Thursday, February 28, 2013

LAWAK MALAM JEMAAT



Sempat lagi diorang ni buat lawak...ada je idea.

Yg sebenarnya ada jembatan runtuh petang tadi kat area putrajaya-cyberjaya....

posted from Bloggeroid

BENDI GORENG CILI



Hah....ni senang je nak masak. Makan dengan nasi panas lawan ikan goreng je pun dah cukup. Cuma tak berkuah la....sediakan air kalau takut tercekik nanti...:-D

Kalau nak cuba....sediakan sayur bendi lebih kurang 4-5 biji dan potong serong 3-4 bahagian. (Sebaiknya potong bila dah nak masuk dalam kuali nanti..) Lepas tu ambik 4 biji bawang merah, 2 biji bawang putih dan 2 biji cili merah. Tumbuk hingga halus dan masukkan ikan bilis sikit, tumbuk kasar. Tumis semua bahan dalam kuali hingga garing dan letak garam secukupnya. Lepas tu pecahkan telur sebiji dan kacau. Bila dah telur dah agak garing baru masukkan sayur bendi tadi...kacau rata 2-3 minit atau sampai sayur masak. Tu je.

Since akak ada lebihan sambal belacan ikan bilis dalam peti ais...akak masuk kan je dalam kuali tadi sebelum masukkan sayur....tak la membazir...


posted from Bloggeroid

Sunday, February 24, 2013

SAMBAL BELACAN IKAN BILIS



3 biji cili merah (buang biji sikit)
2 biji bawang merah
1/2 biji tomato (buang isi)
1 inci belacan
1 genggam ikan bilis (anggaran)



Potong cili , bawang dan tomato. Goreng semua bahan kecuali tomato.



Tumbuk cili, bawang dan belacan. Bila dah halus masukkan tomato dan ikan bilis. Tumbuk kasar atau ikut suka nak halus cam mana...boleh letak garam dan gula sikit kalau nak....tu jeeee...



posted from Bloggeroid

Sunday, February 17, 2013

AYAM GORENG TEPUNG



Tak yah cerita panjang-panjang. Kalau nak ayam goreng ala-ala kay-ep-see tu, boleh cuba resepi ni:

Seekor ayam potong 12 atau banyak mana yg korang suka. Tumbuk bawang putih 6-7 biji, garam halus dan sediki kunyit serbuk. Nak tambah serbuk lada hitam sikit pon boleh. Gaul rata semua bahan dan perap sekurang-kurangnya satu jam.

Untuk tepung:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu rempah kari
2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil baking powder

Gaul rata semua bahan atau ayak. Bila nak goreng, ambil sebiji telur dan kacau dengan garfu. Celupkan ayam dalam telur dan kemudian salut dengan campuran tepung tadi. Goreng terendam lebih kurang 12-15 minit. Kalau goreng guna fryer adalah lebih baik.

Selamat mencuba ye....

posted from Bloggeroid

Friday, February 15, 2013

APAM


Ni je yang tinggal by the time akak nak ambil gambar. Bancuh adunan kat rumah..tak sampai sejam dah bersiap nak pergi ampang. Angkut segala benda termasuk la pengukus sekali ke sana. Bila sampai...adunan dah menurun...tak tahu la ok ke tak. Bila dah kukus.....weiii...elok je naiknya ko....alhamdulillah..sedap dan banyak atok mat makan.

Resepi akak dapat dari makcik mah satu group marhaban. Dia bawak pi surau hari tu...akak tanya la cam mana buat...katanya.." senang je..tepung satu mangkok letak tepung beras dua sudu yis setengah peket garam sikit...pas tu kacau dengan air gula merah..agak2 la pekat sikit dari kuih kasui" tu la jawapannya...mangkok besar mana? Kalau tak pernah buat kuih kasui nak tahu cair cam mana tepung tu? Hah tu la kalau ambik resepi dari orang dulu2..

First time buat....adunan tak gebu sangat...termendap belah bawah. Second time...akak adun malam dan kukus the next day...kuih rasa masam sikit....mungkin terlebih naik...cik mah kata sejam je...hehehe.

