Saturday, December 31, 2011

DETIK 12 MALAM....

Tak tahu nak letak tajuk apa...since jap lagi nak masuk 2012...akak letak la tajuk tu. Saja nak letak satu entry untuk bulan terakhir ni..

Sepanjang cuti sekolah ni memang sibuk memanjang...weekend je balik kampung since abah akak tak berapa sihat...keluar masuk hospital. Syukur la tak berapa kritikal sangat walaupun melibatkan jantung dia yang sepatutnya akan dibedah 2-3 bulan lagi.

Awal cuti tu akak pi Hat Yai ikut adik akak yang saje2 nak bawak mak abah pi sana naik kereta. So, akak tumpang sekaki. Pak ajie jaga anak2 :-)

Walaupun banyak cerita yang didengar tentang Hat Yai, bila dah datang sini dan tengok dengan mata sendiri...tak banyak beza ngan kehidupan kita. Ramai yang tahu berbahasa Melayu. Kedai yang jual nasi lemak dengan roti canai pun ada. Akak pagi sampai malam kalau nampak pulut mangga dengan durian ni...memang tak boleh tolak la...


Masih aku terasa......

Harus la makan makanan diorang kan...paling tak boleh miss...tomyam la. Memang sangat sedap!!

Tomyam secukup rasa......



Kat sana kita orang jalan-jalan kat floating market...macam2 makanan ada kat sini...kena pandai pilih gak sebab ada yang tak halal...di setiap sampan ada tulis apa yang dijual...(nanti akak letak gambar kemudian ye...)

Lepas tu ada kenduri kawin pulak di Sabak Bernam...since dah lama tak lalu sana...dan ramai pulak yang nak pergi...kita orang konvoi ke sana. Balik dari kenduri singgah Bukit Melawati. Saja nak bawak anak2 naik keretapi.... (ke mak abah nye yang excited??)

Tapi yang paling tak boleh tahan bila pak ajie ajak pi Johor Premium Outlet kat Kulai tu. Asalnya nak balik Melaka...tapi terlajak ke JB. Dengar cerita macam gempak je kan....tapi masa parking tu kitaorang tengok kebanyakan orang yang nak balik jalan lengang kangkong je. Akak rasa macam pelik la ...tak kan tak de barang nak beli...rerupanya....umang aaiii...harganya adalah kurang sikit dari The Gardens atau Pavillion...walaupun lepas diskaun masih tak menepati citarasa "harga patut" akak....:) So...ke jusco atau giant je la kita...hehehe!!! tak yah pergi jejauh cam tu (tak tahu la kalau lama-lama sok murah pulak kan???)

Wednesday, November 30, 2011

KENTANG PUTAR



Cuti2 sekolah ni harus la buat makanan yang anak2 suka nak makan. Jadi masa pi giant tu ternampak la promosi chicken fries jenama Marina dan akak pun terbeli la...saje nak test sedap ke tidak. Ok la. Macam jejari ayam gitu...garing je. Tinggal kan sikit untuk pak ajie...tapi anak2 kat rumah ni tak pernah tenguk cerita "batu belah batu bertangkup"...so diam tak diam dah habis...

Tapi tak pe...pak ajie pun bukannya minat sangat makan benda2 cam ni...kengkadang pandang sebelah mata pun idak..:(

Last time akak pernah buat kentang putar ni, tapi guna kentang biasa je...hasilnya tak sesedap kat kay ep cee tu. So, this time kita guna russet potato. Memang sangat sedap dan gebusss..letak la susu segar tu sikit2...dan rasa dulu. Sebabnya...ada orang tak suka susu bebanyak kan....cuba la!!

