Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

HOMEMADE FISH BALL SOUP


Selamat tahun lompat!!! Nak tunggu 4 tahun lagi kan...so akak buat satu entry hari ni..

Itu adalah lunch akak hari ni. Makan dengan nasi dan sambal sotong...sedap sungguh!! Terpaksa la lupakan diet akak hari ni...tak tipu eh. semangkuk tu akak habiskan sorang.....tapi kira ok la sebab sup ni kosong je...kononnya 'healthy food' la...:)

Yang ni akak belajar dari mak akak. Senang sangat nak buat nya....yang malasnya adalah menghaluskan isi ikan tu...zaman dulu2 kena cincang2 atas papan sampai jadi pes. Sekarang ni akak masuk je isi tu dalam food processor dan tekan. Senang je...So far, akak pakai ikan tenggiri je. Tak pernah cuba ikan lain. Rasanya semua ikan isi putih boleh dibuat fish ball....bila beli ikan tu..cari ikan yang besar sikit. paling senang bahagian ekor...beli separuh ikan (lebih kurang 800gm-1kg). Jangan potong kecil2. Biar je cam tu. Bila nak masak belah ikan tu memanjang (kiri kanan tulang) nanti dapat 2 kepingan panjang isi ikan...ambil sudu dan keluarkan isi ikan tu sikit-sikit hingga habis..Elakkan bahagian isi tengah yang merah tu.(lupa nak ambik gambar tadi...)

Kepada yang rajin nak cuba...

BAHAN-BAHAN:

800 gm ikan tenggiri (ambil isi sahaja)*
1 sudu besar tepung jagung*
1/2 sudu kecil garam halus*
1/2 sudu kecil sebuk lada hitam*
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
1/2 sudu kecil lada hitam halus
sedikit lada sulah
garam dan bahan perasa secukupnya
cili hijau, terung panjang, bendi, peria dan carrot secukupnya

CARA-CARANYA:
  1. Sediakan bahan sayuran untuk hiasan...kalau peria...belah bulat buang bahagian tengah dan rendam dalam air garam 1/2 jam (konon boleh hilangkan pahitnya...) cili hijau/bendi buang biji...terung potong serong dan belah tengah tapi jangan putus..(seperti gambar diatas)
  2. isi ikan dicampurkan dengan semua bahan bertanda (*) kedalam food processor dan kisar sekejap. Kalau tak, cincang sampai halus dan letak bahan (*) dan gaul rata2. Masukkan kedalam peti ais supaya senang nak bulat2kan nanti.
  3.  Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus
  4. Panaskan periuk dan letak minyak sikit. Tumis 4 sekawan dan masukkan bawang & halia. Kacau hingga garing
  5. Masukkan air secukupnya dan biar sebentar
  6. Lepas tu masukkan lada hitam, lada sulah, perasa dan garam
  7. Sementara tu, sumbat isi ikan dalam terung, cili, bendi dan peria. Lebih isi ikan tu, bulat2 kan.
  8. Bila mendidih masukkan semua sayuran dan isi ikan
  9. Rasa dan tambah garam ikut suka.
  10. Nak makan tabur daun sup dan bawang goreng kalau suka
  11. Siap...:-)


Kalau isi ikan tu segar...kuahnya akan 'manis' sedap!!!







Friday, February 18, 2011

IKAN TENGGIRI LEMAK CILI API DGN BELIMBING


Tajuk...punyala panjangkan??? Kalau tak akak nak letak "ikan tenggiri masak lemak cili api dengan belimbing yang akak tanam kat depan rumah"....over la pulak kan!!!

Nak masak ni kena ada:

3 keping isi ikan tenggiri
25-30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
garam
300 ml santan pekat
1 cawan air
8-10 biji belimbing (tumbuk sikit dan perah airnya)

Caranya:
  1. tumbuk cili api hingga lumat
  2. masukkan kunyit dan tumbuk lagi hingga lumat
  3. masukkan ikan dlm periuk dan letakkan cili tumbuk tadi
  4. curahkan santan dan air
  5. masukkan garam secukupnya
  6. kacau selalu supaya santan cantik
  7. bila dah mendidih masukkan belimbing
  8. biar mendidih semula...seeloknya bila dah terbit minyak



Nota: kalau nak cepat sikit lumat cili tu....bila dah masuk kunyit, letak garam kasar dan tumbuk hingga selumat yang boleh....bila masak tu rasa dulu, baru lah tambah garam lagi kalau nak. Lagi satu, kalau boleh santan jangan cair sangat.


