Monday, January 24, 2011

WATER ROUX STATER



Dapat resepi dari blog Mamafami. Kegunaan water roux ni adalah sebagai pengganti bread softerner or bread improver. Lupa nak ambil gambarnya hari tu....maybe next time, kalau buat lagi....i'll put it here. So...akak copy paste je kat sini...kalau nak lebih lanjut...boleh refer kat sini.


WATER ROUX


Source : The Wandering Gourmet

(Yields about 520g Water roux)


Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :

50g flour
250g water


1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

Roti pintal tabur gula kasar & cheese


Roti bun cicah dengan kuah kari....


roti gula lagi....

Dengan menggunakan 2 sudu besar water roux tersebut....akak buat roti-roti ni sebagai pengganti kepada bread softerner dan bread improver dalam resepi dibawah:

BAHAN-BAHAN:


400 gm tepung roti (HP)
1 st garam
1 st bread improver (ganti 1 sudu besar water roux)
1 st bread softener (ganti 1 sudu besar water roux)
80 gm gula halus
11 gm instant yeast
60 gm telur
190 ml air
30 gm mentega

HIASAN:

sedikit telur dan 1/2 st esen vanilla (dikacau)
gula kasar secukupnya

CARANYA:

- satukan semua bahan kecuali mentega dan uli hingga menjadi doh
- masukkan mentega dan uli lagi hingga lembut dan elastik
- biar 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda
- tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara dlm doh
- bahagi dan bentukkan ikut suka
- biar lagi 40 minit
- bakar 160 C lebih kurang 20 minit

 
"Selamat Meroti!!"

DONUT


Donut kesukaan adik....my youngest. Resepi Cik Yani dalam myresipi.com....

Bahan-bahan:

200 gm tepung roti
20 gm gula halus
1/2 st garam
1 st dry yeast
140 ml susu segar
20 gm butter
gula halus secukupnya untuk hiasan

Cara-caranya:
  1. masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk
  2. buat lubang, masukkan dry yeast dan susu
  3. kacau sedikit dan masukkan butter
  4. uli sebati hingga tidak melekat di tangan
  5. rehatkan @ 40 minit atau sehingga naik 2 kali ganda
  6. bentukkan dan goreng dengan api sederhana
  7. biarkan sejuk sedikit baru golekkan dengan gula halus

    tekstur yang cantik dan gebussss....


Monday, January 17, 2011

I BELIEVE


Lagu dari ost Japanese drama OVER TIME. Sedih bila dengar walaupun tak faham sepatah haram except yang English nye......

Over Time adalah salah satu japanese drama yang bagus. Long before demam Korean drama.....J drama dah ada...akak sampai belila CD eventhough tak de Malay subtitle (at that time...early 2000 kebanyakkan CD cuma ada chinese subtitle je...bukan cam sekarang ni...)

 Siapa2 yang berminat....boleh tengok kat mysoju or dramacrazy....enjoy!!

Sunday, January 9, 2011

AYAM MASAK LOMAK CILI API


Ini adalah lauk untuk hari ni. Senang je nak masak nya. Akak guna ayam kampung. Ayam biasa pun sama je caranya...cuma cepat sikit lah empuk daging nya. Ayam kampung ni muda lagi...jadi tak la kena jerang lama sangat pun....

Kalau sebelum kawin dulu....mak akak kalau masak lemak ni mesti letak bawang. Bila kawin dengan orang NS ni....ikut la style diorang pulak. Memang langsung tak de bawang. Simple sangat tapi sedap!!! Tak caya...cubala.

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
20-30 biji cili api (ikut saiz)
4 inci kunyit hidup
3 batang serai
santan dari sebiji kelapa (perah 3 kali dengan sedikit air)
2 keping assam
garam
2 biji kentang

CARA-CARANYA:
  1. bersihkan ayam yang telah dipotong kecil masukkan dlm kuali
  2. kisar/tumbuk cili api bersama kunyit kemudian masukkan dalam kuali
  3. masukkan serai dan masak sehingga air dari ayam tadi kering sedikit
  4. setelah itu masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih supaya santan tidak timbul
  5. letak garam, assam keping dan kentang
  6. biar mendidih sehingga kentang dan ayam empuk



Nota: boleh juga beli santan yang dah dipeketkan @ 250ml dan campur air sedikit....asalkan cukup untuk ayam tu empuk

SAMBAL CICAH IKAN


Masa pergi Bandung last year....mana-mana kedai makan mesti ada sambal cicah. Lebih kurang macam ni tapi lagi sedap la. So, bila rasa nak goreng ikan talapia, akak buat la sambal ni.

