Showing posts with label Sos. Show all posts
Showing posts with label Sos. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

SAMBAL DURIAN


Tajuk tu akak je yang pandai2 reka....tak tahu nak panggil apa. Akak belajar makan ni kat rumah mertua. Memula tu memang rasa pelik je...isi durian makan dengan nasi??? biar betul...tapi bila dah kena lawannya dengan masak lemak cili api...errmmm...tak boleh cakap la sedapnya cam mana...kena rasa sendiri!! Sebabnya keluarga akak jarang sangat2 makan tempoyak atau yang seangkatan dengannya....maklum la orang melaka...masak asam je....ada sepupu akak...langsung tak boleh makan masakan apa2 yang ada tempoyak...nak muntah katanya...

Cuma nak beritahu yang ni adalah dari buah durian yang baru atau isi durian...bukannya tempoyak. Just ambil beberapa biji cili api merah/hijau dalam 7-8 biji...tumbuk dengan secubit garam sampai halus. Ambik isi durian dalam 1-2 ulas...bila nak makan campurkan sikit2...takut ada yang tak tahan pedas pulak...sedap makan dengan masak lemak cili api...yang heran tu, kalau balik kg...yang makan beria-ia sangat adalah menantu2 nya...:)

Cuba la...i dare you!!!



Wednesday, November 30, 2011

KENTANG PUTAR



Cuti2 sekolah ni harus la buat makanan yang anak2 suka nak makan. Jadi masa pi giant tu ternampak la promosi chicken fries jenama Marina dan akak pun terbeli la...saje nak test sedap ke tidak. Ok la. Macam jejari ayam gitu...garing je. Tinggal kan sikit untuk pak ajie...tapi anak2 kat rumah ni tak pernah tenguk cerita "batu belah batu bertangkup"...so diam tak diam dah habis...

Tapi tak pe...pak ajie pun bukannya minat sangat makan benda2 cam ni...kengkadang pandang sebelah mata pun idak..:(

Last time akak pernah buat kentang putar ni, tapi guna kentang biasa je...hasilnya tak sesedap kat kay ep cee tu. So, this time kita guna russet potato. Memang sangat sedap dan gebusss..letak la susu segar tu sikit2...dan rasa dulu. Sebabnya...ada orang tak suka susu bebanyak kan....cuba la!!

Bahan-bahan untuk KENTANG PUTAR:



3 biji kentang russet (dalam 1/2 kilo)

1 sudu besar mentega

1/3 cawan susu segar

sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Basuh kentang bersih2 dan rebus sehingga empuk. Buang kulit dan lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega dan gaul rata. Letak garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


UNTUK SOS KENTANG PUTAR



Bahan-bahannya:

3 cawan  air

1 biji bawang Holland - potong kecil

1 batang carrot - potong kecil

1/2 kiub pati ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam dan kicap pekat secukupnya

Cara -cara :
  1. Masak air dan masukkan kiub pati ayam, carrot dan bawang besar. Biar hingga mendidih dan masak dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan hingga sebati.
  3. Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat dan tak berketul.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukkan kicap pekat kalau nak kuahnya berwarna gelap.
  6. Masak sehingga pekat dan rasa dahulu sebelum masukkan garam.
  7. Tambah serbuk lada hitam dan biar serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Biar lama sikit kalau nak kuah pekat dan tambah la apa yg patut (garam/kicap/lada hitam) sampai sendiri puas hati..hehehe!
Ta ta...




    COLESLAW


    Ni paling senang nak buat....tapi akak punya ni terlebih mayonis ye. Bahan yang akak berikan ni adalah anggaran sahaja. Bila uolls buat tu...lebih atau kurang tak menjadi hal. Ikut suka masing2.

    Bahan-bahan:

    1 batang carrot

    1/4 biji kobis

    1 sudu besar gula icing

    3-4 sudu besar mayonis (ikut suka sendiri)

    Cara-caranya:
    1. sagat/potong carrot dan kobis sehalus mungkin 
    2. masukkan mayonis dan gula icing
    3. kacau rata-rata dan hidang

    Tu je...senang kan!

    Saturday, April 16, 2011

    PULUT DURIAN


    Ada satu hari tu, Saturday....rumah akak tak de electricity. So malam tu, kita orang satu family....bersiar2 la. Tengah jalan, nampak orang jual durian...tetiba pak aji cakap "nanti beli buat pengat la..". Then akak teringat dalam freezer ada durian yang akak simpan, lebihan masa musim durian kat kampung (beberapa bulan yang lepas) Maklumla kalau musim durian...kadang2 tak termakan. Durian kampung kan sedap...so akak freeze kan. Keesokkannya...akak buat pengat dan masak pulut.