Thursday, February 17, 2011

BAWAL MASAM MANIS


Senang je nak masak ni....
Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal
1 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
1 inci halia* (*dimayang)
2 sb cili kisar
3 sb tomato sos
2 sb cili sos
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan (optional)
1 st gula
1 biji timato potong kiub
cili merah/daun bawang secukupnya untuk hiasan
garam/air/minyak secukupnya

Cara-caranya:
  1. bersihkan ikan, letak garam kunyit dan goreng hingga garing dan ketepikan
  2. dengan minyak secukupnya, masukkan bahan2 yang telah dimayang
  3. masukkan cili dan goreng hingga garing
  4. masukkan semua sos, gula dan tomato kiub
  5. letak sedikit air, bila mendidih rasa dan letak garam
  6. angkat dan curah atas ikan dan hiasakan dengan cili dan daun2

Sunday, January 9, 2011

SAMBAL CICAH IKAN


Masa pergi Bandung last year....mana-mana kedai makan mesti ada sambal cicah. Lebih kurang macam ni tapi lagi sedap la. So, bila rasa nak goreng ikan talapia, akak buat la sambal ni.

Resepinya dulu akak refer kat blog dari Indonesia....macam2 sambal nya...walaupun ada yang akak tak paham tapi agak2 je la. Lebih kurang macam sambal belacan except this time, akak goreng bahan2 tu.

Kepada yang ingin mencuba....boleh la guna blender atau batu tumbuk. Kat rumah ni, akak gunakan food processor bersaiz kecil yang dulunya digunakan untuk blend bubur anak akak masa diorang baby...so, sekarang ni kalau nak buat sambal belacan...akak guna ni je. Kalau pakai blender yang besar tu mungkin kena letak air masak sikit la...

BAHAN-BAHAN:

5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
2 inci belacan* (*digoreng)
3 sudu besar gula melaka
secubit garam
4 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja)

CARA-CARANYA: masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus

penat makan ikan laut je (mahal pulak tu)....kita makan ikan talapia


Nota: kalau rajin...boleh tumbuk tapi kena betul2 lumat..tambah gula atau jus limau ikut selera masing-masing.

Wednesday, April 14, 2010

IKAN PARI MASAK ASSAM



Semalam masa pi pasar malam...terjumpa la ikan pari yg agak segar nampaknye...so, As pun belilah 2 keping yg sederhana besar...coz kekadang anak2 ni tengok angin gak....kalau diorang tak de selera...kang kita jugak yg kena perabih kan....al maklumla..mak diorang ni kan DBKL....pantang tengok lauk tak habis.....(ni alasan nak makan lebih sebenornyeee!)

As usual....ikan pari kat rumah ni ada 2 resepi je...masak asam or bakar. So, hari ni kita masak asam je la...orang melaka kan...mana boleh lari masak asam ni...pastikan air asam lebih sikit, baru sedap dan meresap kat ikan tu.

Resepinya...2 keping ikan pari (potong ikut suka), 4 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 4 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh lebihkan)... air asam jawa dan garam yg mencukupi..sayur bendi/terung...daun kesum...

Caranya...panaskan periuk dan letak minyak....tumis bawang yg ditumbuk dan masukkan cili kisar..kacau hingga garing dan pecah minyak...(ni penting...kalau tak nanti pedas)...lepas tu masukkan sedikit air...then masukkan ikan dan air asam jawa secukupnya...bila mendidih letak garam dan rasa...kalau nak masam lagi..tambah air asam...kepekatan kuah ikut selera masing2...bila mendidih dan ikan dah masak...masukkan bendi dan daun kesum...siap!





Well....sorry la pada yg nak salin resepi tu. As malas nak buat bullet point cantik2. Ambik masa gak nak buat cam tu. That's why As lama tak posting resepi. So....tengok angin la ye...

Thursday, February 11, 2010

SAMBAL GORENG IKAN


Hah! Ni dia sambal goreng ikan yg paling senang....goreng ikan then curah je sambal tu...siap. So, yang penting cili mesti goreng garing2....kalau rasa pedas boleh tambahkan pati ikan bilis atau pak aji....sambal ni kalau garing2 boleh tahan 2-3 hari. Kalau nak boleh ganti dengan ikan bilis goreng...sedap gak!