Ini adalah usaha kali ke tiga...ok dan puas hati. Akak dah catatkan resepinya...kalau nak cuba:



350 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/2 paket yis (6 gram)
Secubit garam
3 1/2 cawan air gula (masak 1 ketul gula melaka bersama 3 sudu gula pasir/perang)

Masukkan semua bahan (kecuali air gula) ke dalam mangkuk dan kacau rata. Buat lubang kat tengah dan masukkan air gula sikit2 sambil dikacau guna whisk...tapis aduan. Bolehla rasa sikit...kalau tak cukup manis tambahla sesudu atau 2 sudu gula. Masukkan dalam loyang yg dah di lengserkan dengan sedikit minyak dan kukus 30 minit..Biar betul2 sejuk baru potong dan cicah kelapa parut (letak garam sikit)...seriously sedap!!!!

Babai...
posted from Bloggeroid

Thursday, February 14, 2013

JIMAT



Seluar sekolah adik yang akak pendekkan buat seluar harian. Pinggang elok lagi tapi dah senteng dan tak sesuai bawak pi sekolah..
Jimat sikit...:)

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 5, 2013

UBI BERSIRA



Akak ni pantang kalau pi pasar tani nampak ubi atau keledek yg cantik-cantik. Mesti nak beli walaupun tak plan lagi nak buat apa.

Kalau ubi baru dan muda ni...rebus dan cicah sambal tumis pun sedap. Akak pulak prefer yang manis. Kalau malas cicah gula putih je...kalau rajin racik halus gula melaka dan makan dengan kelapa parut...kalau terlebih rajin...buat ni yg bersira ala-ala gula hangus gitu...lepas tu letak santan pekat..

Kalau nak cuba...beli ubi 1-2 kilo dan rebus sampai empok. Ambik gula melaka dan masak dengan secawan air..biar sampai mendidih dan larut. Lepas tu masukkan satu cawan santan pekat dan secubit garam, kacau selalu hingga mendidih berbuih dan likat pekat. Masukkan ubi dan gaul rata. Biar sejuk baru makan.

Masak benda cam ni kena trial and error...sebelum ni akak lama sangat biarkan santan tu sampai jadi pekat dan manis...macam kat gambar kat bawah ni.



Jadi...kesimpulannya...cuba dulu..catatkan...next time adjust gula dan santannya....akak suka kalau santan tu pekat...sedap berlemak!!!

Bye!!

posted from Bloggeroid

BUBUR NASI



Ingat tak hari tu akak buat sushi guna beras jepun. Sebab beras tu banyak...akak buat bubur ni. Senang je...basuh dan rendam beras tu lebih kurang setengah jam...lepas tu masak la sampai lembut mana kita nak bubur tu...tambah air sampai puas hati. Akak suka sangat sebab beras ni cepat kembang. Sekejap je dah jadi bubur...

Dah tu letak la apa2 yang kita suka. Kalau akak yg mesti lauknya adalah ikan bilis. Then kawan akak bagitau pasal mackerel dalam tin yg sesuai untuk bubur...sedap gak tapi ikan tu keras sikit la...maybe next time akak buat sendiri guna ikan sardin pulak...



This time bubur berlaukkan ikan bilis goreng, telur masin dan mackerel segera dari tin...letak daun bawang dan bawang goreng sikit....yum yum!


Ni la mackerel nya kalau nak cuba...

posted from Bloggeroid

Friday, February 1, 2013

SPAGHETTI CARBONARA



Ni lunch akak hari ni...bahan semua dah ada secara kebetulan...senang je nak buat ni...

Mula-mula rebus spaghetti ikut kelembutan masing2...akak akan ambik satu dan rasa...kalau dah lembut tu..ok la.

Untuk sosnya:

- potong dadu bawang holland sebiji dan 4 biji bawang putih
- masukkan sikit minyak zaitun dalam frying pan/ kuali dan tumis bawang2 tadi
-potong bulat 5 batang hot dog ayam/daging dan masukkan dalam kuali tadi...kacau2 rata
-lepas tu potong nipis 4 biji cendawan shitake dan masukan dlm kuali...kacau sampai semua bahan masak dan layu
-dah tu masukkan 1 tin sos carbonara prego dan letak 1/4 tin air.
-masukkan 1/2 cawan fresh milk dan kacau. Rasa dulu baru tambah garam or susu ikut kepekatan masing2...nak letak oregano atau lada hitam sikit pon ok jugak....dah siap...