Bahan-bahan untuk KENTANG PUTAR:



3 biji kentang russet (dalam 1/2 kilo)

1 sudu besar mentega

1/3 cawan susu segar

sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :

1. Basuh kentang bersih2 dan rebus sehingga empuk. Buang kulit dan lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega dan gaul rata. Letak garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


UNTUK SOS KENTANG PUTAR



Bahan-bahannya:

3 cawan  air

1 biji bawang Holland - potong kecil

1 batang carrot - potong kecil

1/2 kiub pati ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam dan kicap pekat secukupnya

Cara -cara :
  1. Masak air dan masukkan kiub pati ayam, carrot dan bawang besar. Biar hingga mendidih dan masak dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan hingga sebati.
  3. Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat dan tak berketul.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukkan kicap pekat kalau nak kuahnya berwarna gelap.
  6. Masak sehingga pekat dan rasa dahulu sebelum masukkan garam.
  7. Tambah serbuk lada hitam dan biar serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Biar lama sikit kalau nak kuah pekat dan tambah la apa yg patut (garam/kicap/lada hitam) sampai sendiri puas hati..hehehe!
Ta ta...




    COLESLAW


    Ni paling senang nak buat....tapi akak punya ni terlebih mayonis ye. Bahan yang akak berikan ni adalah anggaran sahaja. Bila uolls buat tu...lebih atau kurang tak menjadi hal. Ikut suka masing2.

    Bahan-bahan:

    1 batang carrot

    1/4 biji kobis

    1 sudu besar gula icing

    3-4 sudu besar mayonis (ikut suka sendiri)

    Cara-caranya:
    1. sagat/potong carrot dan kobis sehalus mungkin 
    2. masukkan mayonis dan gula icing
    3. kacau rata-rata dan hidang

    Tu je...senang kan!

    Tuesday, November 22, 2011

    SI BALDU MERAH

    Wah...lama betul akak tak bersiaran kan...akak memang respect la kat blogger2 yang boleh buat entry setiap hari...memang macam wartawan la diorang tu. Akak pulak bukan la pencerita yang baik...akak hanya pembaca yang baik...hehehe!! tu la every time akak nak buat entry, bukak blog je...jenguk 'rumah' orang dulu...blog hopping sana sini...last-last tak jadi update blog sendiri sebab dah penat "berjalan-jalan"....:)

    Seperti yang dijanjikan...sebulan yang lalu....ni cerita red velvet akak...as i said..resepi dah lama salin tapi tak buat2. So...masa aidill fitri yg lepas...(lama tu!!) ...biras akak..we called her Mak Teh...tanya la whether akak pernah tak buat red velvet. Katanya..kat KLCC sepotong pun harganya nak dekat 10 hengget!! My goodness!!! sedap sangat ke? So, akak pun cubala...tu yang buat RVcupcakes (first time) tak de telur...Then akak google dan jumpa satu resepi ni kat blog RimaSG.

    RV untuk ex-STTJ

    RV untuk jamuan hari raya Vast C. - gambar ihsan Rohani...thanks for the pics Ani!!

    Permintaan dari Maya (Vast C)....thanks for your order

    RV untuk my biras...happy birthday Mak Teh!


    Sebelum ni akak bagi resepi red velvet cupcakes yang tak menggunakan telur...this time yang ada telur...rasanya lebih kurang je.

    Pada kawan2 dan adik2 di Vast...ini la resepi yang akak guna masa buat kek untuk you all hari tu....sedap kan??? Cubala sendiri....Sumber resepi dari RimaSG.

    BAHAN-BAHAN: (2 kali resepi asal)

    2 1/2 cawan tepung gandum* (akak guna superfine flour)
    1 tsp baking powder*
    1 tsp garam* (*A-ayak)
    2 tbsp koko powder#
    2 tbsp pewarna merah# (#B- kacau dan campurkan sedikit air)
    (akak guna 1 s/besar pewarna je...)
    120 gm unsalted butter
    1 1/2 cawan gula castor
    2 biji telur
    1 tsp vanilla essence
    1 cawan buttermilk ( guna 1 cawan susu segar & 1 sudu besar jus lemon dan biar 10 minit)
    1 tsp cuka
    1 tsp baking soda