Kat sini As gunakan ikan cencaru...jaketnya As tak buang. Goreng ngan kulit2 dia. Kalau uolls tak suka boleh ganti ngan ikan kesukaan...kita yg nak makan kan??? So bahan2 nya:

  • 2 ekor ikan cencaru - digoreng dahulu dgn garam & kunyit
  • 3 biji bawang kecil *
  • 3 biji bawang putih* (*ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu besar cili kisar
  • garam & sebuk perasa
  • sedikit minyak & air

Caranya:

  1. Panaskan kuali, masuk minyak, dah panas tumis bawang
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga garing
  3. Masukkan sedikit air @ 1/2 cawan
  4. Masukkan garam & perasa, biar air kering dan garing semula (kacau sekejap2 jgan sampai hangit pulak...)
  5. Rasa dan letakkan atas ikan tadi. Siap.

Nota: Kalau suka boleh potong bawang besar dan masukkan sekejap before tutup api...sedap gak!

SUP IKAN


Hari ni....cuaca sangat panas. Kita masak sup ikan je...kat rumah ni ramai yang demam dan sakit tekak. Malangnya, As tak boleh makan kalau tak de yang pedas. So, lawannya hari ni...sambal goreng ikan. Walau pun nampak sempoi sangat...sebab anak yg kecik tu tak suka kalau letak daun sup dan daun bawang...yang penting sedap. Memang kalau nak dibanding kan dengan blog Mat Gebu...memang jauh la...coz dia punya banyak hiasan2nye. Nama pun 'homemade' kan...ini la realitinya....

Bahan2:

2 keping isi ikan jenahak/merah
sedikit bunga lawang/cengkih/kayu manis/buah pelaga (4 sekawan)
3 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
1 inci halia* (*dimayang/hiris halus)
sedikit lada hitam (yg halus/kasar) ikut selera
garam kasar
bahan perasa (optional)
minyak untuk menumis
air secukupnya


Cara2:

  1. Panas kan periuk dan masukkan minyak masak
  2. Masukkan 4 sekawan dan bahan2 yang telah dimayang
  3. Kacau hingga garing
  4. Masukkan air
  5. Bila mendidih, masukkan ikan, garam, bahan perasa dan lada hitam secukupnya
  6. Rasa dan hidangkan

Nota: Kalau ada sup bunjut pun boleh campak dalam sup tu...terpulang. Konsep akak hari ni...simple je!


Thursday, December 25, 2008

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API



Ingatkan nak masak sup ikan. But then, kena masak something yang pedas lak. So, senang cerita....masak lemak cili api la jawapannya. Pi cari belimbing buluh...tak jumpa. Nasib baik ada mangga muda. Semua ni belajar dari MIL. Dulu tak pandai masak lemak-lemak ni. Since kawin dengan orang nogori....kena la belajar. Tapi, walau pun diorang masak lemak tiap-tiap hari, disebabkan bahannya yang berbeza, rasanya tersendiri. Tak jemu. Kalau dulu buah asam gelugor pun tak pernah tengok...tahu asam keping je. Sekarang, kalau balik kg husband, jumpa asam gelugor, bacang muda, belimbing buluh...mesti nak bawak balik KL. Pada sesiapa yang nak cuba...silakan.



BAHAN-BAHAN:-


1 ekor ikan merah (sederhana besar/3 keping)
10-15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 biji kelapa (400ml santan pekat tambah 1 cawan air)
1 biji mangga muda (sagat memanjang & kasar)
sedikit garam

CARA-CARA:-

1. Tumbuk cili padi
2. Masukkan kunyit hidup dan tumbuk sampai halus
3. Perah santan dengan sedikit air (3 kali perah)
4. Masukkan ikan, cili tumbuk dan santan dalam periuk
5. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan
6. Masukkan garam
7. Bila sudah mendidih dan ikan dah masak baru masukkan mangga muda
8. Masak lebih kurang 3 minit dan boleh dihidangkan

Monday, December 22, 2008

Sambal tumis ikan sardin



Masakan yang paling senang, sedap dan disukai anak-anak sebab tak pedas sangat. Bila tak de lauk dalam peti ais tu....inilah 'penyelamat' untuk hari itu. Digandingkan dengan tumis air kentang dengan suun, goreng ikan panas-panas....peh! Tak perasan tambah nasi berkali-kali...


Resepinya:


1 tin ikan sardin (230 gm)

3 biji bawang merah - ditumbuk

4 sudu besar cili kisar

1 cawan air asam jawa

1 biji bawang besar (optional)

Minyak untuk menumis
sedikit garam


Cara-caranya:


- Panaskan minyak, then tumis bawang yang ditumbuk

- masukkan cili kisar dan kacau sampai garing dan terbit minyak

- masukkan ikan sardin, kacau perlahan

- kemudian curah air asam jawa sikit-sikit (ikut rasa)
- masukkan garam (ikut rasa)

- masukkan bawang besar yang di potong baji/bulat

- biar mendidih dan boleh dihidangkan