Thursday, December 16, 2010

KETURUNAN MAHSURI RUPANYA...

Disember.....bulan terakhir dalam kalender,cuti sekolah yg panjang, musim hujan, musim cuti-cuti Malaysia dan yang paling meriah...musim orang naik pelamin. Sampai tak tahu mana satu nak pergi...bertindih-tindih. Normally...akak pilih yg paling rapat la...sedara mara mesti la diutamakan.

Dalam bulan ni adik ipar akak (perempuan tunggal dlm 7 adik beradik...bongsu pulak tu) kawin on 4/12/2010...every week balik kampong. Seminggu sebelum hari langsung...kitaorang sibuk masak dodol. Di N9, pihak perempuan kena sediakan dodol atau dipanggil "penganan" untuk pihak lelaki (ikut berapa yg diminta).

 Masa akak kawin dengan pak aji dulu...ada gak mintak kitaorang sediakan...tapi mak akak kata tak larat nak buat...kalau nak gak, kena la kitaorang beli....bukan sikit2 tau...the other day kitaorang buat 3-4 kawah. Ramai sedara mara dan jiran yg datang menolong...so akak tak de la 'mengacau dodol' tu :) Akak dok dapur je dengan menantu yg lain sediakan kuih-muih tuk yg datang menolong. Yang best kat sini....yg datang tolong pun bawak kuih. Macam2 ada...kalau diorang bawak menggunakan bekas kuih...kitaorang isi dengan kuih yg lain. Memang berlebih2...so makan tak berenti-renti....semua nak di rasa...

Sebut pasal kawin ni...teringat perbualan akak dengan jiran....

Kak N  : Na..kak R mintak tolong giling kan inai tuk anak dia nanti...boleh tak?

Me       ; Boleh la...(diorang memang tahu akak ada batu giling kat rumah ni)

Kak N : Sebenarnya kak R mintak akak tolong tumbuk...tapi akak cakap kat dia takut nanti tak jadi pulak.

Me      : Kenapa kak?

Kak N : Sebab darah akak tak berapa MERAH.....


Hah! Alasan paling kelakar akak dengar.....terkedu kejap!!

So, bila akak jumpa kak N dan kak R masa nak ambil daun inai tu...akak cerita kat kak R...gelak2 kita ketawakan kak N...la...keturunan Mahsuri rupanya...darah putih lebih !!!





No comments:

Post a Comment