    CARA-CARANYA:
    1. pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul rata
    2. masukkan esen vanilla dan campuran koko powder (B) pukul rata
    3. masukkan campuran tepung (A) berselang-seli dengan buttermilk (akhir dengan tepung)
    4. dalam mangkuk kecil, campurkan cuka dan baking soda kemudian masukkan kedalam barter tadi dan kacau guna spatula hingga rata 
    5. masukkan dalam bekas bulat 8" (akak guna 2 bekas) dan bakar 175 C selama 30 minit atau hingga masak. (cucuk dengan lidi)
    6.  Kalau guna satu bekas sahaja...bakar hingga 50 minit atau lebih...ikut oven masing2.
    Frankly, akak salin resepi ni, in English. So, translation tu berterabur. Harap maklum. Tu la kekadang ambik masa gak nak buat entry ni....salin dalam buku ambik point yang penting je. Bila nak simpan dalam blog....terpaksa la. Mana tahu nanti hilang buku ni....at least ada back up...:)



    Itu je...Bye!!!

    Friday, November 4, 2011

    GILA FACEBOOK??



    Cute sangat gambar ni...dapat dari blog KJ. Peringatan buat yang gila ber"facebook"....

    Lucky akak dah berhenti (tapi belum tutup account lagi la...). Masa memula dulu memang sangat teruja sebab dapat jumpa balik kawan2 dan junior masa sekolah dulu...buat reunion la...happy jumpa balik after 23 years...after that...i had enough of it.

    Malas nak layan sangat...apa2 benda sekali pun memang ada buruk dan baiknya. Terpulang pada kita sendiri...tapi paling tak boleh bla...bila orang update status 10 minit sekali...nak pi toilet pun nak bagi tahu orang....:(

    Tu belum yang "berkasih-kasih" semula sebab jumpa exBF/exGF......bergaduh macam bebudak...eh...macam2 la. Apa2 pun tepulang pada diri sendiri....tepuk dada tanya selera!!!

    Thursday, October 20, 2011

    KAPAL DAH OK.....

    Ini adalah entry sambungan untuk KAPAL KARAM.....buat pengetahuan kengkawan...especially my ex-STTJ yang datang rumah akak hari tu..."dapur den dah ok! oven dah masuk dah..." Buat Yatie di NZ..."bila ko balik M'sia lagi nanti aku masak sesedap eh....tak yah makan jambu air je..."

    So...kapal dah ok!
    My best friends....
    Entry ni jugak akak nak dedicated kan kepada semua kawan2 baik akak....(tu pun ada yg tak dapat datang).....orang lain ada yang langsung tak de best friend...tapi akak ada ramai...sungguh bersyukur mempunyai kawan2 pada masa susah dan senang dan yg paling penting...satu KEPALA dan satu SUARA!!! boleh bergegar rumah kalau kitaorang berkumpul...:)

    So, kepada Yatie, Erny, Kherry, Amy dan Zira...(semua nama samaran masa kat asrama dulu..) thanks for being my best friend....I LOVE YOU ALL!!!

    Tak tahu lagi bila korang nak datang sini...so tengok je la gambar ni ye...


    before and after
    ni je yang ada...tu pun dah tinggal separuh masa bawak  pi our small reunion

    Kek Red velvet ni adalah resepi kedua yang menggunakan telur...nanti akak buat entry khas untuk red velvet ye...tunggu!!!


    Thursday, September 15, 2011

    RED VELVET CUPCAKES


    Dah lama salin resepi ni....tak ingat dari blog yang mana satu. Tetiba bila akak nak buat....resepinya tak de pakai telur pun. Cuak jugak la....maybe akak salah salin. But then, tak tahu nak double check kat which blog coz i forgot to jot it down. Nak tak nak, cube je la...

    Hasilnya....ok gak. Kek nya sangat moist. Since akak tak pernah rasa any red velvet cake before, it is acceptable. Lepas ni akak cuba resepi yang lain pulak ye. Rata-rata, red velvet ni di padankan dengan cream cheese. Resepinya akak tukil dari blog Rima SG. A bit soft, tapi sedap. Kena letak dalam peti ais dulu sebelum hias. Kat rumah ni...cheesecake memang tak laku. So, diorang makan kek je.  :) Kalau nak cuba....