Resepinya dulu akak refer kat blog dari Indonesia....macam2 sambal nya...walaupun ada yang akak tak paham tapi agak2 je la. Lebih kurang macam sambal belacan except this time, akak goreng bahan2 tu.

Kepada yang ingin mencuba....boleh la guna blender atau batu tumbuk. Kat rumah ni, akak gunakan food processor bersaiz kecil yang dulunya digunakan untuk blend bubur anak akak masa diorang baby...so, sekarang ni kalau nak buat sambal belacan...akak guna ni je. Kalau pakai blender yang besar tu mungkin kena letak air masak sikit la...

BAHAN-BAHAN:

5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
2 inci belacan* (*digoreng)
3 sudu besar gula melaka
secubit garam
4 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja)

CARA-CARANYA: masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus

penat makan ikan laut je (mahal pulak tu)....kita makan ikan talapia


Nota: kalau rajin...boleh tumbuk tapi kena betul2 lumat..tambah gula atau jus limau ikut selera masing-masing.

PUDING JAGUNG

sekali pandang macam cheese la pulak....

Puding ni akak buat hari Rabu ari tu. Resepi dapat dari mak akak...sangat senang.

Teringat masa bulan puasa tahun lepas....adik akak, Zali pi beli puding ni. Biasa la kalau puding tu tak ada jagung langsung...orang nak berniaga memang nak jimat kos. Lagipun, kalau letak jagung banyak-banyak (macam akak punya ni...) tak cantik masa nak potong sebab ada jagung....tak licin. Malangnya...kuih yang dibeli tadi...langsung tak de rasa. Lupa nak letak gula ke or sengaja lupa...tak tahu la kan....Nasib baik beli 3 ketul je....:(

Pada yang suka makan tu....boleh la cuba ni:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung castard
1 cawan gula
5 cawan santan dari 1 biji kelapa
1/2 tin jagung manis

CARA-CARANYA:
  1. masukkan tepung dan gula dalam bekas 
  2. tuang santan dan kacau hingga gula larut
  3. tapis dan masak dlm kuali (seeloknya pakai yang non-stick)
  4. kacau selalu sehingga likat
  5. bila permukaannya nampak licin dan berminyak maknanya dah masak
  6. masukkan jagung manis dan kacau rata
  7. tuang dalam bekas dan biar sejuk sebelum dipotong

perasan tak garisan tengah kat puding tu??? sebabnya...akak letak dlm bekas yg besar, jadi nipis...akak double kan..cantik sikit!!


Nota: untuk santan....this time akak letak 1 cawan santan pekat (lebih masak kari) 1 cawan susu cair dan 3 cawan air....masak ni kadang2 tak yah ikut sangat resepi...guna je mana yang ada...tapi yang patut2 la kan....:))

Friday, January 7, 2011

PAU


Nak kongsi satu resepi pau yang pernah akak cuba. Dapat dari cik Yani dalam myresipi.com Resepi ni http://www.myresipi.com/top/detail/1108 menggunakan tepung gandum. Akak ada satu lagi yang menggunakan tepung Hong Kong. Nanti kalau senang akak buat N3 untuk yang lagi satu tu.

So, kalau teringin nak buat boleh cuba...

BAHAN-BAHAN:

(A)
300 gm tepung gandum*
6 gm baking powder*
2 gm garam*  (*satukan dan kacau rata)

(B)
162 gm air suam*
6 gm dry yeast*
30 gm gula halus* (*kacau hingga larut)

(C)
18 gm shortening

CARA-CARANYA:
  1. masukkan B dalam A dan uli hingga licin
  2. masukkan C dan uli lagi
  3. biarkan dua kali ganda atau 40 minit
  4. tekan keluarkan angin
  5. bahagi2 dan bulatkan ikut suka dan rehatkan 10 minit
  6. ambil sebiji dan letak inti
  7. biar 5 minit dan kemudian kukus dengan api yang kuat 15-20 minit


Nota: Elakkan membuka penutup semasa mengukus. Dari sini juga akak tahu bahawa kalau cuaca tak panas, kita boleh masukkan doh dalam oven 40 C dalam 30 minit untuk mengembangkan doh. Pernah cuba...tapi letak 30 C je...jadi jugak, tapi pernah baca orang kata tak boleh masuk oven...pada akak...terpulang pada masing2...

