Wednesday, February 10, 2010

KEK SANDWICH




Ada masanya bila kita jumpa resepi....terasa nak cuba kan? Semalam As jumpa satu resepi kuih talam tepung at one of the food blog....ramai yg komen sedap...so, kita pun cuba la sebab bahan2 semua ada kat rumah ni....caranya sangat simple nak dibandingkan dengan apa yg makcik As ajar...tapi malangnya tak menepati citarasa...tapi still boleh ditelan anak tekak ni la...nampaknya terpaksa la As menuntut dengan makcik2 yg ado.....walaupun caranya rumit sedikit..tapi SEDAP!!!


Kenapa As cerita intro tu??? sebabnya...resepi yang As nak bagi ni sangat simple...mula2 tu sangsi gak...boleh jadi ke?? coz bahan2nya sikit je dan senang nak ingat 175 gm for everythings... Dan hasilnya..sangat membanggakan...he he he...!


Bila uolls buat kek ni tak perlu stand mixer bagai...pakai hand mixer je atau pun kalau nak hilangkan lemak kat lengan tu....pakai senduk kayu je pun boleh...sebab resepi ni tak nak terlalu kembang sangat...apa-apa pun...cubalah!!


Bahan2:


175 gm butter/margarine


175 gm castor sugar


3 biji telur (A)


175 gm self rising flour (di bahagi 2 bahagian)


jem strawberry/raspberry secukupnya



Cara2:



  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang (A) - pakai handmixer/senduk

  2. Dalam mangkuk lain pukul telur dengan whisk/garfu

  3. Masukkan 1 bahagian tepung dan telur kedalam (A) putar sekejap2

  4. Dengan menggunakan senduk sahaja, masukkan lebihan tepung tadi - kaup balik sahaja - do not over mix

  5. Sediakan 2 tin pembakar saiz 8 inci, alas dengan kertas minyak ataupun lengserkan saja "tin grease" supaya tak melekat

  6. Bahagikan adunan sama rata untuk kedua-dua tin (timbang je!)

  7. Bakar dalam oven 170-180'C selama 20-25 minit

  8. Bila dah masak...nak tahu cucuk lidi...kalau licin tu dah masak la..

  9. Sejuk dan keluarkan...letak jem kat atas salah satu kek dan lapiskan satu lagi

  10. Boleh dipotong dan dimakan...panas, panas lagi sodap!


p/s tin pembakar ikut apa yang ada...jgn kecik/besar sangat

No comments:

Post a Comment