Friday, February 12, 2010

KUIH KASWI


Kuih ni terjadi kerana kes nak perabihkan parutan kelapa putih semalam...so pagi ni kita bersarapan dengan kuih kaswi. Biasa la...kuih2 lama ni...kalau nak makan pagi...kena masak malam sebelumnya supaya disejukkan kuih tu sebelum dipotong. Tapi...As ni kekadang tengok kuih gak...kalau tak tahan..masa tu jugak den potong..tak kiro la lombik ko, paneh ko...suko hati den la...kuih tu den yg masak... :-)

Biasanya uolls kena masak air gulanya dulu....dah sejuk sikit baru proceed ngan yg lain2..kalau nak cuba..ni resepinya.

Bahan2:
  • 100 gm tepung sagu/ubi
  • 250 gm tepung gandum
  • 400 gm campuran gula melaka & gula pasir* (lebihkan gula melaka supaya gelap sikit kuih tu)
  • 1 cawan air* (*dimasak hingga larut)
  • 4 cawan air tambahan
  • 1/2 sudu kecil air abu/kapur/alkaline water

Cara2:

  1. Masak campuran gula dgn 1 cawan air hingga larut & sejukkan
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung dan tuang air gula...kacau
  3. Masukkan 4 cawan air tambahan dan air abu
  4. Kacau hingga sebati dan tapis
  5. Masukkan dlm loyang (8-10 inci) dan kukus selama 30-40 minit
  6. Jika terdapat lebihan air di permukaan kuih..tekap dgn tisu dapur dan angkat cepat2
  7. Biar sejuk, potong dan boleh gaul dgn kelapa parut kalau suka...

Nota: Kalau malas nak tunggu air gula tu sejuk...campur je lebihan 4 cawan air tadi..cepat sikit sejuk kan??

No comments:

Post a Comment