SUATU MASA - M.NASIR



Warna-warna cinta ku
kian pudar bersama
malam yang gelap gelita......

Entah kan kau rasakan
apa yang aku rasa
atau kau tak endah.....

TALAM UBI


Akak ni memang suka dengan kuih dulu-dulu ni. Kalau kat pasar malam....mana yang berkenan tu...akak beli..kalau sedap next time datang situ lagi bila teringin. Maklum la...nak buat kuih2 ni, kalau ramai yang menghabiskan tak pe. Kalau setakat nak makan seketul dua tu...beli je la.

Harga barang pun nak naik lagi...jadi kalau teringin nak makan yang sedap, boleh cuba resepi ni. Akak dapat dalam blog bro Rozzan S'pore yang rajin sangat buat kek lapis. Kalau uolls nak tengok resepi kek lapis...boleh refer kat blog dia. So far, akak tak pernah cuba sebab tak berapa minat makan kek lapis ni. Lebih2 lagi tengok telur nya yang berpuluh2 tu....masak pulak selapis selapis. Perrrgh....berpeluh tu!! tapi sebenarnya akak seriously tak terliur sangat dengan kek lapis ni...masing2 punya selerakan???

First time buat ikut resepi ni...akak tapis je ubi tu. Jadi bila masak kuih masak...bawahnya lembut dan tak cantik sangat bila dipotong...tapi akak memang suka yang macam ni...

Second time...akak perah sikit airnya...so bila masak...bawah keras kental. So, kalau yang suka lembut tu...ikut resepi ni ye...

BAHAN-BAHAN:

Bahagian bawah (A)
700 gm ubi yang telah diparut*
200 ml air* (*campur dan tapis...sagunya ambil dan kacau dengan ubi)

180ml air*
210 gm gula melaka*
150 gm gula pasir* (*masak, tapis dan sejukkan)
75 gm kelapa parut putih
1/2 st garam halus

Bahagian atas (B)
1160 ml santan
120 gm tepung beras
40 ggm tepung kanji (ubi)
30 gm gula
1 st garam halus

CARA-CARANYA:
  1. satukan semua bahan A dan gaul rata
  2. masak dalam loyang dan kukus dalam 20 minit
  3. bancuh bahan B dan tapis
  4. letak atas A dan kukus lagi 25-30 minit
  5. biarkan sejuk sebelum dipotong


Selamat mencuba....

KEK PISANG


Actually akak ada banyak gak resepi kek pisang....tapi ada 2 yang paling sedap ikut tekak akak ni la. Satu resepi Alex Goh dan satu lagi dari Mat Gebu. Kedua-dua pun akak dah cuba dan rasanya lebih kurang sama saja.

Whenever akak jumpa pisang emas kat pasar malam or pasar tani...mesti nak beli sebab biasanya yang kita dapat jumpa..pisang berangan. Dah pernah cuba pakai pisang ni...tapi keras sikit teksturnya.

Pernah sekali tu kat pasar tani...akak belek2 pisang emas, ada sorang kakak ni pun sama jugak membelek. Dia pandang akak....akak senyumla kat dia...then dia cakap:

Kak X : susah nak dapat pisang emas sekarang ni kan?

Akak   : Aa ah. Ye la....semua dah di bawak belayar....(akak refer kat pantun..konon nak buat lawak la)

Kak X : dah tu masak sebiji je....(weiii....boleh tahan gak Kak X ni kan???)

Boleh kawan dengan akak ni...pas tu bual2 la sikit. Akak kan dah biasa layan customer ni....hehehe!