    BAHAN-BAHAN:
    (A)
    1 cawan susu segar
    1 steh cuka epal/jus lemon

    (B)
    1 1/4 cawan tepung gandum
    2 sbesar serbuk koko
    1/2 steh baking powder
    1/2 steh soda bicarbonate
    1/2 steh garam halus

    (C)
    1 cawan gula halus
    1/3 cawan minyak jagung
    1 sbesar pewarna merah
    1 steh coklat emulco
    2 steh esen vanilla
    1/4 steh esen badam (opt)



    CARA-CARANYA:
    - satukan A sampai mendadih/yogurt (lebih kurang 10 minit)
    - ayak dan gaul rata campuran B
    - dalam satu bekas campurkan A dan C. Kacau hingga gula larut
    - masukkan tepung sikit-sikit sambil gaul rata satu arah sahaja
    - masukkan adunan 3/4 bekas cupcake
    - bakar 180C lebih kurang 20 minit


    CREAM CHEESE FROSTING

    125 gm cream cheese
    50 gm unsalted butter
    100 gm icing sugar
    1 cup fresh cream/double cream (whipped)

    - beat butter and cream cheese until soft
    - add in sugar a bit at a time
    - add whipped cream (use spatula)



    Bila cupcake dah masak, hiaskan dengan cream cheese. Siap!!








    Monday, September 12, 2011

    WAFFLES


    Akak pernah cuba buat waffles sebelum ni tapi bebudak kat rumah ni kata tak sesedap yang kat kedai tu. Ada bau telur...yeerkkk!! Then akak jumpa resepi ni...tak silap dari website "joyofbaking". Cuma akak tambah sendiri waffles essence yang akak nampak kat kedai...baru ok. Tak de bau telur lagi...Anak2 pun suka.

    So, resepi ni harus la ada dalam koleksi...nak cuba??

    BAHAN-BAHANNYA:

    1 cawan (130gm) tepung gandum
    1 1/2 tsp baking powder
    1/4 tsp garam halus
    1 1/2 tbsp gula halus
    1 biji telur (A) - dipukul sedikit
    1 cawan (240ml) susu segar
    (part of it akak pakai air suam je. Tak cukup susu!!)
    2 tbsp butter - dicairkan
    1/2 tsp waffles essence

    CARA-CARANYA:
    1. Campurkan tepung, gula, garam, baking powder dalam bekas - gaul rata
    2. Masukkan sedikit susu dan kacau guna whisk
    3. Masukkan telur, kacau lagi dan masukkan lebihan susu
    4. Akhir sekali, masukkan butter
    5. Biarkan sebentar - 15 minit dan masak ikut peraturan waffles pan masing-masing

    Nota: Kalau whisk guna tangan....pastikan adunan rata dan tidak bergentel-gentel. Akak tak gunakan butter tapi minyak jagung...(malas nak cairkan butter).



    KENANGAN AIDIL FITRI 2011

    Hari raya tahun ni...beraya kat Melaka dulu. This year, semua adik beradik akak dapat berkumpul di pagi raya. Sehari sebelum tu kitaorang masak rendang ayam kampung, kuah kacang dan kombinasi rendang daging, paru dan hati lembu...

    Awal paginya...masak nasi minyak (menu tiba-tiba je ni...) konon-kononnya nak belajar masak nasi tu dalam skala yang besar (5 kg beras...) end up...tok mat gak yang masak. Me and my sis, Cik Lin, tolong sikit-sikit je....so...tak tertunai la hajat di hati....

    Lepas sembahyang hari raya.....kita orang bergambar sekeluarga...

    Anak-beranak tok mat

    except pak su & cik nizam (cameraman)


    all the heroes

    beauty queen contest...

    The Siblings

    The Cucus
    p/s:budak baju putih tu tengah moody..tak dapat jadi cameraman!!



    Semuga bertemu di tahun hadapan....Insyaallah!!!


    Friday, September 9, 2011

    PIZZA DOH


    Originally resepi ni gunakan tepung gandum, tapi tah macam mana akak terpakai tepung roti pulak hari tu. Tapi tu la....walaupun tersalah tepung, hasilnya...doh tu sangat lembut. Even sampai petang pun tak keras langsung....macam roti la jugak. Anak2 pun komen 'lebih sedap' dari yang sebelum ni.

