Wednesday, May 27, 2009

KELAS BISKUT

Aiskrim Sporties Cookies





Tart Gulung Blueberry






Granola Fruits Bar







Sweet Orange Mint Cookies








Pistachios Choc Flake


Jamu mata je ye....ni kelas biskut yang As attend sebelum ni. Malangnya, raya tak sempat buat sebab siapkan order biskut dari kawan-kawan. Biasala...biskut orang siap. Sendiri punya.....hampeh! Yang reject ade le...









Monday, May 25, 2009

SAUSAGES BREAD


Last week As buat roti ni sebab anak-anak memang suka. Biasanya diorang makan masa panas-panas. Lagipun masa As pi kedai roti....(setelah lama tak pergi since belajar buat roti) satu RM2.50. Dulu @ RM1.80 je. Ikutkan hati tak nak beli....tapi sebab masa tu bawak anak pi klinik dan dia nak roti...beli je la!

Resepi ni dapat masa pergi kelas demo untuk roti. Ada dua jenis...basic dough & basic sweet bun dough.
Biasanya basic dough untuk yang berinti seperti tuna bread, sardin atau ikan bilis. Hari ni kita gunakan basic sweet bun dough. Resepinya....

BASIC SWEET BUN DOUGH

(A)
500 high protein flour (HP)
1/2 tsp salt
80 gm castor sugar
15 gm milk powder
3 tsp instant yeast

(B)
250 ml cold water
1 egg

(C)
60 gm butter

Method:
  1. combine A and mix well. Add in B, beat until dough is formed
  2. add in C, beat until to form smooth and elastic dough
  3. keep the dough in a bowl, cover with damp cloth
  4. leave to rise 50 minutes or until doubled in size
  5. divide dough into 60g equal portions and shape into balls
Itu adalah untuk doh nya....untuk roti sosej ni sila ikut yang seterusnya.

CARANYA:
  1. flatten dough and roll into long shape. Place in one sausage and wrap dough around it.
  2. make five slits on theexterior side and join both ends to form a flower blossom
  3. place on a greased tray. Leave for 45 minutes
  4. brush with egg wash and with topping
  5. bake 180 C for 15 minutes
Maaf sebab As lupa nak ambil gambar masa buat tu....tapi kalau susah sangat, leperkan je, lepas tu letak potongan sosej dan topping. Untuk topping boleh letak mix vegetables, mayo, cili atau tomato sos. Dan jangan lupa pulak beli sosej secukupnya ye!!!

Sunday, May 17, 2009

LAKSA ASAM


Sorry coz dah lama tak dapat nak update entry. Line internet buat hal dan ianya mematahkan semangat As nak update. Kekadang tu, dah siap semua entry...nak publish tak dapat...boring betul. So, hari ni As akan letak gambar dulu...resepinya kemudian.
Laksa ni adalah kegemaran As dan anak-anak. Dari pagi sampai petang boleh makan laksa, terutamanya my second daughter. Resepinya dibawah:
Bahan untuk kuahnya:
5 ekor ikan kembong
5 biji bawang merah/kecil (ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
air asam jawa secukupnya
5 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan
air secukupnya
garam

Caranya:

  1. ikan direbus dan ambil isinya. Isi di kisar atau tumbuk. Begitu juga tulangnya.
  2. air rebusan dicampur 2 cawan air, cili kisar dan bawang dimasukkan ke dalam periuk dan biarkan mendidih dan tambah garam.
  3. isi ikan dicampur sedikit air dan masukkan kedalam periuk bersama asam keping dan air asam jawa
  4. masukkan daun kesum dan bunga kantan
  5. tambah air, garam & air asam jawa ikut selera masing-masing
  6. biar mendidih

Mee laksa direbus hingga masak dan diletakkan hirisan timun, daun salad, cili merah, limau nipis, bawang besar dan telur rebus ikut citarasa masing-masing.

