Tuesday, January 31, 2012

DAUN BERKEMBAR, SERAI TAK BERBAU


Lihat gambar di atas....berapa helaikah yang ada di sana??

Kalau soalan tu ada dalam UPSR tahun lepas, anak akak akan jawap....
.
.
.
.
.

"6 helai"

Ada ke masa akak masak ayam masak lemak berempah hari tu, akak suh dia pi ambik daun tu kat depan rumah...

Akak:  Miss N tolong ambik daun limau purut kat luar tu 3 helai...

Miss N: Maknanya 6 helai la ye mak???

Akak: Apa-apa la....(janji dapat daun tu)

Bila dia masuk....tu la daun yang akak dapat. Whatever!!! Dah tu defination dia...nak buat cam mana...

Tu yang kakak nya....yang adiknya pulak....sebelum ni akak suh dia ambik 3 helai...masuk je rumah:


Adik: Ma...adik ambik 4 helai...tak pe ke??

Akak: Tak pe...lebih tak pe....

Sampai je kat dapur....dia bagi ni:
.

.

Ini adalah 4 helai ye puan2

Masa tu nak tergelak pun ada.....mesti anak akak pikir:
"Apalah susah sangat mak aku suh ambik 3 helai, 4 kan senang"  :-)



Tu cerita anak-anak.....teringat pulak cerita pak ajie ...(sila sediakan tisu)

Kira-kira 16 tahun lepas...(lama wei !!! tapi memang tak boleh lupa la....)

Kita orang...(akak ngan mak akak) masak rendang kot masa tu...suruh pak ajie ambik serai kat tepi pagar rumah mak akak....
dengan confident nya...pak ajie bawak pisau keluar...
kejap tu dia balik bawak serai yang dah siap dipotong bersih (buang daun la konon)
Bila akak ambik serai tu...tengok semacam je...keras dan tak berbau serai.
tetiba.....baru akak perasan...

.
.
.
.
akak memang dah tak tahan nak ketawa..tunjuk la "serai" tu kat mak akak....
dan baru la kitaorang ketawa terbahak2 bersama2 sehingga keluar air mata...(tak tahu sebab sedih ke atau sebab kelakar sangat...)
ada ke pak ajie pi ambik batang  LALANG  !!! (sila gelak sekarang jugak!!!)
Lalang kalau dah berbunga tu kan serumpun je macam serai....tu la yang pak ajie jumpa..

Bayang kan la kalau akak pun tak perasan...ketuk2 masuk dalam kuali...jadilah "rendang tak berbau" (ala-ala lagu Hattan pulak dah)
yang tak tahan tu siap buang daun...cantik je macam kat kedai tu.....
nasib baik masa tu dah nikah..(few months)...kalau tak????? Lu pikir la sendiri...



Ini adalah serai sebenar ye puan-puan.....batang lalang tu google sendiri!!


Kalau akak jumpa serumpun lalang nanti akak paste gambar kat sini ye....

Bye!!








Saturday, January 28, 2012

AYAM MASAK LEMAK BEREMPAH


Lauk ni akak masak lepas balik dari kelas memasak "KEK" tengah hari semalam. So, hari ni ada lebih akak pun recycle buat nasi lemak pulak sebab lauk ni almost macam rendang yang berkuah. Akak just masak sambal ikan bilis, rebus telur dan masak nasi lemak. Sayur kangkung tu akak didihkan air, letak garam sikit, bila mendidih masukkan kangkung seminit dan buang air (tapiskan)

Juadah tengah hari tadi



Kalau nak cuba ayam masak lemak berempah ni, resepinya:

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (potong 12-16)
3 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar lada hitam*
1 sudu besar lada manis*
5-6 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai (potong halus)
1 inci kunyit hidup
2 inci halia (optional)
2 sudu besar kerisik
1 1/2 kelapa (perah 3 kali dengan sedikit air)
3 helai daun limau perut
2 keping assam keping (optional)
garam dan minyak masak secukupnya


CARA-CARANYA:

  1. Goreng kering bahan bertanda * dalam kualai dan kemudian kisar halus
  2.  Kisar/tumbuk halus bawang, serai, kunyit dan halia
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama cili dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan kerisik, garam dan sedikit air.
  5. Masukkan ayam dan biar hingga sedikit mendidih.
  6. Masukkan santan (kepekatan ikut selera masing-masing)
  7. Biar mendidih hingga ayam masak.
  8. Akhir sekali masukkan daun limau, assam keping dan serbuk perasa jika suka
  9. Selepas 10 minit, rasa dan tutup api.



    Nota: Bila perah kelapa tu, boleh letak air ikut suka tapi jangan cair sangat. Kalau nak, bila mendidih boleh letak kentang dan masak hingga empuk.






    Thursday, January 26, 2012

    JALAN-JALAN KAT.....

    Floating Market - Hat Yai, Thailand


    Masa kat Hat Yai tu...akak pi 'floating market'. Kalau nak datang sini....pastikan anda cukup lapar kerana terlalu banyak pilihan makanan yang ala-ala pasar malam kat sini. Harga pun murah dan berpatutan. Masa akak datang tu, nampak banyak lagi tempat 'parking' untuk sampan2 yang masih dalam pembinaan. According to my brother, last time dia datang 'floating market' ni tak ada lagi. So, maybe another 1 or 2 years time tempat ni akan semakin meriah...




    Mengikut putaran jam....gambar pertama: pelbagai kerabu ada kat sini...cakap je kerabu apa...mangga, betik, suhoon...semua ada. Bukan satu sampan je...
    Then, pelbagai jelly...cantik2 mengalahkan hotel (tapi akak tak rasa la). Next, satay fish ball, ayam ball, telur puyuh etc..etc...macam 'yong tau foo'. Nak bayar...masuk duit dalam bakul tu...penjual tak yah nak tertonggeng-tonggeng ambik duit...sopan je! Akhir sekali..(posing maut akak tu ye!)..kuih muih macam-macam warna.

    Ni pulak gambar masa jalan2 kat Bukit Melawati, Selangor. Dah berbelas tahun tak lalu sini...

    Excited dapat naik keretapi open cam ni...
    Pengantin pun ada wei!!!
    Adik with my MIL

    Ni yang paling banyak kat atas bukit tu....