    Kat sini akak just bagi resepi doh je...topping tu ikut suka masing2 la. Kalau nak lagi cepat...letak tuna je...sedap gak!

    Akak dapat resepi asal dari blog 1001resepi. Kepada yang nak mencuba...

    BAHAN-BAHAN:
    1 cawan air suam*
    1/2 paket yis (6 gm)*
    2 sudu besar madu *
    3 1/2 cawan tepung roti
    1 sudu teh garam halus
    2 sudu besar olive oil
    sos ayam (topping)
    mozza cheese secukupnya

    CARA-CARANYA:
    - satukan bahan2 yang bertanda* dalam bekas kecil dan biar 10-15 minit
    -campurkan tepung, garam dan olive oil dalam bekas dan kacau rata
    -kemudian masukkan campuran yis dan uli hingga licin
    -biar lebih kurang satu jam kemudian canaikan dalam dulang pizza
    biar lagi 20 minit
    - letak kan topping dan tabur cheese rata2
    -bakar 180C lebih kurang 20 minit

     


    YUMMY!!!!!


    CONFLAKES MADU

    Buat biskut ni untuk raya tahun ni. Gambar tak sempat ambik, kuih dah habis. Rasanya semua orang tahu cam mana rupanya kan??? Next time kita snap gambar baru letak kat sini eh....

    Sebab senang sangat....saje nak letak resepi kat sini buat rujukan kalau buku hilang...

    BAHAN-BAHAN:

    125 gm butter
    90 gm gula halus
    4 sudu besar madu
    300 gm conflakes

    Cara-caranya:

    - Masukkan butter, gula dan madu dalam periuk....cairkan.
    - Letak conflakes dalam bekas yang besar, tuang campuran gula tadi sikit2 dan kacau rata.
    - Masukkan conflakes dalam bekas cupcakes (yg kecik2 tu) dan bakar 150*C lebih kurang 10 minit je... siap.


    Nota: conflakes tu boleh ramas2 sikit bagi kecik...senag masuk dalam bekas yg comel2 tu...

    Thursday, August 18, 2011

    BUAH MELAKA



    Hari ni terajin sikit...buat kuih ni. Last week beli kat pasar ramadhan....8 biji RM2.00. Fuh! Melampau betul rasanya....tapi sebab anak nak makan...beli la. Akak tak rasa pun sebab tetiba je dah habis kena balun dengan bebudak tu.

    So, petang ni kita berbuka dengan buah melaka. Senang je nak buat. Tak payah akak bagi resepi sebab senang sangat...yang penting mesti ada :

    - gula melaka (potong kecil)
    - tepung pulut
    - air garam
    - kelapa parut (putih je) & letak garam halus sikit
    - didihkan air dalam periuk
    1. masukkan air garam ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk (jangan lembik sangat)
    2. bentukkan bulat2 sebesar 10 sen (ikut suka nak besar mana)
    3. letak gula melaka dan bulatkan macam guli
    4. masukkan kedalam air mendidih tadi dan bila dah masak ia akan timbul sendiri
    5. angkat dan gaulkan dengan kelapa parut

      AWAS: tunggu sejuk dulu baru makan eh!



      Tuesday, July 12, 2011

      KAPAL KARAM....

      Itu adalah tajuk atau lebih tepat situasi yang sedang berlaku di rumah ni sekarang.....

      Tu la sebabnya akak tak dapat nak up-date blog ni. (Alasan gak tu...memang selalu tak up-date pun kan??) Tak de mood. Rumah tengah bersepah sebab renovation kat dapur...nak masuk 2 bulan dah ni....jadi masak pun yang ringkas2 je. Kekadang tu makan luar...

      Apa2 pun entry untuk blog ni bagi tahun 2011 dah ada peningkatan dari tahun2 yang lalu...terimakasih kepada sedara mara dan kengkawan atas pertanyaan "bila nak up-date?" tu. Sedikit sebanyak memberi semangat untuk akak. Insyaallah...ada masa akak up-date eh! Dan terimakasih juga pada yang reader yang ter'singgah' kat blog akak ni dan sudi bagi komen kat 'Cbox' tu...