Sebenarnya kalau ada udang pun lagi sedap...tapi sebab akak lambat keluarkan udang dari freezer....ok la ni...sedap jugak...:-)


posted from Bloggeroid

Thursday, January 31, 2013

BAWAL 3 RASA



Last saturday...me and my bff nak pi berjimba2 di alamanda...sibuk pulak budak 2 org tu nak ikut sama...asraf pi training ragbi...so tinggal pak ajie ngan adik je kat rumah..sambal tumis semalam akak dah convert jadi sambal telur rebus...then akak beli ikan bawal ni...goreng dan masak sempoi2 je...jadi pada sesiapa yg nak cuba...sila goreng ikan kesukaan anda dan sediakan:

3 biji cili api merah*
3 biji cili api hijau* (*potong kecil)
2 biji bawang putih#
1 biji bawang besar#
1 inci halia # (#di mayang)
1 biji tomato (potong dadu)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1batang serai (ketuk or potong ikut suka)
1 sudu besar cuka
1/2 kiub ayam
Sedikit garam dan gula


Mula-mula letak sikit minyak masak...tumis bawang dan halia...masukkan cili dan kacau sekejap. Lepas tu masukkan sos tiram, sos tomato dan cuka...masukkan tomato dan letak air sikit dalam 3 sudu besar.

Dah mendidih masukkan kiub ayam (letak air sikit dan hancurkan dulu) rasa dan tambah garam dan gula ikut sesedap rasa masing2...boleh tambah air ikut kepekatan masing2....dan lepas tu curahkan atas ikan goreng tadi...siap!!!!



Tengahari tu..kitaorang lunch kat penang cafe



Lepas tu pi cuci mulut dan tambah lemak kat big apple...lepas tu meroyan berat lebih 70kg gituuuuu...



Itu lah citer nye....bye!!

posted from Bloggeroid

Saturday, January 26, 2013

HOMEMADE SUSHI



Dah lama anak akak mintak buatkan sushi ni...barula semalam terasa rajin nak buat. So, hari ni pi jj cheras selatan dan cari bahan2..sebelum tu akak dah google la blog2 yg pernah buat benda alah ni....

Yang penting sekali adalah beras jepun dan seaweed nya...jasmine brand ada discount...from 40+ dapat dalam 27+ for 5kg (ambik ko...terus beli 5 kg ) Jadi ke tidak tu belakang citer....then cari seaweed...ada halal punya...dan bamboo mat sekali...nasib baik ada...tu pon tinggal satu je..

Balik rumah...petang tadi mulakan project.....











posted from Bloggeroid

Monday, January 21, 2013

KARIPAP SARDIN


As usual...disebabkan ada lebihan sardin untuk sandwich yg dah 3 malam dok dalam esbox...akak jadikan inti karipap pulak..just tumbuk bawang merah 5 biji dan bawang putih 3 biji...tumiskan dan masuk kentang 2 biji yg dah didadu kecil...stir fry until kentang masak. Dah tu masukkan sardin...kacau rata dan sejukkan.

Untuk kulit pulak....akak guna tepung gandum dalam anggaran 700 gm...letak garam halus 2 sudu kecil dan ratakan. Panaskan minyak masak 3/4 cawan dan tuang kedalam tepung...kacau rata..(guna senduk atau sudu ye adik2....minyak panas tuuu)

Dah tu masukkan majerin 2 sudu besar dan 2 sudu shortening (akak guna crisco) kalau tak de ganti je majerin....ramas2 manja sampai jadi serbuk roti...dah tu masukkan air sikit2 ye.. (anggaran 1-2 cawan) dan uli sampai jadi dah yg rata. Dah tu bulatkan kecik2 besar mana kita nak karipap tu siap nanti...perap la lebih kurang 2 jam...

Canaikan doh dan letak inti...kelim tepi elok2 dan goreng dalam minyak yg banyak dengan api perlahan...dah sejuk baru makan eh....



Tu la juadah minum petang hari ni...Bye!!!











posted from Bloggeroid

Tuesday, January 1, 2013

WARNA WARNI 2013


Hari ni buat bubur caca...tak minat sangat tapi sebab penjual kat Padang Besar tu offer murah...akak ambik la jugak. Tadi google la cam mana nak masak benda tu..akak pon first time gak ni...

Senang je...rebus caca berwarna-warni tu sampai masak. Tapis kan. Dalam periuk masak la gula secawan hingga larut...masukkan santan 2 cawan...secubit garam dan daun pandan...dah mendidih baru masukkan caca tu..(tak tahu nak panggil apa tepung tu..) rasalah gulanya...tak manis tambah lagi....