So...siapa yang sudi tu...resepinya dari blog Mat Gebu:

BAHAN-BAHAN:

250 gm tepung gandum*
1 st soda bicabornate* (*ayak)
1/2 st garam
15 gm ovallate
150 gm gula halus
5 biji telur (A)
125 gm mentega - cair & sejukkan
100gm minyak jagung
225 gm pisang emas (lecek)
1 st vanilla

CARA-CARANYA:
  1. putar gula dan ovallate hingga sebati
  2. masukkan telur (semua sekali) dan putar laju hingga kembang pekat
  3. perlahankan dan masukkan pisang lecek dan vanilla
  4. kemudian masukkan tepung berselang seli dengan mentega dan minyak
  5. bakar 175 C lebih kurang 55-60 minit
Nota: gula & ovallate akak campurkan pakai sudu. Ovallate akak letak 1 sudu teh je. Kalau boleh memang nak avoid benda2 ni....tapi kang tak jadi, kata resepi salah pulak kan...so kena follow la jugak. Memang sedap...maybe kalau letak 15 gm ovallate lebih gebus!!!

Thursday, January 6, 2011

BUTTER CAKE


Bila makan kek ni...teringat zaman kecik2 dulu kalau bai roti datang dengan motor yang penuh roti bersangkut keliling peti...rasa kek ni lebih kurang sama je. Di akui adik akak. Memang classic.

Kalau nak lebih detail...boleh rujuk blog Nasilemaklover....akak dapat dari situ.

Masa salin resepi cuma tulis bahan2 je...sebab cara-cara tu macam biasa (tapi kalau tak biasa, tak tahu jugak kan)...jadi kat sini ada dwi bahasa la ye..

BAHAN-BAHAN:

(A)
250 gm butter
100 gm sugar
1/2 tsp vanilla
5 egg yolks
230 gm cake flour*
1 tsp DA baking powder* (*sift)
4 tbsp milk

(B)
5 egg whites
90 gm sugar

CARA-CARANYA:
  1. putar butter, gula & esen vanilla hingga kembang
  2. sambil putar masukkan merah telur satu persatu
  3. masukkan campuran tepung/baking powder yg telah diayak tadi
  4. dalam bekas lain...putar bahan B hingga kembang
  5. kemudian masukkan dalam A secara 'kaup balik" menggunakan sudip kayu saja
  6. masak 180 C selama 45 minit


Untuk pengetahuan...akak gunakan tepung gandum biasa aje. Untuk susu...akak pakai fresh milk.
Kalau putar putih telur tu...kena laju & sampai betul2 kembang....macam snow gitu...
DA baking powder maksudnya Double Action baking powder....kalau tak ada...belasah je yang biasa tu...hehehe!

Ta ta!!!

Wednesday, January 5, 2011

CINNAMON ROLL



As I said...rumah akak ni memang selalu gak buat roti sebab ramai yang tukang makannya. Tak pun, bagi jiran atau rakan2 si adik yang kengkadang 12 jam ada kat rumah ni.


Resepi adalah atas permintaan sahabat akak, Wa....yang akak tukil dari rumah Mat Gebu. Memang banyak resepi roti yang akak jumpa dan cuba...basically semuanya lebih kurang je. Sama sedap dan menjadi....

So, kepada yang sudi...ni resepinya:

BAHAN-BAHAN:

Untuk Doh:

400 gm tepung roti (HP)
100 gm tepung halus (Hong Kong flour)
100 gm castor sugar
5 gm garam halus
20 gm tepung susu
1/2 st bread improver
1/2 st bread softener
1 biji telur - pukul sedikit
11 gm yis segera
250 ml air
40 gm shorterning

Untuk Inti:

3 sb mentega - cairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 st serbuk kayu manis* (*digaul)
1 cawan kismis

CARA-CARANYA:

  1. satukan semua bahan kering kecuali shortening (tapi elakkan garam terkena yis sebelum di gaul)
  2. masukkan telur dan air sikit-sikit
  3. selepas itu masukkan shortening dan uli hingga kembang dan lembut
  4. rehatkan doh 1 jam
  5. tekan-tekan doh untuk keluarkan udara
  6. leperkan doh dengan kayu penggiling (seperti gambar)
  7. letak mentega cair dan taburkan gula diikuti dengan kismis
  8. gulung kemas2 dan potong lebih kurang 1/2 inci
  9. rehatkan 45 minit
  10. bakar 180 C lebih kurang 10-12 minit

yang ni versi choc chips - gelek leper lepas tu gulung

potong2 dan letak dlm kertas (tak yah kertas pun tak pe)



makan panas2.....errmmm....yummy!!!!