      So, kita layan gambar je la.....

      Minggu pertama.....earthwork.

      Before



      After

      selepas sebulan...

      sebulan setengah....

      Dalam sibuk2 tu....my FIL and MIL turun KL sebab further check-up kat hospital...datang singgah dan FIL belanja kita orang semua anak2 cucu makan kat Sekinchan Ikan Bakar....memang dah banyak baca pasal restoren ni klat blog2....rata2 tak puas hati. Masa akak pergi tu, Saturday...ikan pun dah pakai contact lens warna warni. Tak berahi (ya..berahi!!) nak memilih, biar yang lain pilih ikan mana diorang nak. Kalau ikut akak memang terus keluar je dari situ..tapi sebab my FIL punya hajat nak belanja anak2 dia makan..so, cubala dulu kan......
      .
      and....








      curiosity killed the cat!! (sesuai ke??)

      namapun ikan bakar kan?? jadi semuanya dibakar....tak de tomyam ke, tiga rasa ke, paprik bagai....last2 poket pun terbakar gak!!!

      sempat lagi celebrate birthday Wan, Abah dan Achik!!!

      Saturday, April 16, 2011

      LEPAT PISANG



      Sebenarnya...selalu dah buat lepat ni. Tapi selalunya main campak2 je dan tak pernah sukat betul-betul. So, ni tengah rajin la pulak hari tu....akak sukat dan tulis resepinya. Sesiapa yang suka makan lepat ni...boleh la cuba ye!

      BAHAN-BAHAN:

      900 gm pisang (akak guna pisang emas)
      70 gm gula melaka (racik halus)
      1 steh baking powder
      secubit garam
      1 1/2 cawan tepung gandum
      50 gm kelapa parut (yang putih) - tak letak pun tak pe
      daun pisang secukupnya

      CARA-CARANYA:
      1. pisang dilecek hingga hancur
      2. masukkan gula melaka, baking powder, kelapa dan garam - kacau sebati
      3. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
      4. letak dalam daun pisang yang dah dilayur, lipat kemas-kemas
      5. kukus lebih kurang 15 minit

      PULUT DURIAN


      Ada satu hari tu, Saturday....rumah akak tak de electricity. So malam tu, kita orang satu family....bersiar2 la. Tengah jalan, nampak orang jual durian...tetiba pak aji cakap "nanti beli buat pengat la..". Then akak teringat dalam freezer ada durian yang akak simpan, lebihan masa musim durian kat kampung (beberapa bulan yang lepas) Maklumla kalau musim durian...kadang2 tak termakan. Durian kampung kan sedap...so akak freeze kan. Keesokkannya...akak buat pengat dan masak pulut.

      Walaupun masak ni senang je...maybe ada yang tak tahu nak buat. Kepada yang nak cuba:

      UNTUK PULUT:
      •  rendam pulut (banyak ikut suka) selama 1-2 jam. Lepas tu, letak dalam loyang.
      •  letak sedikit garam dalam santan cair dan masukkan cukup2 menutupi pulut yang ada
      •  kukus lebih kurang 25 minit atau sehingga masak
      UNTUK PENGAT:
      •  masak sebuku gula melaka (~200 gm) dengan secawan air dalam periuk hingga larut
      •  dah masak, tapis air gula tu
      •  masukkan balik dalam periuk dan biar mendidih
      •  masukkan isi durian (~10 biji) dan masukkan secawan santan pekat
      •  kacau perlahan sehingga mendidih
      •  biar pekat (ikut suka) dan boleh hidangkan

      Nota: Buat pengat ni, yang akak bagi ni basic je...kalau nak manis tambah gula, kalau santan tu...ikut suka. Ada orang tak suka pekat2...nak cair je..tambahla santan ikut rasa masing2.
      Untuk pulut pulak...kalau kita tengok tak berapa masak lagi...kacau2 dan renjis2 sikit air, then kukus lagi sampai masak...ulang sampai puas hati...(betul ni...akak pernah buat camtu...tak ada yang keracunan makanan pun...hehehe!)

