Thursday, December 16, 2010

MINGGU PERTAMA DIS 2010

Minggu yang sibuk....adik ipar nikah hari Jumaat 3/12/2010...so hari Rabu dah balik kampung. Petang tu akak dan 2 orang biras di arahkan ke rumah pihak lelaki untuk "menjemput" mereka datang ke rumah pada hari nikah nanti....(sebahagian daripada adat orang N9). Siap bawak set daun sirih yg dilipat dalam kain...

Yang kelakar nya...ingatkan kitaorang je yg tak biasa....sampai2 kat rumah lelaki...tinggal kakak pengantin je yg ada...dia pun tak berapa paham pasal adat2 ni...hehehe...( kira selamat la...dua2 tak paham ) Masa ni la di 'double confirm' hari dan masa pihak lelaki kena datang....then pihak lelaki tentukan berapa jumlah 'penganan' yg diorang nak...

                                      Hari nikah....tahniah buat adik dan suami.

Yang best nya pada hari lagsung...walaupun hujan renyai2 sejak pagi....akak dan biras yang lain pulak sibuk menyediakan lauk pengantin....tapi time ni kitaorang tak nak miss...hehehe

           Pasangan pengantin di"tandu" oleh abang2 pihak perempuan

First time akak tengok 'live' macam ni....Nasib baik masa akak dulu tak kena...:)

Buat adik Lela...di ucapkan "Selamat Pengantin Baru"....semuga bahagia ke anak cucu.!!!

No comments:

Post a Comment