Wednesday, May 29, 2013

LAKSAM



Dah lama nak buat....asyik tertangguh je. Hari ni anak2 sedia menolong...bersemangatlah akak menyediakannya. Puas google sana sini...akak telek beberapa resepi dan akhirnya...ini la hasilnya. Memang berbaloi kalau yg suka makan laksam tu. Anak akak tah berapa kali ulang makan dari petang tadi...walaupun cubaan pertama membuat isi laksam tu tak menjadi sangat...akak cuba itu ini....akhirnya dapatlah seperti yg dihajati...kalau nak cuba....

Untuk tepung laksam:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum (ada yg letak tepung pulut)
4 cawan air suam
Secubit garam

- campurkan semua bahan atau kisar
- lengserkan tudung periuk dengan sedikit minyak dan letak dalam pengukus.
- curahkan adunan tepung dan kukus 5 minit ( akak tunggu hingga tepung tu mengelembung)
- keluarkan dan gulung kemudian ulang hingga habis



Untuk kuah nya:

1 kilo ikan kembung (atau sardin)
1 biji kelapa (santan secukupnya)
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu gula perang (optional)
Garam secukupnya

- rebus ikan dan ambil isinya. Kisar bersama bawang dan halia. Kisar tulang ikan dan tapis airnya. Masuk dalam periuk dan masak.
- masukkan santan, asam keping, lada hitam, gula dan garam secukupnya (semua ni ikut rasa masing2)



Untuk cili:

5 biji cilli merah
2 inci belacan (akak bakar dlm microwave jap)
secubit garam
gula (optional)

- kisar semua bahan




Untuk Ulaman:

Seperti gambar dibawah....akak letlak kacang panjang, timun, taugeh dan daun kesum
(ikut suka kita la nak sayur apa)

posted from Bloggeroid

Sunday, May 5, 2013

MY UNDI



Hari ni hari kita menjalankan tanggungjawap sebagai rakyat Malaysia.....mari mengundi.

Bukti akak pi mengundi
posted from Bloggeroid

Saturday, May 4, 2013

COKLAT BROWNIES




Nampak buruk je brownies tu kan....sebabnya...baru keluar dari peti ais. Tu yang nampak keras semacam je. Kalau dibiarkan pada suhu bilik akan nampak moist gitu...

Buat atas permintaan Asraf masa birthday dia 03/05/2013...dan nak yang dah disejukkan dulu...lagi sedap katanya...memangpunn.

Dapat dari blog Kak Ita yang rajin mencuba berbagai resepi di sini. Kalau nak cuba silla sediakan:


250 gm butter - potong kecil
400 gm coklat masakan - potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.








posted from Bloggeroid

PUDING KARAMEL



Permintaan dari jiran sebelah rumah yang sedang hamil sekarang ni....tetiba dia mengidam nak makan. Puas cari tak jumpa kat kedai. Dia call akak dan mintak buatkan...mintak lebihkan gula hangusnya tu..

Esoknya selepas masak dan sejukkan dalam petiais baru bagi kat dia. Sebabnya kat rumah dia tu ramai kanak2 riang...kang tak sempat sejukkan dah habis. Memang betul jangkaan akak...tak sampai 3 minit dah tinggal separuh...

Akak guna resepi ni...kepada yang nak mencuba:

Bahan untuk gula hangus:

1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Caranya:
 Masukkan gula dalam periuk dan masak dengan api sederhana...biarkan mencair sedikit. Kacau dan bila hampir separuh mencair baru masukkan air. Berhati-hati kerana gula sangat panans dan semasa masukkan air kerana mungkin akan terpercik keluar dari periuk...goyang2 kan periuk dan kacau sekali sekala sehingga gula mendidih dan mencair keperangan...(jgn sampai hangus...nanti pahit). Selepas tu masukkan segera kedalam bekas yang hendak digunakan untuk memasak puding nanti..

Bahan untuk puding:

5 biji telur (akak guna A)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam (optional)

Caranya:
Pukul telur sehingga rata. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan esen....kacau hingga semua rata (akak guna whisk) tapis dan masukkan kedalam bekas gula (karamel) tadi.

Kukus lebih kurang 40 minit...

Bila dah masak...biar sejuk sekejap dan terbalikkan atas pinggan atau bekas yang sesuai..

Tu je...senangkan..


posted from Bloggeroid

TALAM SERI MUKA



Buat kuih ni untuk majlis makan-makan ahli marhaban kami....memang sedap.

Terimakasih kepada empunya resepi sebenar. Dapat dari blog Kak Ros...akak ambil resepi dari blog beliau di sini.


Kalau ada yang ingin mencuba..ini resepinya:

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara-cara:
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.




posted from Bloggeroid