Nota: Kalau suka boleh letak belacan (dikisar dengan cili)





Thursday, March 12, 2009

ROTI ala pizza




Ni sebenarnya kes nak menghabiskan cheese buat topping pizza hari tu. So, As just ambil roti putih, letakkan sos tomato. Then, the other day jiran ada bagi serunding daging, As letak atas sos tu. Lastly taburkan cheese untuk topping. Bakar 170'C for 15 minutes. The result.....NOT BAD! Lebih-lebih lagi kalau lapar....belasah je!

KAYA MUFFIN

























INGREDIENTS:

(A)
280 gm plain flour
15 gm baking powder

(B)
200 gm caster sugar

(C)
3 nos eggs grade A
150 ml fresh milk
160 gm corn oil
1 tsp vanilla essence

(D) 100 gm kaya paste

METHOD:
  1. Sift (A) and combine with (B). Mix in (C)
  2. Put 1/3 with the batter into muffin paper cups and add in 1 tsp of kaya paste. Then put more batter to fill about 85% of the cups
  3. Bake at 200'C for about 20-25 minutes

Nota: Buat muffin ni senang. Campur semua bahan dan kacau pakai whisk/spatula je. Tak payah pakai mesin langsung. Mesti makan masa panas-panas. Muffin tak tahan lama. 2-3 days only.

KEK BUAH KURMA



Resepi asalnya dari kek buah. As ganti dengan kurma dan walnut. Hasilnya sama saja. Sesiapa yang nak cuba....silakan. As copy je dari resepi asal.


INGREDIENTS:

(A)
250 g butter

190 g soft brown sugar


(B)
4 nos eggs


(C)
200g superfine flour

1/2 tsp cinnamon powder

1/2 tsp baking soda


(D)
100 ml fresh milk


(E)
240 g kurma (chopped)*

80 g toasted & chopped walnut*

40 g superfine flour* (* mixed well)


METHOD:


  1. Beat ingredients A till creamy with slow speed.

  2. Then slowly add in ingredients B , C & D

  3. Fold in ingredients E

  4. Pour mixture into an 8" greased mould

  5. Bake into preheated oven at 170'C for about 50-60 minutes

Nota: Bila masukkan bahan E pakai spatula je dan jangan kacau lama sangat bagi mengelakkan campurna buah-buahan jatuh ke dasar bila masak nanti.




KARI UDANG




Hari ni As ada mood nak update....so I'll try to update as many as I can. Terus kepada resepinya....



BAHAN-BAHAN:


600 gm udang sederhana besar

5 biji bawang merah*

3 biji bawang putih*

1 inci halia* (*ditumbuk)

3 sudu besar serbuk kari (I'm using ADABI)

1 sudu besar cili kisar

200 ml santan pekat#

2 sudu besar air asam jawa pekat#

2 cawan air# (# campurkan dalam satu mangkuk)

minyak untuk menumis

1 batang kulit kayu manis + bunga lawang + cengkih + pelaga+daun kari

Garam secukupnya



CARA-CARA:


  1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis & the geng

  2. Tumis bawang dan masukkan sebuk kari dan cili kisar. Kacau hingga garing.

  3. Kemudian masukkan campuran santan, kacau hingga mendidih.

  4. Masukkan udang, garam secukupnya dan terung jika suka.

  5. Bila mendidih rasa dan hidangkan.

Nota: Kalau suka boleh masukkan sayuran seperti terung dan tomato. Kepekatan kuah ikut citarasa masing-masing.


