Wednesday, February 29, 2012

HOMEMADE FISH BALL SOUP


Selamat tahun lompat!!! Nak tunggu 4 tahun lagi kan...so akak buat satu entry hari ni..

Itu adalah lunch akak hari ni. Makan dengan nasi dan sambal sotong...sedap sungguh!! Terpaksa la lupakan diet akak hari ni...tak tipu eh. semangkuk tu akak habiskan sorang.....tapi kira ok la sebab sup ni kosong je...kononnya 'healthy food' la...:)

Yang ni akak belajar dari mak akak. Senang sangat nak buat nya....yang malasnya adalah menghaluskan isi ikan tu...zaman dulu2 kena cincang2 atas papan sampai jadi pes. Sekarang ni akak masuk je isi tu dalam food processor dan tekan. Senang je...So far, akak pakai ikan tenggiri je. Tak pernah cuba ikan lain. Rasanya semua ikan isi putih boleh dibuat fish ball....bila beli ikan tu..cari ikan yang besar sikit. paling senang bahagian ekor...beli separuh ikan (lebih kurang 800gm-1kg). Jangan potong kecil2. Biar je cam tu. Bila nak masak belah ikan tu memanjang (kiri kanan tulang) nanti dapat 2 kepingan panjang isi ikan...ambil sudu dan keluarkan isi ikan tu sikit-sikit hingga habis..Elakkan bahagian isi tengah yang merah tu.(lupa nak ambik gambar tadi...)

Kepada yang rajin nak cuba...

BAHAN-BAHAN:

800 gm ikan tenggiri (ambil isi sahaja)*
1 sudu besar tepung jagung*
1/2 sudu kecil garam halus*
1/2 sudu kecil sebuk lada hitam*
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
1/2 sudu kecil lada hitam halus
sedikit lada sulah
garam dan bahan perasa secukupnya
cili hijau, terung panjang, bendi, peria dan carrot secukupnya

CARA-CARANYA:
  1. Sediakan bahan sayuran untuk hiasan...kalau peria...belah bulat buang bahagian tengah dan rendam dalam air garam 1/2 jam (konon boleh hilangkan pahitnya...) cili hijau/bendi buang biji...terung potong serong dan belah tengah tapi jangan putus..(seperti gambar diatas)
  2. isi ikan dicampurkan dengan semua bahan bertanda (*) kedalam food processor dan kisar sekejap. Kalau tak, cincang sampai halus dan letak bahan (*) dan gaul rata2. Masukkan kedalam peti ais supaya senang nak bulat2kan nanti.
  3.  Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus
  4. Panaskan periuk dan letak minyak sikit. Tumis 4 sekawan dan masukkan bawang & halia. Kacau hingga garing
  5. Masukkan air secukupnya dan biar sebentar
  6. Lepas tu masukkan lada hitam, lada sulah, perasa dan garam
  7. Sementara tu, sumbat isi ikan dalam terung, cili, bendi dan peria. Lebih isi ikan tu, bulat2 kan.
  8. Bila mendidih masukkan semua sayuran dan isi ikan
  9. Rasa dan tambah garam ikut suka.
  10. Nak makan tabur daun sup dan bawang goreng kalau suka
  11. Siap...:-)


Kalau isi ikan tu segar...kuahnya akan 'manis' sedap!!!







Wednesday, February 22, 2012

NASI TOMATO


Ini adalah nasi yang akak masak semalam...disebabkan dah mention kat anak akak nak masak nasi tomato, si abang suggested  lauknya ayam percik or ayam masak merah...nak tak nak terpaksa la masak...(cam tak ikhlas je eh!)..Bukan apa, kekadang tu time nak masak je...pi tukar menu. So this time stick to it. Nasi tomato.

Yang tak best nye...akak tengah bersilat masak ni kat dapur..pak ajie lak on-line kat ym from Germany...(pak ajie gi kerja ok...kalau berjalan tak bawak akak....masak la dia!)
So..ber'chit-chat' dengan pak ajie jap...tak sampai hati nak bagi tau dia akak masak nasi tomato...kang meleleh lak air liur. Dah la asyik makan kebab je kat sana...sian pak ajie...:-)

Resepi ni akak dapat dari blog Mat Gebu...tapi akak cari beras basmathi 1 kg tak jumpa...akak pakai beras biasa je...ok la jugak. Cuma anak akak cakap next time masukkan lebih sos tomato bagi manis sikit...(juri kat rumah ni..). Kalau nak cuba..ni resepinya:


 BAHAN-BAHAN:-

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan (akak pakai beras biasa je)
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
2 1/2 camca besar sos tomato
1 kiub ayam "maggi"
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kismis dan kacang peas untuk hiasan (akak tak letak ni..)
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMIS :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  2. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  3. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng.