Thursday, March 29, 2012

SERI MUKA DURIAN


Melihat gambar ni je membuatkan akak terliur nak masak kuih ni...resepi asal adalah serimuka biasa je...akak yang memandai letak isi durian...orang dulu2 ni resepi kuih diorang memang manis...lagi manis lagi cantik katanya. Jadi...resepi asal tu akak buat alteration sikit kurang kan manis nya...isi durian pun dah manis kan....

Yang pak ajie pulak tak setuju dengan cadangan akak nak letak isi durian ni...dia kata elok je serimuka biasa tu...tak perlu la ditambah-tambah  :( ....tapi tu la...kalau tak cuba tak tahu kan...bila dah masak tu.....sangat la sukanya sebab menjadi dan sedap!!!


Kepada sesiapa yang nak cuba...ni resepinya:

Bahagian Bawah:

400-500gm beras pulut (rendam dulu)
santan cair secukupnya
1 1/2 sudu kecil garam halus

Bahagian Atas:

100gm tepung gandum
10gm tepung jagung
230-250gm gula pasir
200gm isi durian
1 biji kelapa parut (550 ml santan)
5 helai daun pandan (potong kecil)
1 biji telur 'C'

Cara-caranya:

  1. rendam pulut dan toskan. letak dalam acuan bulat 10 inci
  2. masukkan garam dalam santan cair dan kacau
  3. masukkan santan dalam bekas pulut cukup sekadar menutupi bahagian atas pulut
  4. kukus ~ 20 minit
  5. ambil sedikit kelapa parut dan daun pandan, masukkan sedikit air dan kisar halus
  6. campurkan bahan kisar kedalam mangkuk bersama2 lebihan kelapa parut tadi
  7. perah pekat-pekat sehingga dapatkan 550 ml santan bercampur pandan
  8. dalam bekas lain, campurkan gula dengan telur dan kacau rata
  9. masukkan santan sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung dan isi durian, kacau rata sehingga santan habis
  10. bila pulut dah masak....kacau dan renjis sedikit air. Kemudian tekan2 kan sehingga rata semula
  11. kukus balik 2-3minit dan barulah dituang kesemua bahagian atas tadi
  12. kukus lagi ~ 30 minit sehingga bahagian atas kering/mengeras
  13. sejukkan dulu sebelum dipotong...

Pernah jugak bahagian pulut tu bila dah kering, pulut masih mentah sikit...jgn panik...renjis sikit air dan kukus balik sampai masak (ini bergantung pada jenis beras pulut).

Selamat mencuba....

SAMBAL DURIAN


Tajuk tu akak je yang pandai2 reka....tak tahu nak panggil apa. Akak belajar makan ni kat rumah mertua. Memula tu memang rasa pelik je...isi durian makan dengan nasi??? biar betul...tapi bila dah kena lawannya dengan masak lemak cili api...errmmm...tak boleh cakap la sedapnya cam mana...kena rasa sendiri!! Sebabnya keluarga akak jarang sangat2 makan tempoyak atau yang seangkatan dengannya....maklum la orang melaka...masak asam je....ada sepupu akak...langsung tak boleh makan masakan apa2 yang ada tempoyak...nak muntah katanya...

Cuma nak beritahu yang ni adalah dari buah durian yang baru atau isi durian...bukannya tempoyak. Just ambil beberapa biji cili api merah/hijau dalam 7-8 biji...tumbuk dengan secubit garam sampai halus. Ambik isi durian dalam 1-2 ulas...bila nak makan campurkan sikit2...takut ada yang tak tahan pedas pulak...sedap makan dengan masak lemak cili api...yang heran tu, kalau balik kg...yang makan beria-ia sangat adalah menantu2 nya...:)

Cuba la...i dare you!!!



Thursday, March 22, 2012

TAUGEH MASAK LEMAK PUTIH


Ni adalah lauk bila dah tak de idea lagi nak masak....tapi yg simple2 ni la yang sedap. Lawan dengan sambal ikan atau sambal belacan....perrrggh! tak ingat2 tambah nasi..hehehe!

Tapi....ada tapinya ye! dalam kata senang tu...ada gak orang yang tak pernah masak ni...tak tahu nak letak apa kalau masak macam ni...so, kalau yang tak biasa masak lemak putih macam ni...sila ingat resepinya ialah:

Bahan-Bahan:-

3-4 biji bawang merah
10 ekor ikan bilis (lebih kurang la)
500 ml santan kelapa
taugeh secukupnya (lebih kurang singgit je)
1 biji tauhu (potong 9-12)
sebiji cili merah
garam/perasa secukupnya

Cara-caranya:

  1. tumbuk bawang hingga hancur dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sikit2 (tak yah lumat sangat)
  2. masuk santan dalam periuk dan masukkan bawang/ikan bilis yg ditumbuk tadi
  3. masak atas api sederhana dan perlu terus mengacau kuah sehingga santan mendidih sedikit (bagi mengelakkan santan berketul-ketul)
  4. dah tu masukkan tauhu, garam dan perasa biar kejap
  5. dah rasa..elok..baru masukkan taugeh dan cili (sebab tak nak taugeh lembik sangat kalau masuk awal2)
  6. biar kejap dalam seminit...tutup api. Siap!


Nota: untuk kuahnya...bergantung pada individu...nak pekat atau cair. Sebaiknya beli kelapa parut sebiji dan perah 2-3 kali...



LALA GORENG


Ni adalah favourite anak akak yang kecik tu...pantang kalau dia ikut pi pasar...nampak je benda ni mesti nak mintak belikan....dan akak pun suka sebab senang je nak masak ni...selain dari letak lala ni dalam tomyam seafood, akak goreng dengan sos tiram je. Senang dan ringkas..

Nak cuba macam akak masak...

Bahan-bahan:

1 kilo lala
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
sedikit minyak masak
sedikit daun sup (optional)

Cara-caranya:-
1. bawang besar, bwg putih dan halia di mayang halus
2. letak minyak dlm kuali dan tumis bahan2 tadi
3. bila garing sikit, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
4. letak air sikit (1/4 cawan) dan masukkan garam, rasa.
5. Masukkan lala dan kacau rata. Tutup kuali dengan penutup nya dan biar sebentar
6. bila kulit lala dah bertukar kemerah-merahan...boleh tutup api
7. Hias dengan daun sup kalau nak...tu je!

Bye!!!!

Nota: ketiga-tiga sos tu boleh tambah ikut selera masing2...jgn letak garam banyak sangat sebelum letak lala...nanti termasin pulak...



Tuesday, March 20, 2012

PEANUT SWIRL BROWNIES



Ni adalah penangan bila tengok chef dalam Barefoot Contessa astro 706...meleleh air liur...masa tu jugak rasa nak buat. Memang senang gak nak buat nye. Tak yah guna mesin bagai. Pakai whisk dengan tangan je. Sedap letak dalam tupperware dan simpan dalam fridge tapi akan mengeras sikit. Bila nak makan, keluarkan sekejap...nanti ianya lembut semula.

Resepi akak ambil dari sini . Akak salin ambik point2 yg penting je dan buat separuh dari resepi ni:

BAHAN-BAHAN (separuh resepi asal):-

225g unsalted butter


CARA-CARANYA:-

1) Preheat the oven to 180C/Gas Mark 4. Butter and flour a 30 by 45 by 4cm sheet pan. (akak guna bekas 10 x 10 inci)

2) Melt together the butter, 225g of chocolate chips, and the unsweetened chocolate in a medium bowl over simmering water. Allow to cool slightly.

2) In a large bowl, stir (do not beat) together the eggs, coffee granules, vanilla, and sugar. Stir the warm chocolate mixture into the egg mixture and allow to cool to room temperature.

3) In a medium bowl, sift together 75g of flour, the baking powder, and salt. Add to the cooled chocolate mixture.

4) Toss the remaining 170g of chocolate chips in a medium bowl with 20g of flour, then add them to the chocolate batter. Pour into the prepared baking tray. Spoon the peanut butter over the top of the chocolate mixture and using a knife, swirl it through the chocolate mixture.

5) Bake for 20 minutes, then rap the baking tray against the oven shelf to force the air to escape from between the tray and the brownie dough (akak hentak sikit je). Bake for about 10 to 15 minutes more or until a toothpick comes out clean. Do not overbake!

6) Allow to cool thoroughly, refrigerate, and cut into large squares.

Memang tak rugi nak cuba...akak pun first time buat brownies ni...memang senang la compare to cakes...rasanya next time tak yah nak letak extra choc chips yang 170g tu...dan tak perlu la nak hentak2 bagai halfway masa masak tu ..panas wei masa bukak oven !!..biar je la dia terus masak :)