

3-4 biji bawang merah
10 ekor ikan bilis (lebih kurang la)
500 ml santan kelapa
taugeh secukupnya (lebih kurang singgit je)
1 biji tauhu (potong 9-12)
sebiji cili merah
garam/perasa secukupnya

Cara-caranya:

  1. tumbuk bawang hingga hancur dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sikit2 (tak yah lumat sangat)
  2. masuk santan dalam periuk dan masukkan bawang/ikan bilis yg ditumbuk tadi
  3. masak atas api sederhana dan perlu terus mengacau kuah sehingga santan mendidih sedikit (bagi mengelakkan santan berketul-ketul)
  4. dah tu masukkan tauhu, garam dan perasa biar kejap
  5. dah rasa..elok..baru masukkan taugeh dan cili (sebab tak nak taugeh lembik sangat kalau masuk awal2)
  6. biar kejap dalam seminit...tutup api. Siap!


Nota: untuk kuahnya...bergantung pada individu...nak pekat atau cair. Sebaiknya beli kelapa parut sebiji dan perah 2-3 kali...



Friday, March 25, 2011

TUMIS CENDAWAN


Masak sayur ni bukannya susah sangat....ni kes menghabiskan sayur dalam peti ais. So, this time yang ada, 2 pokok sawi, 1/2 plastik ~ 200gm cendawan tiram dan 1/2 biji cili benggala merah. Potong la ikut kreativiti memasing...

Ambil 3 biji bawang merah
2 biji bawang putih (mayang kedua-duanya)
ikan bilis sikit
garam
minyak untuk menumis

Lepas tu, panaskan kuali, tumis bawang2 dan letak ikan bilis. Bila dah garing, masukkan air secukupnya.
Biar mendidih, masuk garam dan sayur-sayuran...dah siap.






Friday, February 18, 2011

PUCUK PAKU GORENG


Bahan-bahan:

Seikat pucuk paku
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih* (*mayang)
ikan bilis secukupnya (tumbuk kasar)
1 biji cili merah (dipotong)
garam halus

- Dalam kuali, bila minyak dah panas, masukkan bawang yang dah dimayang
- lepas tu masukkan ikan bilis dan garam, goreng hingga semua garing
- masukkan cili merah dan pucuk paku
- goreng lagi lebih kurang 2-3 minit atau sampai pucuk paku tu masak

Senang kan?? Pucuk paku tu seikat biasanya dlm RM2...atau pun secekak sebab bila dah di petik2 dan dipilih...tak banyak pun yang dapat sebab kita ambil yang lembut je....kalau kat kedai lain la kan...yang dah tua pun dibelasahnya...janji banyak!!!




Tuesday, January 4, 2011

PERIA GORENG CILI



Ini adalah kegemaran akak dan anak-anak. But most of the peria...akak yang makan. Diorang makan telur lebih. Kalau masak ni...telur kena letak 3 biji...kalau tak nanti gaduh ada yang tak dapat.

Senang je nak masak...yang penting lepas potong peria tu, rendam dalam air garam lebih kurang setengah jam untuk mengurangkan pahit peria tu....ni petua la...akak ikut je. Kalau suka pahit2...tak yah rendam :)

BAHAN-BAHAN:

1 biji peria (yg sederhana besar)
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*   (*ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
1/2 st pati ikan bilis
3 biji telur ayam
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
sedikit air

CARANYA:
  1. bersihkan peria, potong dan rendam dlm air garam
  2. panaskan kuali dan letak minyak 3-4 sudu
  3. tumis bawang dan masukkan cili, kacau hingga garing
  4. masukkan pati ikan bilis dan garam
  5. masukkan peria dan sedikit air (tutup kuali sebentar untuk lembutkan peria)
  6. rasa...kalau tak cukup tambah garam
  7. pecahkan telur dan biar keras sikit baru kacau sampai hancur dan sedikit kering

Terpulang pada masing2. Ada yang suka peria tu keras dan crunchy....tapi akak suka kalau lembut sikit....
kalau nak masuk telur lebih...cili mesti lebih juga...kalau tak nanti tak pedas..

 Nota: Aras....tak yah salin resepi ni....ko kan expert :)))

Tuesday, February 17, 2009

BAYAM MASAK AIR


Hah! Ni dia sayur masak air. Maybe ada orang panggil masak bening kot. Ni lawan makan dengan sambal goreng sotong dan ikan goreng...cukup sedap. Lagipun masakan ni sihat sebab tak de minyak. So...cubalah!
Bahan-bahan:
Sayur bayam secekak (kalau pasar malam dah siap ikat)
3 biji bawang merah (dimayang halus)
ikan bilis secukupnya (belah dua)
sedikit garam
air
Cara-cara:
  1. Rebus air secukupnya dalan periuk
  2. Masukkan bawang, ikan bilis dan garam dan biar hingga mendidih
  3. Selepas itu, masukkan sayur bayam
  4. Bila mendidih balik, tutup api dan boleh dihidangkan. Senang kan?

Nota: Biasanya bila dah masukkan sayur As terus tutup api. Bila kita tutup periuk tu...sayur akan masak & a bit crunchy (I like it like that) But then, anak-anak suka kalau sayur tu lembut. Biasala bebudak...kalau sayur tu crunchy katanya tak masak lagi...whatever!