Sunday, January 17, 2010

MEEHOON SUP






Last saturday...cik abang tak de kat rumah...so tengahari As masak bihun sup je. Pi cari daging batang pinang kat HS Nada...then ternampak meatball..beli sekali. Not bad..meatballnya terasa dan ala-ala bakso pulak...Anak2 especially my second daughter memang pantang dengan bihun sup ni. Tak makan yang lain pun tak pe...
Sapa2 yang nak cuba...dagingnya As rebus sampai empuk dulu, then baru masuk kedalam sup. Senang sikit. Kalau tak nak...tumis dulu bahan2, bila dah mendidih baru masuk daging dan rebus sampai empuk..
Untuk bihunya..seperti biasa, bihun di rendam & rebus hingga lembut. Begitu juga dengan sayur2 yang lain seperti sawi dan taugeh...boleh tambah sayur kesukaan masing2.

Resepinya:
  • 1/2 kilo daging batang pinang (apa2 pun boleh..janji lembut)

  • 15 biji meatball

  • 3 biji bawang merah*

  • 2 biji bawang putih*

  • 1/2 inci halia* (*dimayang)

  • 3 sudu besar rempah sup/soto (campur air sikit)

  • garam (ikut rasa)

  • sedikit minyak untuk menumis

  • air secukupnya

Cara-caranya:

  1. rebus daging sampai empuk dan masukkan sedikit garam

  2. tumis bahan2 yang dimayang dan masukkan rempah sup dan tumis hingga garing
  3. masukkan air dan biar mendidih
  4. setelah itu masukkan daging yang telah di rebus dan meatball tadi

  5. masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih

  6. curahkan kedalam mangkuk mee semasa panas2
Untuk cili kicapnya: (dicampur semanya)
- 5 biji cili api + 2 biji bawang putih (tumbuk halus)
- perahan 2 biji limau kasturi
- kicap manis secukup rasa



Selamat mencuba!!

Saturday, January 9, 2010

ADIK OH ADIK





Ni nak cerita sikit pasal anak bongsu (harap2la..) As yang baru masuk tahun 1 this year. Actually this is one of my intention when i decided to resign last time..nak hantar anak masuk tahun 1. Abang ngan kakak2 dia...semuanya abahnya yang uruskan. I cannot take leave....tak caya kan? Ye la...yang teller pun bergaduh nak ambik leave, tak kan kitaorang officer pun nak gaduh. Nak tak nak, terpaksala mengalah. As memang tak sampai hati bila kekawan merayu....cair!


Back to adik...


Hari mendaftar..punyala ramai. Murid thn 1 this year 400 orang. Campur ngan mak ayah lagi...abang kakak..atuk nenek pun ada! One the same day, i have to send my daughter to Form 1 too...hubby outstation. So, daftar adik dulu...cikgu bagi murid2 kertas kerja...tulis ejaan 'Ayam', 'Ikan', 'Epal' & 'Ular'. Each of it ulang tulis dalam 20 kali. Adik pulak.....baru tulis separuh dah mengadu penat. I asked him to rest first. No rushing. Nanti adik sambungla balik..dia pun senyum.


Then lepas tu ada taklimat untuk ibubapa pulak...oh my! I can't wait. Call abangnya. Jaga adik jap. As pi daftar kakaknya pulak kat sek. menengah...


Sampai2 kat sek. men. dah no. 48...Pi masuk kelas. Tunggu giliran. Isi form. Tanya cikgu no. berapa sekarang? She said 20. Pheh! lama lagi tu. Sorang ambik masa 5-10 mins. Kalau another 28....bayangkanlah! As ajak kakak pi kantin makan dulu..dah pukul 11. Teringat kat adik pulak...dia pun tak makan lagi. Duit lupa nak bagi abang. Kesian anak aku...so....tinggalkan kakak...pi sek. ren. semula.


Sampai kelas adik dia tengah menulis...the problem is..'Epal' dah jadi 'Elal' dan 'Ular' dah jadi 'Upar'...tak tahan nak ketawa...ha ha ha! Mesti bosan gila sampai adik tak perasan dah tertukar huruf tu..


Then ajak adik ngan abang pi kantin. Lepas makan...As bawa diorang pi tengok kakak pulak...punya la penat. Terkejar sana sini! Balik nak masak.....simple je hari tu..nasi goreng.


Second day...pi tengok dia masa rehat..dia nak ikut balik. As kata "tak boleh, ni bukan tadika lagi...kena tunggu sampai habis". Third day, balik sek. agama (pagi) dia dah ngomel..."lepas ni kena pi sek. lagi ke mak?"...dah penat la tu! Mana tak nya kat sekolah asyik bermain je dgn kekawan dia. Kita ada pun dia buat donno je.

Forth day..malam demam. So, fifth day, pagi tak pergi sek. agama. Makan ubat..tido. Bangun..main ngan anak jiran (dah baik la tu) Suruh mandi pi sekolah petang..tak nak. Pujuk punya pujuk (cakap hari ni last day sekolah, esok cuti) baru mandi. Then hantar pi sekolah...


Even though penat sepanjang minggu ni...but i'm happy dapat layan kerenah adik!