Wednesday, February 18, 2009

SUP TULANG


Kat rumah ni jarang masak daging. Maybe sebulan 1-2 kali je. This time kita buat sup tulang. Sangat senang. Sebaiknya kita beli daging tempatan kat pasar tani ke...sebab fresh lagi. Rasanya pun lebih 'manis' dibandingkan dengan daging import. Kalau dapat tulang rawan lebih baik. Kalau merebus tulang tu memang ambil masa yang lama kalau pakai periuk biasa. Dalam 2-3 jam sehingga dagingnya lembut. Dulu As memang kurang percaya sangat dengan petua masukkan sudu dalam periuk tu masa merebus untuk lembutkan daging. Then, satu hari As masak daging, rasanya lama sangat tak lembut2. Nak tak nak, masukkan la sudu sebatang. Dalam 1/2 jam tu, memang betul daging tu dah lembut. Kebetulan ke....tak tahula. Lagi satu, kalau ada slow cooker pun boleh jugak. tak payah nak tambah2 air. Dalam 2 jam sure dah lembut...Apa2 pun..bila memasak ni memang ada trial and error. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 inci halia* (semua bertanda * dimayang halus)
1 sup bunjut
sedikit sebuk lada hitam (kasar)
minyak untuk menumis
garam
air
daun sup, daun bawang & bawang goreng (optional)

Cara-cara:
  1. Basuh tulang dan toskan
  2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak secukupnya
  3. Masukkan kulit kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga
  4. Masukkan bawang dan halia. Kacau hingga garing dan masukkan air
  5. Masukkan sedikit garam dan daging. Biar hingga mendidih
  6. Bila mendidih masukkan sup bunjut dan lada hitam
  7. Tunggu hingga daging masak. Tambah air dan garam ikut rasa.
  8. Boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka

Nota: Sup ni juga boleh dibuat mee/beehon sup. As & biras namakan sup ni "sup bodoh" sebab senang sangat. Tak payah masuk apa-apa rempah. Normally, kita orang masak bila hari raya korban, sebab banyak dapat daging! Kalau guna slow cooker...tumis bahan2 dalam kuali then only masukkan dalam slow cooker lepas daging dah lembut.

Tuesday, February 17, 2009

BAYAM MASAK AIR


Hah! Ni dia sayur masak air. Maybe ada orang panggil masak bening kot. Ni lawan makan dengan sambal goreng sotong dan ikan goreng...cukup sedap. Lagipun masakan ni sihat sebab tak de minyak. So...cubalah!
Bahan-bahan:
Sayur bayam secekak (kalau pasar malam dah siap ikat)
3 biji bawang merah (dimayang halus)
ikan bilis secukupnya (belah dua)
sedikit garam
air
Cara-cara:
  1. Rebus air secukupnya dalan periuk
  2. Masukkan bawang, ikan bilis dan garam dan biar hingga mendidih
  3. Selepas itu, masukkan sayur bayam
  4. Bila mendidih balik, tutup api dan boleh dihidangkan. Senang kan?

Nota: Biasanya bila dah masukkan sayur As terus tutup api. Bila kita tutup periuk tu...sayur akan masak & a bit crunchy (I like it like that) But then, anak-anak suka kalau sayur tu lembut. Biasala bebudak...kalau sayur tu crunchy katanya tak masak lagi...whatever!

SAMBAL GORENG SOTONG




















Nak masak sambal ni senang je. Apa pun dengan syarat cili dah di mesin awal-awal. Masa bekerja dulu....bila weekend je, siap-siap mesin cili, bawang merah dan bawang putih. Sebelum pergi kerja, keluarkan ikan dari freezer, letak kat bahagian bawah. By the time balik, dah elok untuk dimasak. Nak masak ni biasanya sekejap je. Nak menyediakan bahan2 tu yang lama...apa pun sambal ni sedap makan dengan masakan yang berkuah seperti tumis air kentang or sayur masak air....nanti As bagi contohnya kemudian ok!








