Sunday, December 8, 2013

KEGILAAN ITU...



Hari Jumaat lepas...lepas zohor akak and the girls berkejar ke mines beli buku tak ingat dunia...memang best sangat2 macam pesta. Dah tiga tahun berturut-turut kitaorang pergi hari pertama penjualan...



Gila tak?? Murah wei...$8-$10 je


Buku masakan yg murah2. Paking mahal pon sekitar $20. Tu belum lagi akak pi bahagian art, gardening and travel...mahu patah bahu bawak buku.. :O



Buku2 anak akak

Kepada yg minat membaca tu....jangan lepaskan peluang ni...novel melayu pun banyak...mari la kita meraikan kegilaan itu....

posted from Bloggeroid

Monday, December 2, 2013

MENDUNG



Cuaca yang baik untuk tidur dan berehat sepanjang hari selepas penat kenduri kawin semalam...tak nampak matahari langsung hari ni. Dari pagi suasana 7.00 pagi sepanjang hari...sejuk lembab.. Untung pengantin baru :-)

posted from Bloggeroid

ASZMI DAN ESAH



Selamat pengantin baru buat adik akak Imi dan pasangannya Esah pada 1/12/2013. Semuga berkekalan selamanya.

posted from Bloggeroid

Thursday, November 7, 2013

JERUK BELIMBING



Tiga hari lepas akak masukkan gambar pokok belimbing yg tengah banyak berbuah depan rumah ke dalam whatapps group taman perumahan akak ni....offer kepada sesiapa yg nak supaya datang ke rumah. Sebabnya akak pernah nak masak lemak cili api dengan belimbing....puas merayau satu kedai ke satu kedai tak jumpa. Pada masa yg sama adalah pokok jiran yg berbuah...tapi segan nak ambik sebab jiran tak de rumah dan ada yg tak kenal rapat...akhirnya adalah sebuah kedai ni yg akak tahu biasanya ada tapi hari tu tak nampak pulak atas rak nya. Terbuka pulak mulut nak bertanya...pekerja kata ada tapi belum pack lagi. Jadi bila pokok ni berbuah lebat akak hantar la ke kedai tu untuk dijual mengenangkan susahnya akak dulu mencari belimbing ni.....



Kali ni akak beritahu pada jiran2 kalau akak tak ada kat rumah....sila la ambil sendiri kalau teringin nak.makan. Maklumla buah ni kalau dah banyak berlambak2 jatuh ke tanah. Alhamdulillah....ada yg dah datang mengambilnya walaupun masa akak tak de di rumah semalam.

Dalam ber'whatsapp' tu ada yg mengalami pengalaman yg sama dengan akak, mencari buah ni tak jumpa kat kedai. Ada sorang kakak ni ajar macam mana nak jerukkan buah ni. Hari ni akak rasa....wah! Ok jugak. Boleh la lepas ni akak test kat buah mangga pulak.

So, sebelum terlupa nanti...akak catitkan macam mana caranya:

Mula2 basuh bersih dan rendam air kapur lebih kurang 2 jam.
Lepas tu basuh bersih2 dan tapis hingga kering sikit.
Masukkan dalam bekas/botol dan masukkan garam dan gula
Kemudian masukkan cuka 1/4 daripada jumlah buah tu.

Itu adalah resepi campak2...jadi akak agak2 je garamnya 2 sudu besar dan gula 1/2 kilo ikut manis yg kita nak....

Cubalah kalau teringin...tak susah pun.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 2, 2013

ANAK KUCING BARU



Ni adalah anak2 kucing terbaru kesayangan adik. Ibu kucing ni masuk kat bahagian laundry rumah akak kat belakang dan beranak kat situ. Tak sampai nak halau keluar...walaupun anak akak rajin beli makanan dan bagi kucing2 ni...akak tak benarkan tidur dalam rumah.