Nota: kadang2 masa uli tu melekit-lekit sikit...selalunya akak tambah tepung sikit supaya licin dan tak melekat di bekas. Pernah juga termasukkan shortening sebelum mula menguli....hasilnya ok gak.



Tuesday, January 4, 2011

PERIA GORENG CILI



Ini adalah kegemaran akak dan anak-anak. But most of the peria...akak yang makan. Diorang makan telur lebih. Kalau masak ni...telur kena letak 3 biji...kalau tak nanti gaduh ada yang tak dapat.

Senang je nak masak...yang penting lepas potong peria tu, rendam dalam air garam lebih kurang setengah jam untuk mengurangkan pahit peria tu....ni petua la...akak ikut je. Kalau suka pahit2...tak yah rendam :)

BAHAN-BAHAN:

1 biji peria (yg sederhana besar)
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*   (*ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
1/2 st pati ikan bilis
3 biji telur ayam
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
sedikit air

CARANYA:
  1. bersihkan peria, potong dan rendam dlm air garam
  2. panaskan kuali dan letak minyak 3-4 sudu
  3. tumis bawang dan masukkan cili, kacau hingga garing
  4. masukkan pati ikan bilis dan garam
  5. masukkan peria dan sedikit air (tutup kuali sebentar untuk lembutkan peria)
  6. rasa...kalau tak cukup tambah garam
  7. pecahkan telur dan biar keras sikit baru kacau sampai hancur dan sedikit kering

Terpulang pada masing2. Ada yang suka peria tu keras dan crunchy....tapi akak suka kalau lembut sikit....
kalau nak masuk telur lebih...cili mesti lebih juga...kalau tak nanti tak pedas..

 Nota: Aras....tak yah salin resepi ni....ko kan expert :)))

RICH MARBLE CHOC CAKE


Antara kek yang paling akak suka....resepi akak dapat dalam blog Mamafami (ada dalam blog list akak). Suka rujuk kat blog-blog ni sebab selalunya menjadi la kalau buat...lebih-lebih lagi orang macam akak ni yang suka mencuba resepi baru...pantang nampak..terliur je nak buat.

So, ni resepinya setelah akak pendek kan cara-caranya...(ikut kan panjang nak taip ni..)

BAHAN-BAHAN:

125 dark chocolate (cairkan cara double-boil)
125 butter
125 castor sugar
2 eggs (lightly beaten)
155 gm self rising flour
80 ml fresh milk
1 tsp vanilla essence

CARANYA:
  1. cream butter and sugar
  2. pour in eggs a little at a time then add in vanilla
  3. add flour alternately with milk (starting & ending with flour)
  4. divide in two. Add one  portion with melted chocolate
  5. grease baking tin. Add mixture marble style
  6. bake 170 C for 45 mins
Hasilnya sungguh sedap. Akak tak pakai dark chocolate sebab stok hari raya untuk milk chocolate banyak...so pakai tu je. Sedap gak. Maybe kalau pakai dark choc kurang sikit manisnya.

Dah 2 kali buat kek ni....atas permukaan kk merekah sikit....maybe sebab akak pakai milk choc...but still, untuk makan sendiri....sangat puas hati!!!

Selamat mencuba....

APAM ENO


Selalunya kalau teragak nak makan, beli je....tapi sebab tengok ramai yang post dlm blog...cantik2 warna..terliur pulak.

Lagipun tak pernah buat...cuba la buat apam ni last week sebab ada nasi lebih. Dah jenuh buat nasi goreng je...kita cuba buat apam ni. Dapat resepi dari Wati dalam blog Mamafami.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan nasi sejuk
1 1/4  cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 st instant dried yeast
1 paket Eno

CARA-CARANYA:
  1. kisar nasi dengan air
  2. dalam bekas, campurkan tepung, gula dan yeast
  3. kemudian masukkan nasi yg telah dikisar tadi, kacau sebati
  4. tutup bekas dan biar 4 jam
  5. selepas itu letak Eno dan kacau
  6. warnakan ikut suka dan biar 5 minit
  7. masukkan dalam bekas kecil dan kukus 15-20 minit dengan api kuat
  8. hidangkan dengan kelapa parut jika suka


Tekstur apam ni agak lembab sikit....maybe lain beras or tepung akan dapat hasil yang berlainan. Namun begitu...still sedap dan berpuas hati. Nanti kita cuba resepi yang lain pulak ye.