      HOMEMADE TOMATO SOS


      Senang je nak buat ni....

      Kalau jumpa tomato tengah jualan murah ~ RM2 sekilo....beli la lebih dan buat sos sendiri. Akak buat cam ni...simpan dalam peti ais...lepas tu kalau masak sos spagetti ke, ayam masak merah ke, sotong/udang 3 rasa ke....masukkan sebotol (~ 400 gm) sebagai menggantikan sos tomato...selain dari bahan2 yang sepatutnya la. Lepas tu adjust la mana yang patut...senang gitu......nak cuba???

      BAHAN-BAHAN:

      10 biji tomato (belah 4)
      1/2 cawan air
      1 biji bawang besar*
      4 biji bawang putih*
      1 inci halia* (*mayang/potong nipis)
      sedikit garam
      sedikit serbuk lada hitam (optional)
      3 sudu besar cuka
      2 sudu besar gula perang (brown sugar)

      CARA-CARANYA:-
      1. masukkan tomato dan air kedalam periuk
      2. bila mendidih masukkan bawang besar, bawang putih, halia, garam dan lada hitam
      3. bila tomato dah lembut dan tercabut kulitnya...buang kulit dari periuk (kalau rajin la...)
      4. biar mendidih perlahan-lahan lebih kurang 30 minit
      5. alihkan dari api dan lecek perlahan2 sehingga tomato hancur
      6. letak balik atas api dan masukkan cuka dan gula perang
      7. bila mendidih sekali lagi....boleh padamkan api
      8. biar sejuk dan masukkan dalam botol/bekas
      9. simpan dalam peti sejuk



      Nampak tak beza yang botol besar ngan yang botol kecik tu??? Sebab nya...yang botol kecik tu, tomatonya sangat ranum dan merah....yang besar tu...first time buat, tomato tak berapa masak, lepas tu terletak bunga cengkih pulak...ada yang complain kat rumah ni, kata tak sedap. So, lepas tu buat lagi....baru ok!!

      Nota: Jangan letak air banyak sangat sebab nanti sos cair. Moreover, tomato mengeluarkan airnya sendiri...so, jangan risau.

      KEK PISANG 2


      Resepi Alex Goh ni sedap gak....kepada yang sudi nak cuba...ni resepinya:

      BAHAN-BAHAN:

      100 gm gula halus
      1/2 steh ovallate
      4 biji telur "A"
      120 gm tepung gandum*
      1/2 steh baking powder* (*diayak)
      85 gm mentega (dicairkan dan biar sejuk)
      120gm pisang embun#
      1/4 steh bica soda#
      secubit garam# (#dilecek)

      CARA-CARA:
      1. putar gula dan ovallate (akak guna sudu je)
      2. masukkan teluur dan putar hingga kembang
      3. masukkan tepung dan kemudian campuran pisang - putar perlahan
      4. masukkan mentega cair (gaul sebati guna senduk je)
      5. bakar 180 C selama 50 minit
      6. kalau dalam bekas cupcake bakar lebih kurang 25 minit je


      akak bakar dalam tin roti 4" x 8"...dapat la 2


      Friday, March 25, 2011

      CILI JERUK


      Entry ni khas buat my window-shopping-and-makan-makan-partner...Wa. Whenever akak nampak cili hijau yang mongel2 dan cantik2....i'll think about jeruk ni. Sebabnya...akak selalu makan bee hoon sup kat rumah ni. So, kalau ada cili jeruk ni...lagila sedap kan???
      Pada yang teringin nak buat sendiri...

      BAHAN-BAHANNYA:

      6 biji cili hijau (hiris nipis)
      2 cawan air panas (cukup2 untuk rendam semua cili tu)
      1 steh garam halus
      3 sudu besar cuka

      Caranya: Campurkan semua bahan2 dan biar sejuk. Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais

      Senang je kan?? Lepas ni tak yah beli lagi...hehehe!