Sebenarnya banyak betul kucing kat belakang rumah akak ni. Walaupun tak bertuan tapi sangat jinak. Jiran2 yg lain pun rajin juga memberi makan....mungkin ada yg tak berkenan dengan tindakan kami ni yg mengundang perkembangan koloni kucing kat bahagian belakang rumah...tapi belum lagi ada sebarang pergaduhan...harap2 tidak.

posted from Bloggeroid

Thursday, October 31, 2013

Tuesday, September 10, 2013

PUDING ROTI



Semalam akak teringin nak makan puding roti....google dan kebanyakkan resepi lebih kurang je. Kebanyakkannya kena masukkan butter yg dicairkan lebih kurang 2 sudu. Disebabkan akak malas nak cairkan butter tu...akak bakar roti dan sapu majerin. Sebabnya..akak pernah buat puding roti biasa yg terus rendam dan bakar...tapi tak menepati cita rasa. Akak pernah tengok kat tv...diorang bakar jap dlm oven bagi roti tu garing sikit...so akak malas bakar dlm oven...guna pembakar roti je...senang weiii. Hasilnya sangat memuaskan dan makan dengan sos kastad sejuk...errmmmm...nak cuba cara akak...sila sediakan:

BAHAN-BAHANNYA:

8 keping roti (bakar dan sapu majerin/butter)
2 cawan susu segar dutch lady
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh sebuk kayu manis
chocolate chips/kismis untuk taburan



CARANYA:

- roti yg dibakar dan disapu butter potong 4-6 dan susun dlm bekas bulat 8" (campak2 je)
- dlm mangkuk lain masukkan bahan yg lain kecuali choc chips dan kacau sebati guna whisk
- tuang atas roti dan tekan2 sikit dan biar susu meresap dlm roti lebih kurang 5minit
- taburkan choc chips dan kismis
- bakar 180'C lebih kurang 45 minit
- semasa bakar tu puding akan naik tinggi macam gambar atas...(tu pun dah turun sikit)
- bila sejuk akan kempis bahagian tengah cam gambar bawah ni



Untuk sos:

1 tin susu cair
1/4 tin air suam
1-2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Masukkan semua dalam periuk dan masak atas api perlahan hingga sedikit mendidih...tu je.

Puding roti dan sos ni tak begitu manis...kalau yg suka manis2 tu boleh tambah gula. Untuk sos...tepung kastard akan menetukan kepekatan sos nya...ikut citarasa masing2 la ye...Bye!!!

posted from Bloggeroid

Saturday, September 7, 2013

UDANG REBUNG LEMAK CILI API



Khamis lepas pi pasar malam dan jumpa rebung sepeket singgit. Akak beli 2. Tak sampai hati nak beli satu je. Lagipon takut tak cukup pulak.

Hari ni akak masak dgn udang. Kalau dengan daging pun ok gak. Tapi sebab akak nak cepat masak....masuk udang je la.

Senang je nak masak ni...Tumbuk/kisar 15biji cili api dengan 2inci kunyit hidup...perah santan pekat2 dari sebiji kelapa...masak semua ni atas api perlahan dan kacau sampai mendidih.

Dah tu masukkan rebung...disebabkan rebung tu baru dibuat..akak masak lama sikit sampai lembut. Letak garam kasar sikit. Dah agak2 masak rebung tu...masukkan udang. Jangan lama sangat. Udang dah betukar warna je...tutup api. Nanti dia masak lagi sebab kuah panas kan....kalau lama2 sangat...udang keras.


posted from Bloggeroid

PISANG KUKUS



Beli pisang nangka ni sebab teringin nak makan pisang goreng since bulan puasa hari tu. Tetiba bila nak goreng...akak batuk2 dan sakit tekak. Nak tunggu baik batuk dan demam nanti pisang tu dah terlebih masak pulak....akhirnya akak kukus je.

Agaknya itulah kebaikkannya...kalau tak akak tak cuba buat cam ni. Sedap dan menepati cita rasa. Cubaan pertama...yg gambar diatas.tu...akak potong dua pisang tu. Tak payah buang kulit. Kukus lebih kurang 5 minit. Lepas tu buang kulit (masa panas) dan golek atas kelapa (putih je) then racik2 gula melaka dan tabur atas pisang tadi...

Next day....akak kukus lagi...masa panas2 tu buang kulit dan golekkan atas brown sugar...terus cair gula tu....then golek atas kelapa pulak....errmmm...sedap you!!!!



Cuba la...alternatif kalau tak nak goreng pisang...next time nak cuba pisang lain pulak...

posted from Bloggeroid

Sunday, July 21, 2013

SAMBAL GESEK



Alternatif kepada sambal belacan...