Bye!!!

Monday, January 3, 2011

ROTI GULA



Roti ni akak buat sehari sebelum perjalanan ke utara. Dapat la dalam 25 biji gitu.

Masaalahnya...masak je terus hilang 6 biji...bila nak bertolak esok tu tinggal 4 je.

Rasanya resepi dari blog Mat Gebu....lupa nak tulis masa copy tu. Layan je la gambar ye. Dengan cuaca yang mendung je ni.....mata macam nak terlelap je :)

Siapa2 yang teringin tu....sila lihat resepi ni: (2 kali dari resepi asal)

BAHAN-BAHAN:

400 gm tepung roti (HP)
1 st garam
1 st bread improver
1 st bread softener
80 gm gula halus
11 gm instant yeast
60 gm telur
190 ml air
30 gm mentega

HIASAN:

sedikit telur dan 1/2 st esen vanilla (dikacau)
gula kasar secukupnya

CARANYA:
  1. satukan semua bahan kecuali mentega dan uli hingga menjadi doh
  2. masukkan mentega dan uli lagi hingga lembut dan elastik
  3. biar 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda
  4. tumbuk-tumbuk untuk keluarkan udara dlm doh
  5. bahagi 2 dan bulatkan
  6. ambil satu bahagian dan canai rata (rujuk gambar)
  7. bahagi 12, ambil satu dan gulung dari bahagian besar ke hujung yg kecil
  8. biar lagi 40 minit
  9. sapu telur dan tabur gula
  10. bakar 180 C lebih kurang 20 minit
Ini adalah antara gambar yang sempat akak ambil hari tu...(terajin la pulak masa tu....)

di bahagi 12





gulung dan biarkan 40 minit
lepas tu tabur sapu telur & tabur gula





Saturday, January 1, 2011

KEK EPAL



Actually, ini adalah projek yang tertangguh 3 hari lepas...

Masa tu semangat membara nak masak kek ni masa jumpa epal kat pasaraya. So, balik rumah, cari resepi dan mulakan...

First step...kena jerang epal tu sampai empok. Lepas tu biarkan sejuk....

Masa nak tunggu sejuk tu....semangat yg membara tadi terus padam...dan terus simpan dalam peti ais...hehehe!

Hari ni....teringat kat epal sejuk tu...akak pun buat la kek ni sebab tak pernah cuba. Akak jumpa resepi ni dalam blog 'cupcakekasih' resepi Alex Goh.



Sedap!! Kurang manis....nak cuba...ni resepinya:

(A) 3 biji epal hijau  (lebih kurang 450 gm)
      50 gm sultana
      1/2 sudu teh serbuk kayu manis
(B) 250 mentega
      230 gm gula halus
(C) 5 biji telur
(D) 120 ml yogurt
(E) 315 gm tepung gandum
      1 sudu teh baking powder
      1/4 sudu teh bica soda

Cara-cara:
  1. Jerang A sampai empok dan tapis. Biar sejuk.
  2. Pukul B sampai kembang dan masukkan C. Pukul lagi.
  3. Masukkan D dan E berselang seli
  4. Masukkan A dan gaul guna sudip kayu.
  5. Guna loyang 9"
  6. Bakar 175 C lebih kurang 60 minit.



Selamat mencuba !!!!

Pencari JalanMu

Lagu yang paling terkesan di hati....



Ku ingin bersihkan jiwa ku.....
dari segala dosa
yang telah ku perbuat hingga kini...

Tiada...yang ada selain mu
yang selalu menjaga ku
mesti kadang tinggalkan mu.....


Itu adalah antara lirik yang begitu menyentuh hati...lumrah manusia..
semasa susah mengingati Tuhan
bila senang mula lupa diri..seolah-olah hidup 100 tahun lagi
mungkin ada yang berfikiran bila tua nanti baru la nak insaf....
tapi....sempat ke kita "tua"??


Semuga kita sama-sama memperbaiki diri dan menemui jalan itu....