      TUMIS CENDAWAN


      Masak sayur ni bukannya susah sangat....ni kes menghabiskan sayur dalam peti ais. So, this time yang ada, 2 pokok sawi, 1/2 plastik ~ 200gm cendawan tiram dan 1/2 biji cili benggala merah. Potong la ikut kreativiti memasing...

      Ambil 3 biji bawang merah
      2 biji bawang putih (mayang kedua-duanya)
      ikan bilis sikit
      garam
      minyak untuk menumis

      Lepas tu, panaskan kuali, tumis bawang2 dan letak ikan bilis. Bila dah garing, masukkan air secukupnya.
      Biar mendidih, masuk garam dan sayur-sayuran...dah siap.




      

      DAGING CINCANG MASAK ASSAM


      Ni lauk yang dimasak sesekali je....nama pun orang Melaka kan...semua boleh di "masak assam" kan.
      Sama la macam orang NS...semua boleh di "lomak cili api" kan....sebabnya, ada kawan akak yang hairan kalau akak cakap daging masak asam...."boleh ke?" soal dia....

      Selalunya...mak akak dulu2 pakai daging tetel...(daging cincang la tu...tapi Nek Tijah suka kalau ada lemak2 tu) memang la sedap bila makan...siap je la badan, bertambah la lemaknye kan??? Daging tetel ni (or ada orang panggil tetelan...) sedap jugak kalau buat kari...pas tu letak kacang dal...makan atas daun pisang masa panas-panas...ermmm...memang tak ingat-ingat bertambah nasi (ni masa kecik2 dulu suka la....sebab abah akak yang ngajor nye) lebih kari tu...abah akak buat roti canai pulak...lagi la tak ingat-ingat!!! hehehe.....

      So...masak ni sama je macam masak asam yang lain...cuma letak la serai, daun limau dan lengkuas kalau ada...tak de pun tak pe...sedap gak. Kalau nak cuba...

      BAHAN-BAHAN:

      800gm daging cincang/tetel (direbus hingga empuk)
      6 biji bawang merah*
      2 biji bawang putih*
      1 inci halia* (*ditumbuk)
      2 steh serbuk kunyit
      1 senduk cili kisar ~ 10 sudu besar (ikut tahap kepedasan masing2)
      air asam jawa secukupnya
      2 batang serai - dititik sikit
      3 helai daun limau
      2 keping assam keping
      garam
      minyak masak

      CARA-CARANYA:
      1. panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk
      2. masukkan cili dan kunyit - kacau hingga garing
      3. dah tu masukkan daging yang telah direbus
      4. masukkan air asam jawa, garam, serai, daun limau dan assam keping
      5. bila mendidih, rasa dan tambahlah garam atau air assam ikut tekak masing2


      Lagi lembut...lagi sedap!!!

      



      

      Friday, February 18, 2011

      IKAN TENGGIRI LEMAK CILI API DGN BELIMBING

      
      Tajuk...punyala panjangkan??? Kalau tak akak nak letak "ikan tenggiri masak lemak cili api dengan belimbing yang akak tanam kat depan rumah"....over la pulak kan!!!

      Nak masak ni kena ada:

      3 keping isi ikan tenggiri
      25-30 biji cili api
      2 inci kunyit hidup
      garam
      300 ml santan pekat
      1 cawan air
      8-10 biji belimbing (tumbuk sikit dan perah airnya)

      Caranya:
      1. tumbuk cili api hingga lumat
      2. masukkan kunyit dan tumbuk lagi hingga lumat
      3. masukkan ikan dlm periuk dan letakkan cili tumbuk tadi
      4. curahkan santan dan air
      5. masukkan garam secukupnya
      6. kacau selalu supaya santan cantik
      7. bila dah mendidih masukkan belimbing
      8. biar mendidih semula...seeloknya bila dah terbit minyak



      Nota: kalau nak cepat sikit lumat cili tu....bila dah masuk kunyit, letak garam kasar dan tumbuk hingga selumat yang boleh....bila masak tu rasa dulu, baru lah tambah garam lagi kalau nak. Lagi satu, kalau boleh santan jangan cair sangat.