1 biji cili merah
5 biji cili api
sedikit ikan bilis (akak rendam air panas jap)
secubit garam
3 biji limau kasturi (perahan)

Tumbuk cili2, masukkan ikan bilis dan garam. Dah lumat perahkan asam limau....siap!

posted from Bloggeroid

ABAH



Mohd bin Ismail
29/11/1944 - 27/06/2013
bersamaan 18 Syaaban 1434
posted from Bloggeroid

KEEP AIMING


posted from Bloggeroid

Wednesday, June 26, 2013

Homemade Nutella Recipe | Brown Eyed Baker

Homemade Nutella Recipe

Stumble upon this recipe. Harus la simpan dulu....maklumla nutella tu boleh tahan jugak harganya...kalau kat rumah ni sekejap dah licin...kalau ada yg nak cuba ni akak tepekkan resepinya. dapat kat blog ni..

INGREDIENTS:

2 cups (8 ounces) hazelnuts
1 cup powdered sugar
⅓ cup Dutch-processed cocoa powder
2 tablespoons hazelnut oil
1 teaspoon vanilla extract
⅛ teaspoon salt

DIRECTIONS:

1. Preheat oven to 375 degrees F. Spread the hazelnuts out on a single layer on a rimmed baking sheet and roast until dark brown and fragrant, 12 to 15 minutes, rotating the baking sheet halfway through baking. Keep a close eye on them, as they can go from perfect roasted to burnt in a short amount of time. Transfer the hazelnuts to a medium-sized bowl.
2. Once the hazelnuts are cool enough to handle, place a second bowl upside-down on top of the bowl with the hazelnuts. Shake vigorously for about 30 seconds to remove the skins of the hazelnuts. It may take a few times to get all of the skins off; each time, remove the hazelnuts that have lost their skin to the bowl of a food processor, then continue shaking.
3. Process the hazelnuts in a food processor until their oil is released and they form a smooth, loose paste, 2 to 5 minutes, scraping down the bowl often.
4. Add the powdered sugar, cocoa powder, hazelnut oil, vanilla extract and salt and process until fully incorporated, scraping the bowl as needed, about 2 minutes. The mixture will loosen and become glossy. Transfer the spread to a jar with a tight-fitting lid or an airtight container. You can store it in the refrigerator or at room temperature for up to 1 month.
Notes:
  • If you want to do away with having to remove the hazelnut skins, you could purchase blanched hazelnuts, which I might try next time.
  • I was not able to find hazelnut oil at any local grocery stores (including Whole Foods), so I ended up ordering it from Nuts.com. You could substitute walnut oil or vegetable oil, but the hazelnut oil really helps give the spread a silky smooth texture.
  • You can substitute regular unsweetened cocoa powder for the Dutch-processed cocoa powder.

Sunday, June 23, 2013

JEREBU 2013



Sepanjang perjalanan dari kl ke melaka bau asap boleh dirasai walaupun dalam kereta.

Esok diberitakan sekolah cuti di selangor/KL...suka la si adik dapat main game....

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 29, 2013

LAKSAM



Dah lama nak buat....asyik tertangguh je. Hari ni anak2 sedia menolong...bersemangatlah akak menyediakannya. Puas google sana sini...akak telek beberapa resepi dan akhirnya...ini la hasilnya. Memang berbaloi kalau yg suka makan laksam tu. Anak akak tah berapa kali ulang makan dari petang tadi...walaupun cubaan pertama membuat isi laksam tu tak menjadi sangat...akak cuba itu ini....akhirnya dapatlah seperti yg dihajati...kalau nak cuba....

Untuk tepung laksam:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum (ada yg letak tepung pulut)
4 cawan air suam
Secubit garam

- campurkan semua bahan atau kisar
- lengserkan tudung periuk dengan sedikit minyak dan letak dalam pengukus.
- curahkan adunan tepung dan kukus 5 minit ( akak tunggu hingga tepung tu mengelembung)
- keluarkan dan gulung kemudian ulang hingga habis



Untuk kuah nya:

1 kilo ikan kembung (atau sardin)
1 biji kelapa (santan secukupnya)
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu gula perang (optional)
Garam secukupnya

- rebus ikan dan ambil isinya. Kisar bersama bawang dan halia. Kisar tulang ikan dan tapis airnya. Masuk dalam periuk dan masak.
- masukkan santan, asam keping, lada hitam, gula dan garam secukupnya (semua ni ikut rasa masing2)



Untuk cili:

5 biji cilli merah
2 inci belacan (akak bakar dlm microwave jap)
secubit garam
gula (optional)

- kisar semua bahan




Untuk Ulaman:

Seperti gambar dibawah....akak letlak kacang panjang, timun, taugeh dan daun kesum
(ikut suka kita la nak sayur apa)

posted from Bloggeroid

Sunday, May 5, 2013

MY UNDI



Hari ni hari kita menjalankan tanggungjawap sebagai rakyat Malaysia.....mari mengundi.