    Walaupun masak ni senang je...maybe ada yang tak tahu nak buat. Kepada yang nak cuba:

    UNTUK PULUT:
    •  rendam pulut (banyak ikut suka) selama 1-2 jam. Lepas tu, letak dalam loyang.
    •  letak sedikit garam dalam santan cair dan masukkan cukup2 menutupi pulut yang ada
    •  kukus lebih kurang 25 minit atau sehingga masak
    UNTUK PENGAT:
    •  masak sebuku gula melaka (~200 gm) dengan secawan air dalam periuk hingga larut
    •  dah masak, tapis air gula tu
    •  masukkan balik dalam periuk dan biar mendidih
    •  masukkan isi durian (~10 biji) dan masukkan secawan santan pekat
    •  kacau perlahan sehingga mendidih
    •  biar pekat (ikut suka) dan boleh hidangkan

    Nota: Buat pengat ni, yang akak bagi ni basic je...kalau nak manis tambah gula, kalau santan tu...ikut suka. Ada orang tak suka pekat2...nak cair je..tambahla santan ikut rasa masing2.
    Untuk pulut pulak...kalau kita tengok tak berapa masak lagi...kacau2 dan renjis2 sikit air, then kukus lagi sampai masak...ulang sampai puas hati...(betul ni...akak pernah buat camtu...tak ada yang keracunan makanan pun...hehehe!)

    HOMEMADE TOMATO SOS


    Senang je nak buat ni....

    Kalau jumpa tomato tengah jualan murah ~ RM2 sekilo....beli la lebih dan buat sos sendiri. Akak buat cam ni...simpan dalam peti ais...lepas tu kalau masak sos spagetti ke, ayam masak merah ke, sotong/udang 3 rasa ke....masukkan sebotol (~ 400 gm) sebagai menggantikan sos tomato...selain dari bahan2 yang sepatutnya la. Lepas tu adjust la mana yang patut...senang gitu......nak cuba???

    BAHAN-BAHAN:

    10 biji tomato (belah 4)
    1/2 cawan air
    1 biji bawang besar*
    4 biji bawang putih*
    1 inci halia* (*mayang/potong nipis)
    sedikit garam
    sedikit serbuk lada hitam (optional)
    3 sudu besar cuka
    2 sudu besar gula perang (brown sugar)

    CARA-CARANYA:-
    1. masukkan tomato dan air kedalam periuk
    2. bila mendidih masukkan bawang besar, bawang putih, halia, garam dan lada hitam
    3. bila tomato dah lembut dan tercabut kulitnya...buang kulit dari periuk (kalau rajin la...)
    4. biar mendidih perlahan-lahan lebih kurang 30 minit
    5. alihkan dari api dan lecek perlahan2 sehingga tomato hancur
    6. letak balik atas api dan masukkan cuka dan gula perang
    7. bila mendidih sekali lagi....boleh padamkan api
    8. biar sejuk dan masukkan dalam botol/bekas
    9. simpan dalam peti sejuk



    Nampak tak beza yang botol besar ngan yang botol kecik tu??? Sebab nya...yang botol kecik tu, tomatonya sangat ranum dan merah....yang besar tu...first time buat, tomato tak berapa masak, lepas tu terletak bunga cengkih pulak...ada yang complain kat rumah ni, kata tak sedap. So, lepas tu buat lagi....baru ok!!

    Nota: Jangan letak air banyak sangat sebab nanti sos cair. Moreover, tomato mengeluarkan airnya sendiri...so, jangan risau.

    Friday, March 25, 2011

    CILI JERUK


    Entry ni khas buat my window-shopping-and-makan-makan-partner...Wa. Whenever akak nampak cili hijau yang mongel2 dan cantik2....i'll think about jeruk ni. Sebabnya...akak selalu makan bee hoon sup kat rumah ni. So, kalau ada cili jeruk ni...lagila sedap kan???
    Pada yang teringin nak buat sendiri...

    BAHAN-BAHANNYA:

    6 biji cili hijau (hiris nipis)
    2 cawan air panas (cukup2 untuk rendam semua cili tu)
    1 steh garam halus
    3 sudu besar cuka

    Caranya: Campurkan semua bahan2 dan biar sejuk. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais

    Senang je kan?? Lepas ni tak yah beli lagi...hehehe!




    Sunday, January 9, 2011

    SAMBAL CICAH IKAN


    Masa pergi Bandung last year....mana-mana kedai makan mesti ada sambal cicah. Lebih kurang macam ni tapi lagi sedap la. So, bila rasa nak goreng ikan talapia, akak buat la sambal ni.

    Resepinya dulu akak refer kat blog dari Indonesia....macam2 sambal nya...walaupun ada yang akak tak paham tapi agak2 je la. Lebih kurang macam sambal belacan except this time, akak goreng bahan2 tu.

    Kepada yang ingin mencuba....boleh la guna blender atau batu tumbuk. Kat rumah ni, akak gunakan food processor bersaiz kecil yang dulunya digunakan untuk blend bubur anak akak masa diorang baby...so, sekarang ni kalau nak buat sambal belacan...akak guna ni je. Kalau pakai blender yang besar tu mungkin kena letak air masak sikit la...

    BAHAN-BAHAN:

    5 biji cili merah*
    6 biji bawang merah*
    2 inci belacan* (*digoreng)
    3 sudu besar gula melaka
    secubit garam
    4 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja)

    CARA-CARANYA: masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus

    penat makan ikan laut je (mahal pulak tu)....kita makan ikan talapia


    Nota: kalau rajin...boleh tumbuk tapi kena betul2 lumat..tambah gula atau jus limau ikut selera masing-masing.