Bahan-bahan:
1 kilo tulang lembu
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 inci halia* (semua bertanda * dimayang halus)
1 sup bunjut
sedikit sebuk lada hitam (kasar)
minyak untuk menumis
garam
air
daun sup, daun bawang & bawang goreng (optional)
Cara-cara:
- Basuh tulang dan toskan
- Panaskan periuk dan masukkan minyak masak secukupnya
- Masukkan kulit kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga
- Masukkan bawang dan halia. Kacau hingga garing dan masukkan air
- Masukkan sedikit garam dan daging. Biar hingga mendidih
- Bila mendidih masukkan sup bunjut dan lada hitam
- Tunggu hingga daging masak. Tambah air dan garam ikut rasa.
- Boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka
Nota: Sup ni juga boleh dibuat mee/beehon sup. As & biras namakan sup ni "sup bodoh" sebab senang sangat. Tak payah masuk apa-apa rempah. Normally, kita orang masak bila hari raya korban, sebab banyak dapat daging! Kalau guna slow cooker...tumis bahan2 dalam kuali then only masukkan dalam slow cooker lepas daging dah lembut.