Bahan-bahan:

5 ekor sotong

4 biji bawang merah

2 biji bawang putih

4 sudu besar cili kisar

garam halus secukupnya

minyak masak untuk menumis

sedikit bahan perasa (jika perlu)



Cara-cara:


  1. Bersihkan sotong, potong kecil-kecil

  2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga halus

  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak

  4. Tumis bawang hingga garing sedikit dan masukkan cili, kacau hingga garing

  5. Masukkan sedikit garam dan kemudian masukkan sotong

  6. Sekiranya pedas, masukkan sedikit serbuk perasa

Nota: Tak perlu air sebab sotong akan mengeluarkan airnya bila dimasak. Kalau masak sotong, tak perlu lama-lama nanti liat bila over sangat. Lebih kurang 2-3 minit sahaja.

LEMON CUPCAKE



Bulan ni kita mulakan dengan cupcake. Sorry coz dah lama tak update blog. Bukannya apa...last month sibuk jadi 'driver' for my eldest sebab tak de bas sekolah. Nasib baik this month dah dapat, kalau tak kehulu kehilir, memasak, mengemas...tengok2 dah petang. Bila ada mood nak update, line pulak tak de...hulu sangat ke Bangi ni?..susah betul nak dapat line internet. Then i found out orang lain pun facing the same problem...tak jadi nak upgrade la...buang duit je..!


So, cupcake ni adalah yang pertama sekali As belajar kat kelas demo dulu. Sedap makan masa panas-panas. Cubalah!


Bahan-bahan:


250 gm mentega

280 gm tepung naik sendiri (diayak dulu)

4 biji telur gred A

50 ml susu segar

20 ml jus lemon

1 sudu teh pes lemon

sedikit parutan kulit lemon

1/2 sudu teh elmulsified/ovelette

sedikit pewarna kuning

20 gm poppy seed


Cara-caranya:



  1. Pukul mentega hingga kembang

  2. Dalam bekas lain, satukan semua bahan-bahan yang lain dan pukul hingga kembang lebih kurang 3 minit

  3. Selepas itu masukkan mentega tadi dan kaup balik hingga rata

  4. Masukkan kedalam paper cup (3/4 sahaja)

  5. Bakar 200C lebih kurang 20 minit

Nota: Kalau guna paper cup macam gambar tu, kena letakkan dalam muffin tray. Nak senang beli paper cup yang di 'laminate'. Boleh di dapati di kedai-kedai kek.




Friday, January 9, 2009

KUIH SERI MUKA



Hari ni...lepas masak terasa nak makan kuih seri muka. Dah lama tak buat. Stok daun pandan pun ada...tepung...telur...(kena check dulu...nanti tengah bancuh, tetiba tak de tepung...hah! nanti langsung tak jadi buat). So, semua cukup...boleh mulakan.

BAHAN-BAHAN:

Bahagian bawah:

  1. 500 gm beras pulut (basuh dan toskan)

  2. Santan cair dari satu biji kelapa (perahan 3)

  3. 2 sudu kecil garam halus

CARA-CARANYA:

  • masukkan beras pulut kedalam loyang

  • santan cair dan garam dikacau hingga larut

  • tuang santan kedalam loyang menutupi beras pulut

  • kukus 20 minit

  • setelah masak, kacau dengan senduk dan renjiskan sedikit air

  • kemudian tekan hingga mampat dan kukus balik dengan api perlahan sementara menyediakan bahagian atas

Bahagian atas:

  1. 250 gm gula pasir

  2. 3 biji telur (B)

  3. 100 gm tepung gandum

  4. 40 gm tepung custard

  5. 500 ml santan dari satu biji kelapa (perahan 1 & 2)

  6. 100 ml air daun pandan (4 helai - dikisar)

  7. secubit garam

CARA-CARANYA:

  • kacau gula dan telur kemudian masukkan campuran tepung

  • tuang santan dan air daun pandan sedikit demi sedikit dan garam

  • pastikan bancuhan rata dan tak berketul (nak senang boleh kisar)

  • tapis bancuhan dan masak atas api perlahan hingga sedikit pekat (kalau guna non-stick pan lebih baik)

  • kemudian tuang keatas bahagian pulut dan kukus lebih kurang 30 minit

  • biar sejuk baru dipotong. Selamat mencuba!