Friday, January 7, 2011

PAU


Nak kongsi satu resepi pau yang pernah akak cuba. Dapat dari cik Yani dalam myresipi.com Resepi ni http://www.myresipi.com/top/detail/1108 menggunakan tepung gandum. Akak ada satu lagi yang menggunakan tepung Hong Kong. Nanti kalau senang akak buat N3 untuk yang lagi satu tu.

So, kalau teringin nak buat boleh cuba...

BAHAN-BAHAN:

(A)
300 gm tepung gandum*
6 gm baking powder*
2 gm garam*  (*satukan dan kacau rata)

(B)
162 gm air suam*
6 gm dry yeast*
30 gm gula halus* (*kacau hingga larut)

(C)
18 gm shortening

CARA-CARANYA:
  1. masukkan B dalam A dan uli hingga licin
  2. masukkan C dan uli lagi
  3. biarkan dua kali ganda atau 40 minit
  4. tekan keluarkan angin
  5. bahagi2 dan bulatkan ikut suka dan rehatkan 10 minit
  6. ambil sebiji dan letak inti
  7. biar 5 minit dan kemudian kukus dengan api yang kuat 15-20 minit


Nota: Elakkan membuka penutup semasa mengukus. Dari sini juga akak tahu bahawa kalau cuaca tak panas, kita boleh masukkan doh dalam oven 40 C dalam 30 minit untuk mengembangkan doh. Pernah cuba...tapi letak 30 C je...jadi jugak, tapi pernah baca orang kata tak boleh masuk oven...pada akak...terpulang pada masing2...

No comments:

Post a Comment