Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, March 25, 2011

DAGING CINCANG MASAK ASSAM


Ni lauk yang dimasak sesekali je....nama pun orang Melaka kan...semua boleh di "masak assam" kan.
Sama la macam orang NS...semua boleh di "lomak cili api" kan....sebabnya, ada kawan akak yang hairan kalau akak cakap daging masak asam...."boleh ke?" soal dia....

Selalunya...mak akak dulu2 pakai daging tetel...(daging cincang la tu...tapi Nek Tijah suka kalau ada lemak2 tu) memang la sedap bila makan...siap je la badan, bertambah la lemaknye kan??? Daging tetel ni (or ada orang panggil tetelan...) sedap jugak kalau buat kari...pas tu letak kacang dal...makan atas daun pisang masa panas-panas...ermmm...memang tak ingat-ingat bertambah nasi (ni masa kecik2 dulu suka la....sebab abah akak yang ngajor nye) lebih kari tu...abah akak buat roti canai pulak...lagi la tak ingat-ingat!!! hehehe.....

So...masak ni sama je macam masak asam yang lain...cuma letak la serai, daun limau dan lengkuas kalau ada...tak de pun tak pe...sedap gak. Kalau nak cuba...

BAHAN-BAHAN:

800gm daging cincang/tetel (direbus hingga empuk)
6 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia* (*ditumbuk)
2 steh serbuk kunyit
1 senduk cili kisar ~ 10 sudu besar (ikut tahap kepedasan masing2)
air asam jawa secukupnya
2 batang serai - dititik sikit
3 helai daun limau
2 keping assam keping
garam
minyak masak

CARA-CARANYA:
  1. panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk
  2. masukkan cili dan kunyit - kacau hingga garing
  3. dah tu masukkan daging yang telah direbus
  4. masukkan air asam jawa, garam, serai, daun limau dan assam keping
  5. bila mendidih, rasa dan tambahlah garam atau air assam ikut tekak masing2


Lagi lembut...lagi sedap!!!







Sunday, January 17, 2010

MEEHOON SUP






Last saturday...cik abang tak de kat rumah...so tengahari As masak bihun sup je. Pi cari daging batang pinang kat HS Nada...then ternampak meatball..beli sekali. Not bad..meatballnya terasa dan ala-ala bakso pulak...Anak2 especially my second daughter memang pantang dengan bihun sup ni. Tak makan yang lain pun tak pe...
Sapa2 yang nak cuba...dagingnya As rebus sampai empuk dulu, then baru masuk kedalam sup. Senang sikit. Kalau tak nak...tumis dulu bahan2, bila dah mendidih baru masuk daging dan rebus sampai empuk..
Untuk bihunya..seperti biasa, bihun di rendam & rebus hingga lembut. Begitu juga dengan sayur2 yang lain seperti sawi dan taugeh...boleh tambah sayur kesukaan masing2.

Resepinya:
  • 1/2 kilo daging batang pinang (apa2 pun boleh..janji lembut)

  • 15 biji meatball

  • 3 biji bawang merah*

  • 2 biji bawang putih*

  • 1/2 inci halia* (*dimayang)

  • 3 sudu besar rempah sup/soto (campur air sikit)

  • garam (ikut rasa)

  • sedikit minyak untuk menumis

  • air secukupnya

Cara-caranya:

  1. rebus daging sampai empuk dan masukkan sedikit garam

  2. tumis bahan2 yang dimayang dan masukkan rempah sup dan tumis hingga garing
  3. masukkan air dan biar mendidih
  4. setelah itu masukkan daging yang telah di rebus dan meatball tadi

  5. masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih

  6. curahkan kedalam mangkuk mee semasa panas2
Untuk cili kicapnya: (dicampur semanya)
- 5 biji cili api + 2 biji bawang putih (tumbuk halus)
- perahan 2 biji limau kasturi
- kicap manis secukup rasa



Selamat mencuba!!

Wednesday, February 18, 2009

SUP TULANG


Kat rumah ni jarang masak daging. Maybe sebulan 1-2 kali je. This time kita buat sup tulang. Sangat senang. Sebaiknya kita beli daging tempatan kat pasar tani ke...sebab fresh lagi. Rasanya pun lebih 'manis' dibandingkan dengan daging import. Kalau dapat tulang rawan lebih baik. Kalau merebus tulang tu memang ambil masa yang lama kalau pakai periuk biasa. Dalam 2-3 jam sehingga dagingnya lembut. Dulu As memang kurang percaya sangat dengan petua masukkan sudu dalam periuk tu masa merebus untuk lembutkan daging. Then, satu hari As masak daging, rasanya lama sangat tak lembut2. Nak tak nak, masukkan la sudu sebatang. Dalam 1/2 jam tu, memang betul daging tu dah lembut. Kebetulan ke....tak tahula. Lagi satu, kalau ada slow cooker pun boleh jugak. tak payah nak tambah2 air. Dalam 2 jam sure dah lembut...Apa2 pun..bila memasak ni memang ada trial and error. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 inci halia* (semua bertanda * dimayang halus)
1 sup bunjut
sedikit sebuk lada hitam (kasar)
minyak untuk menumis
garam
air
daun sup, daun bawang & bawang goreng (optional)

Cara-cara:
  1. Basuh tulang dan toskan
  2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak secukupnya
  3. Masukkan kulit kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga
  4. Masukkan bawang dan halia. Kacau hingga garing dan masukkan air
  5. Masukkan sedikit garam dan daging. Biar hingga mendidih
  6. Bila mendidih masukkan sup bunjut dan lada hitam
  7. Tunggu hingga daging masak. Tambah air dan garam ikut rasa.
  8. Boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka

Nota: Sup ni juga boleh dibuat mee/beehon sup. As & biras namakan sup ni "sup bodoh" sebab senang sangat. Tak payah masuk apa-apa rempah. Normally, kita orang masak bila hari raya korban, sebab banyak dapat daging! Kalau guna slow cooker...tumis bahan2 dalam kuali then only masukkan dalam slow cooker lepas daging dah lembut.