Tuesday, September 25, 2012

POP CORN



Tak yah citer panjang2. Senang je nak buat...beli biji jagung pop corn (ada jual kat giant or pasaraya). Panaskan periuk non-stick yg besar dan masukkan 2 sudu besar minyak jagung/sayuran. Letak anggaran 200gm jagung tadi dan tutup periuk...bila dah berhenti meletup2 tu (dah jadi pop corn) tutup api dan ketepikan.

Guna periuk yg sama...letak 2 sudu majerin dan 3 sudu gula pasir/perang. Kacau sampai sebati lebih kurang 5 minit. Nak letak garam secubit atau 1 sudu madu pon boleh...dah tu masukkan pop corn tadi dan gaul rata2. Siap.

Tapi awas....nak makan tunggu hingga sejuk sikit sebab gula tu sangat panas....kang terbakar lidah.

Acctually, tahap kemanisan tu terpulang pada masing2...akak tadi main masuk je...si adik pulak nak manis2 katanya...yang pasti anak2 mesti suka....cubalah!






posted from Bloggeroid

Thursday, September 20, 2012

KEK BATIK



Semalam birthday adik. Bila dia tengok akak sibuk kat dapur...dia tanya tengah buat apa...akak kata buat kuih. Tapi budak ni sebab sah selalu sangat menyibuk kat dapur....tengok bahan2 yg ada pon dia boleh dapat agak...hah! Mak nak buat kek milo eh....gembira sangat2 dapat kek milo....padahal biskut je..hehehehe...

Resepi ni memang mudah ya amat...tak de reason nak kata tak boleh buat...tapi akak ikut resepi kak Nanirostam...siap suh ikut brand barang yg dia suggested kalau nak sedap cam dia punya...

Pada yg nak cuba tu sila kan...

Bahan:

1 ketul buttercup (250 gm)
1 tin susu pekat manis
250 gm milo
1 paket biskut marie brand Tiger

Caranya:

Cairkan butter dan masukkan susu. Kacau rata dan masukkan serbuk milo. Kacau rata2 (akak guna whisk) hingga mendidih. Tutup api dan patah dua biskut marie dan masukkan dalam adunan tadi kacau hingga semua biskut disaluti rata. Masukkan dalam bekas yg dah dilapik plastik dan tekan2 sikit hingga padat. Biarkan semalaman. (akak letak terus dalam peti ais)

Tu je. Senang kan...

posted from Bloggeroid

Sunday, September 16, 2012

APAM SNOW WHITE



Resepi ni akak dapat dari myresipi.com. Ini adalah untuk mengabiskan lebihan nasi semalam. Nak buat nasi goreng pon masing2 dah muak nak makan...

First time cuba...not bad. Tak yah guna eno or tapai. Yang kelakar tu..bila akak campurkan bahan basah dengan yg kering...kacau punya kacau nampak pekat semacam je...tengok balik resepi...rerupanya akak lupa letak gula...sep baik perasan. Kalau tak...apam ni kena cicah gula la pulak....

So, kepada yg minat kat apam mekar cam ni...sila sediakan:

Bahan A:

2 cawan nasi
3 cawan air (akak guna yg suam kuku)
secubit garam (akak letak sendiri)

Bahan B:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket yis (11gm)

CARANYA:

- kisar halus bahan A. Satukan semua bahan B dalam satu bekas dan kacau rata.
- masukkan A kedalam B dan kacau guna whisk hingga sebati.
- biar pada suhu bilik lebih kurang sejam
- panaskan pengukus dan isi adunan tadi kedalam bekas (comel-comel) yg telah dilengserkan minyak  masak
- Kukus lebih kurang 15 minit
- bila dah masak sejukkan sebentar dan keluarkan
-boleh makan kosong atau dengan parutan kelapa putih yg telah di letak sedikit garam halus.

Selamat mencuba ye!
posted from Bloggeroid

Friday, September 7, 2012

TEMPOYAK UDANG



Itu adalah lauk hari ni...asyik sambal udang je...this time kita cuba tempoyak udang versi mat gebu pulak. Normally akak masak pakai cili api dgn kunyit je...yg ni ada letak bawang dan serai..rasa la sikit kelainannya tapi still ok.

Nak cuba... Bahan-bahan adalah:

Untuk dikisar:

2 biji cili merah
15 biji cili api
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai (potong kecil)
1 inci kunyit hidup


Yang lain nya:

250 ml santan kelapa
2 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
1 batang serai (diketuk)
Sehelai daun kunyit yg di potong halus
Udang secukupnya
Garam dan gula secukupnya

CARA -CARANYA:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai yg diketuk hingga pecah minyak. Masukkan tempoyak dan sedikit air. Lepas tu masukkan santan, asam keping, garam dan gula.

Bila mendidih masukkan udang, daun kunyit dan rasa garam dan gula. Letak serbuk perasa juka nak...senang je kan???

Ta ta...

posted from Bloggeroid