Saturday, January 28, 2012

AYAM MASAK LEMAK BEREMPAH


Lauk ni akak masak lepas balik dari kelas memasak "KEK" tengah hari semalam. So, hari ni ada lebih akak pun recycle buat nasi lemak pulak sebab lauk ni almost macam rendang yang berkuah. Akak just masak sambal ikan bilis, rebus telur dan masak nasi lemak. Sayur kangkung tu akak didihkan air, letak garam sikit, bila mendidih masukkan kangkung seminit dan buang air (tapiskan)

Juadah tengah hari tadi



Kalau nak cuba ayam masak lemak berempah ni, resepinya:

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (potong 12-16)
3 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar lada hitam*
1 sudu besar lada manis*
5-6 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai (potong halus)
1 inci kunyit hidup
2 inci halia (optional)
2 sudu besar kerisik
1 1/2 kelapa (perah 3 kali dengan sedikit air)
3 helai daun limau perut
2 keping assam keping (optional)
garam dan minyak masak secukupnya


CARA-CARANYA:

  1. Goreng kering bahan bertanda * dalam kualai dan kemudian kisar halus
  2.  Kisar/tumbuk halus bawang, serai, kunyit dan halia
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama cili dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan kerisik, garam dan sedikit air.
  5. Masukkan ayam dan biar hingga sedikit mendidih.
  6. Masukkan santan (kepekatan ikut selera masing-masing)
  7. Biar mendidih hingga ayam masak.
  8. Akhir sekali masukkan daun limau, assam keping dan serbuk perasa jika suka
  9. Selepas 10 minit, rasa dan tutup api.



    Nota: Bila perah kelapa tu, boleh letak air ikut suka tapi jangan cair sangat. Kalau nak, bila mendidih boleh letak kentang dan masak hingga empuk.






    No comments:

    Post a Comment