Bila dah masak, akak biar la sejuk. Then masa nak makan petang tu...kuah nya dah tinggal sikit...kena serap dek tepung tu..next time santan lebih sikit....tu je.

Lepas minum...anak akak ajak pi kedai stationery...dah alang2 tu...akak pun teringat nak beli baju melayu adik sepasang lagi...mak aiiii....kedai penuh macam ada sales...beratur punyala panjang.....




Dengan bersesak sesaknya....akak pon terperangkap sama....hehehe
Mulakan tahun baru dengan penuh warna warni...bye!

posted from Bloggeroid

Monday, December 31, 2012

2012



Sepanjang tahun 2012 ni banyak perkara yg berlaku dalam hidup ini...belajar menjahit adalah salah satunya..



posted from Bloggeroid

Friday, December 21, 2012

KAK WA



Rabu lepas pi sekolah dengan adik hantar najwa n fara ambik result pmr...after that me and adik pi minum jap coz result tak siap lagi..budak 2 orang tu nak jalan pon dah macam tak larat je...i said..don't worry...everything will be fine...(padahal sendiri pon berdebar2 gak)
Even kat rumah lagi i've told kakak that i'll be proud of her no matter how many a's  ...she just smiled back at me...

Kat kedai...adik order roti canai telor...tetiba dia nak makan nasi ayam pulak. Tanya pelayan tu...dia kata tak de...nasi campur je...since dah pukul 11..and adik not yet breakfast...dia nak ikan keli n ayam...dah tu, roti canai mak yg kena makan....makan la jugak walaupon tak lalu nak makan...(cam akak lak nak ambik result ye...)

Sesampai je kat sekolah...cikgu tengah buat pengumuman diikuti sorakan dari murid2... cepat akak jalan tinggalkan adik. Masuk je dewan nampak cikgu tengah bagi slip atas pentas untuk yg 8a's....then 7a's....tetiba nama kak wa dipanggil....my goodness!! macam tak caya je...akak expect dia dapat 5 je...i really underestimated her capabilities to achive higher than that...(akak mintak maaf kat kak wa lepas tu...) syukur kepada Tuhan atas rezeki ni...to Kakak ..mak bangga sangat walaupun kak wa kecewa tak dapat semua a seperti yg diharapkan...adik dan najaa pon bangga dapat kakak macam kak wa....kitaorang semua sayang kak Wa !!!!!

Nota: Jangan pandang rendah keupayaan anak2 walaupun diorang tak baca buku depan kita. Rezeki anak2 berbeza-beza (ingatan untuk diri sendiri)

Wassalam.















posted from Bloggeroid

Sunday, November 18, 2012

KUIH KERIA



Orang sekarang ni tengah sibuk dengan durian crepe...me...still with all these kuih...

Tak pe la kan....akak pon lom rasa durian crepe tu....tengok cam kuih gulung je...tukar warna je rasanya...hehehe...apa2 pon...tujuan akak blog ni just nak simpan resepi tuk anak2...yang mana diorang suka makan tu akak blog kan...next time tok sah tanya resepi...gi je blog mak okeyyyy...

Kepada yang minat gak kat kuih ni...pastikan ada....

1 kilo keledek...suka hati warna apa...
1 cawan tepung
4 sudu gula
4 sudu air

Senang kan...ingat je kalau nak gula lebih....one to one dengan air

Memula korang rebus la keledek tu dengan garam satu sudu kecik...agak2 la dalam 10 minit...bergantung besar mana uolls potong keledek tu....akak senang je...cucuk dengan garfu...kalau dah lembut sikit tu cukup la....jalan lembut sangat nanti susah nak bulat2 kan...

Dah rebus....tapis dan hancur kan cepat2 sementara panas...(senang sikit masa panas nii....) lepas tu biar sejuk jap dalam 5 minit. Then letak tepung sikit2 dan ratakan....kalau lembik sangat(kes terlebih rebus) tambah la tepung sikit lagi....lepas tu bulat2 kan macam donut dan goreng sampai garing dan cantik....

Lepas goreng biar sejuk jap. Masa ni pon anak akak nak makan dah...tak yah gula pon sedap gak....

Bila dah sejuk sikit, panas kan kuali dan masukkan air dengan gula kacau sampai gula larut...bila dah mendidih dan berbuih seminit dua....masukkan kuih tadi dan tutup api. Kacau kuih perlahan2 supaya tak melekat... sampai gula keras dan putih....siap!!!!

