Thursday, September 15, 2011

RED VELVET CUPCAKES


Dah lama salin resepi ni....tak ingat dari blog yang mana satu. Tetiba bila akak nak buat....resepinya tak de pakai telur pun. Cuak jugak la....maybe akak salah salin. But then, tak tahu nak double check kat which blog coz i forgot to jot it down. Nak tak nak, cube je la...

Hasilnya....ok gak. Kek nya sangat moist. Since akak tak pernah rasa any red velvet cake before, it is acceptable. Lepas ni akak cuba resepi yang lain pulak ye. Rata-rata, red velvet ni di padankan dengan cream cheese. Resepinya akak tukil dari blog Rima SG. A bit soft, tapi sedap. Kena letak dalam peti ais dulu sebelum hias. Kat rumah ni...cheesecake memang tak laku. So, diorang makan kek je.  :) Kalau nak cuba....

BAHAN-BAHAN:
(A)
1 cawan susu segar
1 steh cuka epal/jus lemon

(B)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sbesar serbuk koko
1/2 steh baking powder
1/2 steh soda bicarbonate
1/2 steh garam halus

(C)
1 cawan gula halus
1/3 cawan minyak jagung
1 sbesar pewarna merah
1 steh coklat emulco
2 steh esen vanilla
1/4 steh esen badam (opt)



CARA-CARANYA:
- satukan A sampai mendadih/yogurt (lebih kurang 10 minit)
- ayak dan gaul rata campuran B
- dalam satu bekas campurkan A dan C. Kacau hingga gula larut
- masukkan tepung sikit-sikit sambil gaul rata satu arah sahaja
- masukkan adunan 3/4 bekas cupcake
- bakar 180C lebih kurang 20 minit


CREAM CHEESE FROSTING

125 gm cream cheese
50 gm unsalted butter
100 gm icing sugar
1 cup fresh cream/double cream (whipped)

- beat butter and cream cheese until soft
- add in sugar a bit at a time
- add whipped cream (use spatula)



Bila cupcake dah masak, hiaskan dengan cream cheese. Siap!!








Monday, September 12, 2011

WAFFLES


Akak pernah cuba buat waffles sebelum ni tapi bebudak kat rumah ni kata tak sesedap yang kat kedai tu. Ada bau telur...yeerkkk!! Then akak jumpa resepi ni...tak silap dari website "joyofbaking". Cuma akak tambah sendiri waffles essence yang akak nampak kat kedai...baru ok. Tak de bau telur lagi...Anak2 pun suka.

So, resepi ni harus la ada dalam koleksi...nak cuba??

BAHAN-BAHANNYA:

1 cawan (130gm) tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp garam halus
1 1/2 tbsp gula halus
1 biji telur (A) - dipukul sedikit
1 cawan (240ml) susu segar
(part of it akak pakai air suam je. Tak cukup susu!!)
2 tbsp butter - dicairkan
1/2 tsp waffles essence

CARA-CARANYA:
1. Campurkan tepung, gula, garam, baking powder dalam bekas - gaul rata
2. Masukkan sedikit susu dan kacau guna whisk
3. Masukkan telur, kacau lagi dan masukkan lebihan susu
4. Akhir sekali, masukkan butter
5. Biarkan sebentar - 15 minit dan masak ikut peraturan waffles pan masing-masing

Nota: Kalau whisk guna tangan....pastikan adunan rata dan tidak bergentel-gentel. Akak tak gunakan butter tapi minyak jagung...(malas nak cairkan butter).



KENANGAN AIDIL FITRI 2011

Hari raya tahun ni...beraya kat Melaka dulu. This year, semua adik beradik akak dapat berkumpul di pagi raya. Sehari sebelum tu kitaorang masak rendang ayam kampung, kuah kacang dan kombinasi rendang daging, paru dan hati lembu...

Awal paginya...masak nasi minyak (menu tiba-tiba je ni...) konon-kononnya nak belajar masak nasi tu dalam skala yang besar (5 kg beras...) end up...tok mat gak yang masak. Me and my sis, Cik Lin, tolong sikit-sikit je....so...tak tertunai la hajat di hati....

Lepas sembahyang hari raya.....kita orang bergambar sekeluarga...

Anak-beranak tok mat

except pak su & cik nizam (cameraman)


all the heroes

beauty queen contest...

The Siblings

The Cucus
p/s:budak baju putih tu tengah moody..tak dapat jadi cameraman!!



Semuga bertemu di tahun hadapan....Insyaallah!!!


Friday, September 9, 2011

PIZZA DOH


Originally resepi ni gunakan tepung gandum, tapi tah macam mana akak terpakai tepung roti pulak hari tu. Tapi tu la....walaupun tersalah tepung, hasilnya...doh tu sangat lembut. Even sampai petang pun tak keras langsung....macam roti la jugak. Anak2 pun komen 'lebih sedap' dari yang sebelum ni.

Kat sini akak just bagi resepi doh je...topping tu ikut suka masing2 la. Kalau nak lagi cepat...letak tuna je...sedap gak!

Akak dapat resepi asal dari blog 1001resepi. Kepada yang nak mencuba...

BAHAN-BAHAN:
1 cawan air suam*
1/2 paket yis (6 gm)*
2 sudu besar madu *
3 1/2 cawan tepung roti
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar olive oil
sos ayam (topping)
mozza cheese secukupnya

CARA-CARANYA:
- satukan bahan2 yang bertanda* dalam bekas kecil dan biar 10-15 minit
-campurkan tepung, garam dan olive oil dalam bekas dan kacau rata
-kemudian masukkan campuran yis dan uli hingga licin
-biar lebih kurang satu jam kemudian canaikan dalam dulang pizza
biar lagi 20 minit
- letak kan topping dan tabur cheese rata2
-bakar 180C lebih kurang 20 minit

 


YUMMY!!!!!


CONFLAKES MADU

Buat biskut ni untuk raya tahun ni. Gambar tak sempat ambik, kuih dah habis. Rasanya semua orang tahu cam mana rupanya kan??? Next time kita snap gambar baru letak kat sini eh....

Sebab senang sangat....saje nak letak resepi kat sini buat rujukan kalau buku hilang...

BAHAN-BAHAN:

125 gm butter
90 gm gula halus
4 sudu besar madu
300 gm conflakes

Cara-caranya:

- Masukkan butter, gula dan madu dalam periuk....cairkan.
- Letak conflakes dalam bekas yang besar, tuang campuran gula tadi sikit2 dan kacau rata.
- Masukkan conflakes dalam bekas cupcakes (yg kecik2 tu) dan bakar 150*C lebih kurang 10 minit je... siap.


Nota: conflakes tu boleh ramas2 sikit bagi kecik...senag masuk dalam bekas yg comel2 tu...