Bukti akak pi mengundi
posted from Bloggeroid

Saturday, May 4, 2013

COKLAT BROWNIES




Nampak buruk je brownies tu kan....sebabnya...baru keluar dari peti ais. Tu yang nampak keras semacam je. Kalau dibiarkan pada suhu bilik akan nampak moist gitu...

Buat atas permintaan Asraf masa birthday dia 03/05/2013...dan nak yang dah disejukkan dulu...lagi sedap katanya...memangpunn.

Dapat dari blog Kak Ita yang rajin mencuba berbagai resepi di sini. Kalau nak cuba silla sediakan:


250 gm butter - potong kecil
400 gm coklat masakan - potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.








posted from Bloggeroid

PUDING KARAMEL



Permintaan dari jiran sebelah rumah yang sedang hamil sekarang ni....tetiba dia mengidam nak makan. Puas cari tak jumpa kat kedai. Dia call akak dan mintak buatkan...mintak lebihkan gula hangusnya tu..

Esoknya selepas masak dan sejukkan dalam petiais baru bagi kat dia. Sebabnya kat rumah dia tu ramai kanak2 riang...kang tak sempat sejukkan dah habis. Memang betul jangkaan akak...tak sampai 3 minit dah tinggal separuh...

Akak guna resepi ni...kepada yang nak mencuba:

Bahan untuk gula hangus:

1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Caranya:
 Masukkan gula dalam periuk dan masak dengan api sederhana...biarkan mencair sedikit. Kacau dan bila hampir separuh mencair baru masukkan air. Berhati-hati kerana gula sangat panans dan semasa masukkan air kerana mungkin akan terpercik keluar dari periuk...goyang2 kan periuk dan kacau sekali sekala sehingga gula mendidih dan mencair keperangan...(jgn sampai hangus...nanti pahit). Selepas tu masukkan segera kedalam bekas yang hendak digunakan untuk memasak puding nanti..

Bahan untuk puding:

5 biji telur (akak guna A)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1/2 tin air
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam (optional)

Caranya:
Pukul telur sehingga rata. Masukkan susu cair, susu pekat, air dan esen....kacau hingga semua rata (akak guna whisk) tapis dan masukkan kedalam bekas gula (karamel) tadi.

Kukus lebih kurang 40 minit...

Bila dah masak...biar sejuk sekejap dan terbalikkan atas pinggan atau bekas yang sesuai..

Tu je...senangkan..


posted from Bloggeroid

TALAM SERI MUKA



Buat kuih ni untuk majlis makan-makan ahli marhaban kami....memang sedap.

Terimakasih kepada empunya resepi sebenar. Dapat dari blog Kak Ros...akak ambil resepi dari blog beliau di sini.


Kalau ada yang ingin mencuba..ini resepinya:

Lapisan Bawah:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara-cara:
Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.




posted from Bloggeroid

Thursday, April 4, 2013

DIY TUDUNG 2 LAYERS



Hasil keras tangan akak yg pertama. Angkut je kain cifon yg ada kat rumah ni. Cikgu kata bawa kain cifon 3 meter. Akak ada 1meter hitam dan 2 meter kuning...rupanya satu layer kena pakai 1.5 meter....nasib baik yg hitam tu lerang 60cm...dapat la sekeping...ni la hasilnya...puas hati dohhh!

Walaupun ada yg still tak kemas....akak akan cuba perbaikinya...kena buat bebanyak ni....baru la expert, tak gitu.....



Adik akak datang rumah semalam....tak caya je akak buat sendiri....dia suka sangat sebab lepas ni tak yah beli yg mahal2 tu...tempah je kat akak...ada berani?????

posted from Bloggeroid