Cuba eh.....
posted from Bloggeroid

Tuesday, November 13, 2012

LEMPENG PISANG



One of my favourite ni....walaupun pak aji cuit2 je...(selera kitaorang hanya 20% je sama eh...)

Pantang jumpa pisang cantik2 dan mungil2 mesti nak beli...pas tu kalau tak habis dan nak expired je...buat la cekodok or lempeng ni..

Senang je...lecek pisang, tambah gula...(sebiji letak la setengah sudu gula...) dan tepung sikit-sikit ikut suka..asalkan tak lembik sangat ok la tu...ikut selera masing2.

Akak pulak kalau ada stok kelapa parut mesti nak letak 2-3 sudu...pad tu cekodokkan atau lempengkan la ikut suka.....
posted from Bloggeroid

TAHNIAH.....



Last Saturday hari kecermelangan kat kafa adik. Dapat tempat ketiga dalam kelas...walaupun masa report card tulis tempat ke4. Tetiba cikgu call pak ajie...(kes adik tak pi sekolah sesuka hati dia je....) suruh adik datang sabtu nanti ambik hadiah....adik pon terkejut gak....tu yang menyegih je tu.....

Yang best nya.....bukan adik je naik pentas.....pak aju pon sama....dapat lucky draw...(kes tak nak parents balik cepat la tu....) bukan dia sorang je...ada 14 yg lain pon dapat gak..



Tak sampai hati nak snap gambar pak ajie kat pentas...kang orang lain kata over la pulak kannn....

Tu je...
posted from Bloggeroid

Monday, October 22, 2012

JEMPUT-JEMPUT NASI



Ni lagi satu benda yang boleh dibuat kalau ada lebihan nasi. Nak bagi resepi yang tepat2 tu tak dapek la akak nak nolong eh...ni kes tambah2 ikut suka.

Memula tu...akak masukkan 1-2 cawan nasi kedalam blender. Lepas tu letak ikan bilis segenggam, 1 sudu teh garam halus dan tuang air cukup2 asalkan boleh jalan blender tu. Kisar sampai halus.

Dalam mangkuk letak 2 cawan tepung gandum. Then akak letak daun bawang, daun sup dan bawang besar (hiris halus semua ni). Masukkan nasi yang dikisar tadi dan kacau rata. Kalau rasa pekat sangat tambah air panas sikit. Lepas tu goreng la....teksturnya memang lembut sangat. Macam gambar kat atas tu...it's a bit watery. Tu yang leper je. Then akak tambah tepung sikit lagi....about 1/2 cawan. Hasilnya.....




Nampak la bulat sikit....apa2 pun dua2 sedap dan lembut...makan dengan kari ikan semalam. Perrgh! sedap dek non...dah la cuaca sejuk sejuk ni kan...

Cubala....
posted from Bloggeroid

Sunday, October 21, 2012

TIGA KALI 60



60 yang pertama...adalah hasil tempahan baju kurung pesak gantung dari adik akak. 2 pasang...akak charged rm30 sepasang. First customer...maklumlah baru 6 bulan belajar jahit. Not bad...at least hari raya yg lepas dapat la 6 pasang baju akak dan anak. Ironinya...baju kurung biasa tu akak tak pandai buat lagi...hehehe. Yg senang tak belajar...yg susah buat dulu. Tapi akak rasa once u dah tahu tekniknya...baju apa pon boleh...(ni bagi semangat diri sendiri....)

60 yg kedua.....akak pi pasaraya tadi...nak beli ulaman kat atas tu sebab semalam kat kenduri kawin tak dapat nak makan lebih sebab dah kenyang...biasala bila dah masuk kedai. Nampak yg lain...ambik. Nampak itu...ambik. Bila sampai kat counter...bukak purse, baru perasan ada rm61 je...herrmm....harap2 cukupla sebab malas nak pakai credit card. Line panjang kat belakang...berdebar je jantung tengok total kat screen everytime budak tu scan harga.....yg terakhirnya....cukup2 rm60 on the dot....alhamdulillah...

60 yg ketiga....separuhe dari tu...30 minit penantian...lauk semua dah masak....tetiba baru perasan nasi lupa nak ON kan....nangis!!!!! Ni akak tengah tunggi nasi masak sambil.mengadap lauk...ulaman ngan sambal belacan...kari ikan jenahak dan ayam kampung goreng kuyit....meleleh air liur you!!!! Ok bye!....nak makan ni.

posted from Bloggeroid